us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 4, 2008

Hidup itu

Minggu ini sangat ilek…ibarat tgh bercuti antara sem…alangkah indah kalau tiap2 kali habis exam camni. Owh ye, Sabtu dan Selasa lepas aku de exam. Exam utk CNS 1 dan Ethics, memang tak patut betullah ethics diletakkan tarikhnya sehari selepas exam CNS itu, maka dgn itu aku tak menumpu stadi utk Ethics dan hasilnya sgtlah ‘memberansangkan’…itulah..aku pun tak paham..utk apelah subjek ini diwujudkan…hanya utk di’anaktiri’ oleh student2 gamaknya…walaubagaimanapun, subjek ini tetap menyumbang terhadap average markah tahunan…so nak taknak kenalah stadi utk mereka ye…utk CNS 1 plak…soklan dia agak mencabar…tapi Alhamdulillah, aku sedikit sebanyak mcm dpt skill jwb2 soklan sbb pagi sblm exam itu, aku berserta ‘star2 student’ berbincang soklan2 tahun lps…terima kasih daku ucapkan kepada korg kerana telah membantuku dlm stadi…maka setelah selesai exam tersebut, bermulalah episode baru dgn system terakhir utk tahun2 teori aku, Insya Allah…iaitu system CNS 2…kata2 senior memang lagi mencabar dari CNS 1…CNS 1 pun aku dh mcm hilang separuh nyawa nak stadi ni plak utk CNS 2…harap2 dipermudahkan…

Alang2 tgh ilek2 mggu ni, aku ade plak program hujung minggu…program utk semua bdak2 Mesia yang sgt aktif…nama dia KARISMA…mcm Olimpiklah kiranya kalau nk terang kat member2 arab….ade balapan, ade sukan, ade acara ilmiah dan berbagai2 lagi…so pada 3/5 tgh hari tamat sudah KARISMA 08 yg pertama kali diadakan di Jordan ini oleh student2 malaysia….aku mcm biasalah akn participate dlm acara bola sepak. Tahun ni aku training bola 2 kali, tahun lps aku training hanyalah sehari sebelum pertndgn…tp tahun ni up sket 2 hari. Walaubagaimanapun tahun ni team aku tak bernasib baik utk memenangi Piala Duta…walaupun sedih tapi rezeki takde terpaksa akur je lah…aku sbnrnya duk sini ade gak target aku selain dari pelajaran…target aku nk dpt medal 6 biji(betul ke ni aku gune?) utk bola sepak…tak kesahlah emas ke perak ke gangsa..setakat ni baru ade tiga utk bola, satu utk olahraga….lagi tiga tu aku igt nk dpt cepat2 supaya aku bleh concentrate tahun akhir aku nnt…(walamak, future planning tu hehe :P)..tapi tahun ni tak bernasib baik, aku tak dpt bwk blk pape kali ni…sedih2 sob2…apekan daya rezeki tiada…

Bercerita ttg bola plak(asek bola jek)…training aku dua2 hari tu pada waktu ptg..makanya aku terpaksa menghadiri klas ptg time waktu training itu makanya aku meng’absent’kan diri pada waktu spttnya aku hadir iaitu waktu pagi...dari training stamina, skill, FK sampailah main...so dgn harapan besar dr tahun lps , kitorg melangkah ke padang...makanya bermainlah kami…namun kami tidak layak utk melayakkan diri ke peringkat seterusnya kerana kami hanya tewas 1 gol melalui perkiraan perbezaan gol kerana markah utk ketiga2 pasukan dr empat pasukan adalah sama…so sgt kuciwa sbb sgt tersgt tipis utk tewas sbb tu…bertmbh2 dgn konflik lagi..apekan daya…berckp psl konflik pula..apekah guna utk masuk sesuatu acara dgn membayar JD 2 tanpa utk kita bermain pape2…sggh tidak adil ye…so mula timbul konflik dr situ…merajuk sinilah merajuk sanalah marah sinilah marah sanalah...rasa cam berterabur jek…tak teratur moral pun jatuh…entahlah sng citer No Comment…..

Korg baca mesti dgr gempakkan acara2 ni…actually takdelah sgt pun…pasal pengurusannya cam tak brape mantap sgt…dr celah mana tak mantap, itu aku tak komen..biaselah manusia buat kesilapan kan..tapi tak perlulah kita buat kesilapan kalau kesilapan tu dh dibuat pada masa yg lepas kan…itu org yg tak bijak sbb melakukan kesilapan yg sama…entahlah aku nk luah lagi byk benda tp harap mereka2 yg bertggjwb utk mengurus benda2 ni bermuhasabah balik sbb aku harap tahun dpn program mcm ni lebih grand dan mantap dr segi pengurusan segalanya…

OKlah program kalini aku tak snap gambar aku sendiri…ade kat kamera org lain..ntahlah makin malas plak nak bergambar akhir2 ni…nntlah tgk2 kalau ade gambar aku masukkan…tapi siyesly cuaca kali ni agak cantik utk bermain sbb tak panas sgt dan berangin2 sejuk tapi muka ttp terbakar hangus kehitaman…haha…oklah minggu2 slps ni no more rest dan diperuntukkan utk stadi2 CNS 2 dan final exam sudah bermula hari ni…officially esok…doakan aku utk final ini ye kawan2…and I want dedicate a poem(rasanya) utk bls blk post sblm ni…hihi…Copy paste jek...


Jadual2 Exam (utk rujukan member2 seperjuangan)

Final Ethics 21/5(Wed) 1.15-3.15 p.m

Final Management 22/5(Thu) 1.15-3.15 p.m

Midterm CNS 2 24/5(Sat) N/A

Final CNS 2 26/5(Mon) 1.15-3.15 p.m

Final CNS 1 29/5(Thu) 1.15-3.15 p.m

Final UGS 3/6(Tue) 3.45-5.45 p.m

p/s : my youngest bro's birthday on 27th April...abg harap izhar dpt kad birthday yg abg buat kat izhar tuh....sori for the lateness..psl exam...hihi...and a happy belated 12th birthday from here...

Ok see y’all in next entry………daaa~~~

1 comment:

baez-kun said...

goodluck untuk exam yang bertubi2 kelihatannya
tapi exam final paling bertubi2 dan mencabar adalah tahun lima

ada 11 paper utk final yah! sila tabah