us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 30, 2008

Sayonara

Sejak akhir2 ni, cuaca sangat nyaman tambahan pula awan yang meliputi langit2 yang biru menjadikan bumi sejuk dan berangin. Rasanya tidak percaya di pertengahan musim panas ini, sepatutnya Sang Matahari memancarkan teriknya terus sampai ke bumi. Cahayanya yang sepatutnya terus membakar kulit setiap hari tetapi tahun ini jarang sekali. Seakan2 bumi memahami perasaan manusia itu sendiri, memberi peluang untuk berteduh dari seksanya terik matahari untuk melepaskan diri dari penderitaan emosi.

Bulan perpisahan, itulah perkataan yang layak untuk dinobatkan pada bulan ini. Bulan Julai 2008. Akan ku kenangi bulan ini dengan bulan perpisahan. Pemergian sahabat2 yang ku sayangi, ada yang kembali untuk teruskan perjuangan dan ada yang kembali berbakti. Kerap kali airmata ini ku titiskan untuk erti kata sebuah perpisahan. Argghh, tidak bererti keegoan seorang lelaki dengan erti perpisahan yang sejati. Tidak mungkin hati manusia dapat bertahan dengan perpisahan yang terjadi. Masakan Jibril berpaling ketika berpisah dengan kekasih Allah yang sedang bertarung dengan ajal kalau tidak kerna erti perpisahan itu sendiri. Dalam proses perpisahan itu sendiri, memori2 yang terpalit dalam sanubari kembali dibayangi dan dikenangi. Hinggakan satu masa, mata mula menangisi. Benarlah, pertemuan itu sangat indah, dan perpisahan itu sangat menyakitkan. Namun yang berjuang terus berjuang, dan yang berbakti teruskan berbakti. Jangan biarkan hati terus mati. Jangankan terbawa perasaan ini kerana perjalanan di hadapan masih jauh lagi. Tabahkan hati, ingatlah kembali harapan2 orang yang disayangi. Kepada yang bakal dan sudah pergi, ingatlah daku di sini. Hinggakan kita bertemu suatu masa nanti.

Buat secara malas.


In memory, baez, bang syapi, bang fird, bang anhar, bang amin, bang piji, topek, dan lain2 yang bakal pergi jua…..selamat berjuang dan berbakti..

p/s : mama papa and family, nak video chatting boleh?? Miss ma family….Fairy, thank you for being there for me. :)

Lots of love,

Izham

1 comment:

ryosukida said...

awe,ko kan superman..rindu2 terbang r p sne..