PES 2008
Haha bahang PRU-12 ni nak habis baru terhegeh2 nak hapdet pasal citer segala….takper2…alah aku ni pun bukan arif pasal ape pun…lagipun aku bukan berpihak pada mana2…lagipun aku dh kata sblm ni aku neutral kan…so aku tak celebrate mane2….ade org kata neutral ni org yg lgsg tak amek kesah dgn negara???ape maksud ko tak amek kesah….yg aku duk tiap2 hari baca news ikut online duk compare2 plg koman tiap2 pagi dgn petang tuh utk ape…saje2 lah….aku mengikuti jugak perkembangan negara jgn judge org sesuka hati ek….maksud amek kesah tuh camne…nak suruh aku hapdet berkempen ke atau cara camne nk aku kesahkan tuh…cuba ajar sket…hohohooo…..sori aaa aku ni umur ngundi pun tak cukup lagi…stadi aku pun masih terkapai2 lagi…so aku takleh nak kata pape paaa….ape yg aku mampu skrg hanya bersedia dgn fakta2 yg benar dan pemerhatian pada kerajaan yg baru utk rujukan PRU akan dtg….
tapi ape2pun aku mengucapkan tahniah kepada kedua2 pihak yang dah menang….satu pihak tu masih dpt mengekalkan kuasa dlm kerajaan sbb menang majority mudah dan satu lagi pihak tuh dpt merampas beberapa negeri taklukan satu pihak lagi…mengikut pengamatan aku aaa…negeri2 yg kena takluk ni rasa2nya negeri2 maju…sbb mereka terdedah kepada dunia luar spt internet…diorg menilai dgn pemerhatian diorg yg terperinci pada media2 di internet itu sendiri..almaklumlahkan, media2 yg digunakan di Malaysia itu sendiri seperti suratkhabar negara dan siaran2 rancangan negara banyaknya melebihkan satu pihak…so rakyat2 negeri2 yg inginkan maklumat yg tepat mereka merujuk media utk meyakinkan pandangan mereka….lihat saje pada Sarawak, di Kuching je jatuh pada tangan pihak lain kerana bandar itu sangat terdedah pada kemajuan…so rakyat kini yg sgt bijak sudah bijak membuat penilaian yg tepat...dan seharusnya sejarah membukukan faktor2 internet2 seperti bloggers pada masa akan datang. Ha nak citer pasal bloggers ni, sememangnya satu kejayaan diperolehi adalah melalui maklumat2 dr para2 bloggers. Walaupun ade sbhgn isi2 ditokok tambah namun suara2 rakyat itu sendiri bebas disuarakan melalui media ini…aku yang juga mengikuti beberapa member2 punya bloggers sedikit sbyk memahami ape yg berlaku di bumiku Malaysia itu…tidaklah hanya aku bergantung pada suratkhabar semata…pernah terbaca berita di Malaysiakini.com bertarikh 9hb, Mahathir berkata slps kemenangan pihak opposition dlm PRU kali ni, ‘Someone said to me that we have to thank to bloggers but I don’t know why’….haha bagus2 pada bloggers2 sumer...jadilah anda sebahagian dr Sejarah Negara utk anak2 dan generasi akan datang…
Sudahpun begitu dgn keputusan yg menakjubkan, kita digegarkan dengan berita2 kejatuhan saham paling teruk, para pelabur pula saling menarik diri kerana mereka takut akan berlakunya kejadian yang tidak diingini kerana kerajaan dulunya tidak dapat mengekalkan kuasa seperti dulu…pengambilalihan Pulau Pinang oleh orang Cina sepenuhnya(ade satu je wakil melayu kat sane dr parti hijau..parti biru muda tak pasti) dengan menghapuskan DEB(program hak keistimewaan org Melayu), perbezaan ideologi dalam memerintah dan lain2, pemilihan pemerintah dalam kerajaan Perak(Sedangkan undang2 menetapkan melayu sendiri berhak menjadi MB di sana) dan konflik di Selangor..tapi aku yakin dengan kepakaran dan toleransi masing serta kepercayaan masyarakat kepada mereka, mereka dapat menyelesaikan masalah2 ini dalam masa singkat agar ekonomi kita pulih semula dan semakin meningkat...aku di sini hanya perlu memerhati setiap perkara yg berlaku dengan teliti dan cuba mendapatkan fakta2 yg benar untuk aku gunakan sebagai bukti bila tibanya pilihanraya lagi….kepercayaan rakyat dan mandat negeri2 telah diberi…kami menyokong dan membantu untuk mencapai misi dan visi kerajaan negeri kami selagi mana visi dan misi itu tidak terpesong dari kebenaran...kepada pihak yang kalah, muhasabahlah kembali kesalahan2 yg telah dilakukan…aku masih boleh menerima sekiranya dapat memperbetulkan kesalahan2 dan dosa2 itu…aku terhutang budi kerana kita terkenal di seantero dunia dgn kemajuan, kemerdekaan, budi bahasa…’people make mistake, but it’s mistake to do it again’..anda yang telah memperjuangkan hak2 melayu dan sejarah telah bercerita tentang segalanya. Keberanian Tunku Abdul Rahman memperjuangkan kemerdekaan, sumbangan Tun Mahathir dalam kemajuan permodenan dan begitu jualah Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn…ok, cukup dari saya untuk Post-Election Syndrome 2008(Sila Rujuk tajuk kat atas jgn salah faham dengan Pro-Evolution Soccer)….to my adik bernama Wan Muhammad Izzat..gudluk amek result exam SPM esok....berdoa byk2...
Done
Nicky




2 comments:
umno bg pas/pkr
mca bg dap/pkr
mic bg pkr
ksimpulannye?pkr la yg untung..haha
dear awe
as a student, namely mahasiswa memang sgt2 perlu utk kite bersifat neutral, atau yg lebih tepat lg bebas dr segi fikrah dan pemikiran.
cumenye, istilah neutral tu sering disalahgune oleh org2 yg xpeduli dgn isu2 semase, apetah lg politik.. alasan nak tumpu pelajaran, umo xcukup lagi etc etc.. kalu bace berite tu alhamdulillahla, at least depa taula jugak ape yg berlaku.. ni idak, berite pun xbace.. tu ke namenye neutral?
ape pun, kite masing2 da besar.. da bole pikir sendiri. amat penting utk kite belaja utk mempunyai pendirian n stand masing2 terhadap satu2 perkara atau isu.. dlm isu pru ni, bende utamenye bukanla utk kite tunjukkan kpd org lain yg kite ni sokong kerajaan atau pembangkang (secare membute tuli) tp ape yg lebih penting disini adelah utk menilai ideologi yg ingin disampaikan oleh mereka demi kepentingan semua org.. tu je.. so, isu pro-kerajaan atau pro-pembangkang xpatut timbul dikalangan kite..
btw, saye bangge dgn awe sbb die mahasiswa peduli :)
Post a Comment