Friday, June 26, 2009

alhamduLiLLah~by faiRy

salam..
just a short entry~

today, 26 june 2009..
hehe.. haPpy sebab berjaya habiskan final paper utk degree..
setelah 3 tahuN~
insyaallah start pengajian utk master 13 july..
alhamdulillah~
& really thankful to Allah
& semua org yg slalu ade di sisi alg..
thank u so much!
doakaN kejayaaN alg utk perjalanan yg akan datang~
alhamdulillah, alhamdulillah & alhamdulillah!

~still... berharap result sem ni yg terbaik~amin

Wednesday, June 17, 2009

update~faiRy

salam... alhamdulillah; terasa seperti part yg missing dah dijumpai.. harini hari yg kulalui lebih bersemangt dan ceria dari seminggu yg lalu. Dan, aku sendiri tak memahami apa yg tak kene dgn diriku sepanjang seminggu yg lalu.. sgt2 tertekan dgn diri sendiri.. sampai ke tahap sensitif sgt2.. huhu

Bile tersedar je harini.. smalam pon da dapat rest yg cukup.. pagi dimulakan dgn mind set yg betul.. alhamdulillah, harini lebih baik dari semalam dan semalamnya. =) then, looking at the calendar, huhu alangkah terkejutnyer (boleh ke?) huaaaa da nak final exam rupenyer..

best sgt kot blaja sampai lupe 2 bulan lebih telah berlalu... da nak sampai penghujung short semester .. bermakna da nak grad! hehe alhamdulillah.. tak sabar nak grad.. tapi macam takde perasaan pon ade. (still in the mode menunggu reply application master ritu..)

my final papers will be on 25th and 26th June 2009. if takde aral melintang, bolehla convo 10/10/09 ni.. =) alhamdulillah.. (still cam tak caye je..nak habis dah?)

ape pon, really thankful to those yg da banyak bagi support.. mereka2 yg slalu ade dlm hati ni~

Sunday, June 14, 2009

... ~faiRy

aku kini dalam langkahku yg entah ke berapa
langkah dlm meneruskan perjalanan hidupku ini
ya Tuhan, adakala aku buntu di persimpangan
bantulah aku
bantulah aku dan
berikanlah aku kekuatan
moga selepas dari langkahku ini
apa jua yang harus kuhadapi
aku sedar
dan terus ingat
yang Kau
tak pernah jauh dariku
dan hanya Engkaulah
tempat aku mengadu
segala yang terpendam dari insan lain~

Wallahu maa'ka aina ma kunta~

The Path

Terasa nak update lak kali ni setelah banyak2 hari cuti…kena amek mood dulu gamaknya sebelum nk update benda2 ni…cam dh hilang plak kemanisan update blog..tak macam dlu…mgkn sbb malas nk reka2 ayat kot…dulu pun banyak entry sedih dari entry happy…sebelum tuh, kita bacakan al-fatihah kepada sahabat mesir Ammar yang meninggal dunia pada minggu lepas dan kepada Syeikh Fathi Yakan yg baru semalam meininggalkan kita dengan sumbangan beliau yang terbesar dalam pembentukan islam..

Sejak akhir2 ni, ramai sangat berita2 yang menyayat hati pasal kematian ini. Tak lama dulu kita digegarkan dengan kehilangan kapal terbang AirFrance dan setelah berhari2 mencari rupa2nya tiada yang terselamat dan dikatakan kemalangan maut di udara yang paling teruk sejak 2001. Dari beratus2 orang yang terlibat sehingga kini baru 17 mayat dijumpai. Dan setelah digegarkan dengan berita AirFrance ini, sekali lagi dunia digemparkan dengan berita Masjid Thailand diserang dan para jemaah yang sedang menunaikan solat ditembak sampai mati dan motif masih belum diketahui lagi. Alangkah sedihnya, diserang pula di dalam rumah ibadat dalam keadaan suci sedang menghadap Yang Esa. Moga Allah tempatkan mereka di kalangan hamba2 yang soleh. Tambahan pula, baru ini 3-4 hari lepas, Negara mesir dan seantero dunia digemparkan pula dengan berita kemalangan yang membabitkan 5 pelajar Mesia yang merupakan pelajar Cairo University dengan seorang maut, dua yang agak teruk dan 2 dalam keadaan stabil. Mereka yang terbabit dimaklumkan sedang menjalankan tugas untuk rakan2 sebatch mereka namun Allah mungkin lebih menyayangi mereka dan telah mengambil salah seorang dari mereka iaitu Muhammad Ammar Zulkifli yang cukup besar pengorbanan kepada manusia2 yang disekelilingnya sehingga orang yang tidak dikenali pun cukup terharu dan sebak atas pemergiannya. Sungguh mulia manusia yang mati dalam berbakti dan dikenang jasanya. Dan baru pula semalam, Syeikh Fathi Yakan pula meninggalkan kita dalam jasa dan baktinya pada islam terlalu banyak termasuk buku2 beliau, ilmu2 pengetahuan beliau, perjuangan beliau dalam menegakkan islam, semoga ilmu beliau sampai ke hati2 kita dan semoga roh beliau ditempatkan bersama para2 syuhada’ dan solihin.

Benarlah mati ini suatu pengajaran terbesar buat manusia. Manusia ini tidak akan sedar sehingga mati itu hampir dengan mereka atau dengan manusia di sekeliling mereka. Aku sendiri terasa pemergian saudara2ku walau tidak aku kenali mereka namun cukup mereka pergi dengan pengorbanan yang besar terhadap islam dan ringkasnya dalam khusnul khatimah. Indah penutupnya maksudnya. Siapa yang tidak mahu hidupnya diakhiri dengan jasa dan baktinya dikenang manusia dna lebih2 lagi dunia islam itu sendiri. Malaikat2 akan mengiringi rohnya, manusia akan mengenangkannnya, dan lebih2 lagi Allah akan memuliakannya. Semua itu dicapai melalui sebanyak mana amalan kita di dunia, sebanyak mana kita bergelar orang islam yang beriman dan sejauh mana kita menghayati hidup kita hanya kerana-Nya.

Apa yang indah di dunia tidak seindah mana mati khusnul khatimah..sering kali aku mengingatkan diri aku, bahawa mati itu sangat hampir namun diri ini terasa semakin hari semakin jauh dari-Nya. Hidupku terasa dihanyut oleh dunia..oleh nafsu duniawi, harta, kemewahan, kejayaan duniawi namun apa yang telah kita buat untuk islam itu sendiri. Apakah kita mati nanti, Islam akan semakin berjaya dengan semua pengorbanan yang kita telah lakukan. Apakah manusia akan mengatakan bahawa si fulan bin si fulan telah melakukan sekian2 untuk agamanya tercinta..apakah Allah akan memuliakan kita tanpa perjuangan kita untuk islam yang tercinta…tepuk dada tanyalah iman anda..ade sumbangan anda terhadap islam? Ada? Ada? Usah bicara tentang kematian, adakah sekarang semasa kita hidup islam kini semakin berubah..ada sumbangan kita...aku sendiri terasa malu terhadap diri sendiri, hidupku di Jordan boleh dikatakan sia2, terasa aku ingin kembali ke dunia awal dulu..aku ingin memupuk diriku mencintai ilmu2..

‘Ya Allah, seandainya aku ini masih belum jauh lagi dari jalanmu, kembalikanlah aku. Terangilah hatiku dengan nur cahaya2mu. Jauhkanlah daku dari segala2 perkara2 yang akan menjauhkan aku dari jalan lurusmu. Amin ya rabbal alamin’

‘Cukuplah mati sebagai peringatan’

Labels: ,

Thursday, June 4, 2009

the rain is falling~fairy

dia masih di situ..
menunggu pada sebuah janji..
mengharap ada khabar yg dibawa..
menghitung detik yg berlalu..
bertanya apa kehadirannya bermakna..

Wednesday, June 3, 2009

short entry~ fairy

[11.35] dia selesai menulis entry yg pendek. takde mood mungkin. risau lebih tepat? dia risaukan seseorang. seseorang yg masih tak memberi khabar..

[11.26pm] dia menghadap laptop... termenung kosong... lalu menaip entry utk update blog

[11.00pm] tadi hujan yang lebat baru sahaja berhenti...

[8.00 pm] sebelum tadi... dia ke greenwood, temankan seorang sahabat menukar tiket balik terengganu.

[7.00pm] sejam sebelum 'sebelum tadi' dia pulang dari pasar malam... RM5 dihabiskan untuk sebungkus laksa penang dan murtabak. trus, dia pulang.. berjalan bersama seorang teman...

[5.00pm] .. habis klas, dia terus ke mart, membeli sekeping cd tuk assignment & sehelai pembalut hadiah utk sesuatu~ lalu dia berjalan pulang ke bilik. solat asar. msg seorang teman.

[12.00noon] tengahhari tadi, dia diberi tugasan... fikirkan sesuatu yg boleh menjadi medium da'wah pada masa kini ~utk klas methods of da'wah~ sthg yg bermanfaat dan mampu menyampaikan mesej da'wah... isnin nanti present.

[9.30am] pagi hari dia mulakan dgn ke bank. cek yg telah diterima dideposit kedlm akaun. then dia ke finance.. semak fees utk sem ni..

Tuesday, June 2, 2009

June 2009~faiRy

Harini dah masuk bulan jun. Pejam celik, pejam celik… dah hampir setengah tahun berlalu dari tahun 2009. Nanti sedar2 je dah masuk bulan puasa.. raya… cutis kola yang penuh pada bulan December.. I need to ensure that every moment in mylife is the best I’ve ever had.. my lecturer said that heaven begins now. The way u perceive urlife, the way u think, the way u act, the way u go through ur life is actually telling u whether u r part of the members of Jannah or otherwise.

Hmm ape yg ade dlm bulan jun ni?

  • Mggu ni just nak siapkan market survey analysis (projek English for occupational purpose).. pastu method of da’wah nyer assignment.
  • Mggu depan, kene submit eop nyer project.. (suppose to be)
  • 11/6: tarikh last alg keje sebagai research asst.. baru je minta berhenti tadi.. sebab week ke 3 onwards, I need to concentrate on my final exam and final project presentation~
  • 15/6: test 2 method of da’wah (carry 30% to final)
  • Tarikh final exam dah kuar … english exam pade 25/6 & method of da’wah pade 26/6
  • Alg da anta form master.. tgh tunggu jawapan… finally alg tlah tick dekat intake july… alg ingt lecture start 13 july… skali tgk balik kat jadual depan postgrad nyer ofis, alg masuk 30 jun.. huhu (kalo application diterime).. maknenyer dari final exam ke admission utk master.. alg de cuti 2 HARI je… huhu (apekah? ) hehe.. takpe2.. chayo2 alg!

Rasenyer tu je kot utk june 2009 =)
Saje mengupdate lantaran takde keje…
& really.. I feel sthg is missing…
Feel so lonely~
For u…. I’m wishing u all the best for the remaining papers.. bittaufiq wan najah~

::::::::::::::::::::::::::::::in the mood of loving this song:::::::::::::::::::::::::::::::::::

Permata Yang DiCari (dehearty)

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Friday, May 22, 2009

think, think & think

I am writing to share about the thing that has made me wonder. The form for master application almost completed, yet a question from my best friend make me wonder. Last Wednesday, she asked me;

hidayah, awak nak terus sambung master ke? Taknak cuti dulu? Kite rase awak tak pernah amik cuti time short sem kan?


She is right. And so, she makes me think. I have been in the ‘fast track’ since the matriculation center. The normal duration of study at the matriculation center is actually 2 years, but I managed to complete it within a year. ~that is the fast track~

Then, at the iium, the normal duration of study is actually 4 years, insyaallah I will be able to graduate by this june which sum up my total year of study to be 3 years. Again, I’m using the fast track.

(kembali pada nada kebiaasaan) ape sebenarnya yg alg kejar? Smuanya laju je.. bile org lain cuti untuk 2 bulan.. alg plak study time short semester… tak pernah tinggal short sem.. ape yg alg kejar? Alg terfikir gak.. even kat master nanti (insyaallah) ade fast track gak.. The normal is 2 years.. and the minimum is 1 and half year.

Tired? Takdelah penat.. cume terfikir gak nak bercuti b4 sambung master.. (cuti pon bukan cuti )… rase macam nak keje 4 bulan lepas habis blaja.. (kalo takmo sambung master trusla.. cuti 4 bulan jap) if nak trus amik master, meaning that alg masuk july nanti.. trus masuk? Huhu.. entahla

Skarang ni.. tgh berfikir kat mane nak tick dlm application form master ni… july ke November intake? Blaja trus ke keje jap? Hmmm… balik ni nak discuss ngan family..

Itu je kot utk entry ringkas ni~

& for u; I wish u r ok by now & may u pass the exam… (insyaallah)…~

Saturday, May 16, 2009

Be professional

Bosannya. Hurm…walaupun tak sampai dua hari aku tinggalkan sem lepas, aku dah terasa bosan amat sangat. Exam start minggu depan dah, tapi aku skrg ni baru dua per tiga perjalanan. In progress. Tapi bagus gak rasa bosan ni, sebab ia akan menggalakkan aku untuk setadi…stadi rajin2…setiap kali rasa bosan menghadap computer, aku gi pulun 3-4 notes. Rasa bosan aku ni bukan sebab tak tau nak wat ape, tapi sebab time nak exam ni, kita takleh nak enjoy sangat tengok movie or series, men game cam bese, pastu nk masak2, nak men itu ini, atau ape2 ke sebab hati kita akan rasa bersalah sebab kalau masa tu tak digunakan kepada untuk stadi bersungguh2. Makanya aku sangat berbangga aku stadi bersungguh ßeh apehal masuk bakul angkat sendiri ni. Heh.

Wah, fikiran aku sebenarnya terbayang2 apa aku nak wat time cuti nanti. Aku rasa perkara paling tak best time cuti bila duk rumah sorg2 dalam tempoh yang lama. Pergh bosan gila. Dah tiga-empat kali gaklah aku rasa camtu. Ceh, walhal exam pun tak abes lagi sibuk pikir nak wat ape time cuti. Aku ni suka berjalan dan melancong tapi kalau takde budget tu apekan daya, rasanya time keje nnt la kot baru leh berjalan. Rasa nak ke Turkey gak, nak ke Cyprus Island, nak ke Greece, nak ke Europe, nak ke Morocco, nak jalan2 di UK dan Ireland, nak men ski dan ice skating macam rakan2 lain. Huhu. Tapi itu semuanya hanyalah impian selagi aku tak apply untuk MARA. Adeh apehal tetibe lak ni. Men2 sajor ok takde tukar2.

Hmm, sekarang ni bolehlah aku menarik nafas separuh lega sebab aku dah habis semua rotation aku di tahun 4 dari permulaannya di bulan 9, non-stop hingga ke bulan ini yakni bulan 5. Separuh lagi bila dah habis sumer final exam dan dapat result gempak ß harapan dan impian or angan2. Bermula dengan Introduction, terus kepada Paedicatrics, ke Internal Medicine, dan kepada Surgery. Bermula dari kosong, jahil segalanya, kepada kategori ‘tahu la jugak’. Dan perkara penting aku belajar dalam klinikal ni, ‘what common is common’, Toksah pikir jauh2 pusing2 itu ini penyakit segala unless kalau benda tu dibuktikan bukan common. Selama ni belajar sakit2 yg common di kalangan masyarakat2 sini. Aku ditakdirkan kali ini bersama group C10 group plg terakhir dari sumer group2 yg ade means ade, group A; group B; dan group C. Setiap group ade 10 group. So sepanjang 9 bulan aku bersama group2 ini. Sering digelar ‘International Group’ oleh para2 doktor sebab sumernya Non-Jordanian bukan non-arabs. 4 orang dari Iraq, 4 orang dari Malaysia, 2 orang Somalia, Sorg dari Syria or Dubai, yg palestin pun amek gaklah, Cuma ada lah 2 pompuan dak joden. Satu group sumer berkongsi satu pengalaman. Boleh kata perjalanan yang agak panjang selama 9 bulan itu.

Bermula dengan pediatrics, jumpa patient tak tau nak wat ape. Last2 ikut je guideline yg doctor bagi. Rempuh sumer Systemic Review tanya sumer soklan taknak tinggal ape pasal kalo tertinggal doctor tanya, kitorg tak tanya nnt kena marah. Rasa cam jahil gila tak tau ape2. Bila datang exam baru kelam kabut nak wat ape ni. Berlatih2 sama2 antara rakan2 melayu je la, last2 sekali aku dapat satu kesimpulan dari rotation Paediatrics ni, aku mengetahui cara2 differential diagnosis utk setiap complaint atau presentation. Tahu jela belum menguasai lagi.

Kemudian masuk pula ke Internal Medicine, kali ni berazam untuk menggunakan ape yg dh dipelajari dari Paediatrics dlu guna untuk Internal Medicine. Dah tak rempuh sumer benda dah kut guideline macam orang jahil, Skrg ni sumer2 pelajaran sumer macam lebih kepada menuju untuk diagnose dan exclude segala benda2 yg kita dh differential diagnosiskan (note : differential diagnosis adalah senarai2 penyakit yg kemungkinan boleh berlaku pada setiap masalah2 yg ada pada pesakit. Dicartakan dari perkara most common to rare, E.g Fever untuk child boleh Dif Dx kan sbg Upper Respiratory Tract Infection(URTI), LRTI, Meningitis, etc2). So far, masuk exam internal medicine ni tenang sket lah sebab kita dh mengetahui sedikit sebanyak skill2 di alam klinikal.

Bila masuk surgery jek, rasa macam lebih mudah bila bersama patient. Surgery ni pun satu advantage dia, lebih focal kepada satu tempat tu tak macam internal medicine systemic yg bermaksud kemgknn satu badan boleh jadi sakit. Hari demi hari, minggu berganti bulan. Lengkap 32 patient yang menolong aku menempuhi dunia surgery ini. Terima kasih diucapkan dan semoga sembuh diucapkan. Aku rasa dalam surgery ini, aku baru mempelajari satu ilmu yang tidak ada dalam textbook, iaitu ilmu bemesra2 dengan patient, Mempunyai sikap empathy dengan tidak mementingkan diri sendiri hanya untuk menyelesaikan tugas kita dan bersikap ramah serta toleransi terhadap mereka. Aku rasa sebab kat Negara arab feeling ni datang lambat sket sbb masalah komunikasi tapi Alhamdulillah aku akhirnya Nampak jua perasaan ini walau apepun bangsa pesakit itu. Mereka berjuang antara hidup dan mati, mereka berjuang untuk kembali normal, dan kita sebagai orang yg diamanahkan dengan ilmu2 Allah ini untuk berikhtiar mencari jalan penyelesaiannya dan tentulah pada akhirnya, Allah jualah yang menyembuhkannya. Dalam setiap ape pun, kuasailah ilmu ini, Ilmu Ikhlas, nescaya Allah akan kurniakan dengan ilmu yang lain.

Sekian dari saya,

Izham

Labels:

Friday, May 8, 2009

The Prayer

Hari ini hari jumaat. Hujung minggu yang tenang. Burung-burung berkicauan di waktu petang menambahkan lagi ketenangan. Suasana di luar tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Suhu pula tidak terlalu bahang dan tidak terlalu dingin. Cukup untuk diri aku untuk berehat dalam suasana hujung minggu. Hidup sebagai seorang dewasa terlalu berat dan terlalu mencabar untuk dihadapi. Mula aku mengelamun ketikaku masih kecil, masih tiada tanggungjawab untuk difikirkan. Alangkah indahnya jika hidup aku sepertimana hidupku di waktu aku masih kecil. Namun masa berjalan. Ia berjalan terlalu pantas sehingga tanpa ku sedari hampir 3 tahun setengah aku berada di bumi Jordan ini. Ya, 3 tahun setengah dan aku mempunyai baki 2 tahun untuk teruskan perjuangan. Perjuangan menamatkan tempoh belajar di university dan melangkah ke alam pekerjaan. Walaupun umur hampir 22 tahun, namun terasa diri ini sudah lama hidup di atas muka bumi ini. Bagaikan sudah puas mengenal dunia dan terasa hidup sudah lengkap dengan nikmat-nikmat dunia.

Tempoh 35 minggu yang lepas penuh dengan hidup di alam klinikal di tahun 4, hanya di selang-seli dengan beberapa minggu cuti kini sudah hampir ke penghujungnya. Baru ku mengerti jerit payah senior2ku terdahulu yang menghadapi alam klinikal selama 3 tahun diselang selikan hanya beberapa bulan rehat sehingga dibalas segulung ijazah atas semua pengorbanan yang telah dilakukan. Kesabaran, kecekalan hati, kawalan mental adalah perkara yang selalu diuji. Pagi bersiap ke hospital, berjumpa patient, round bersama doktor-doktor yang berbagai ragamnya, di waktu petangnya diisi dengan kuliah dan malamnya diisi dengan waktu mengulangkaji. Begitulah kitarnya hingga berjaya memegang skrol ijazah di penghujung nanti. Itu tanggungjawab sebagai seorang pelajar, dicampur pula tanggungjawab sebagai manusia dan hamba Allah. Ditambah pula cabaran2 hidup di masa hadapan. Doaku agar segalanya dipermudahkan dan diberi bantuan jika di dalam kesusahan dan kesempitan. Begitu pentingnya 5 perkara yang baik sebelum datang 5 perkara yang buruk. Hargai setiap satunya dan manfaat sebaik-sebaiknya.

Sekadar short entry sebelum nak melangkah ke alam exam which is started on 20th May till 8th June.

Pray for me and am sorry for everything.

Done,

Izham

Labels:

    Image Hosted by ImageShack.us


    Web This Blog
IP

Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]