Sedar atau tidak, semester musim panas a.k.a summer sem sudah sampai ke penghujungnya….hari yang berbaki adalah hari untuk final exam…dan insya Allah berakhir jualah hari daku berkeliaran dan berjalan2 di bangunan handasah(engineering) dan tibbiyah(perubatan) untuk menghadiri ke kelas di kawasan2 tersebut…dan insya Allah aku bakal memasuki tahun 4 dengan izin Allah. Doaku moga Allah permudahkan segalanya. 3 tahun yang ditempuhi di alam teori bukannya suatu perkara sekejap atau namun banyak derita yang berselindung di sebaliknya. Derita usaha dan berjaga malam, pengorbanan hari2 untuk belajar, sentiasa berfikiran positif bahawa setiap perkara ade hikmahnya dan jangan sesekali berputus asa, itulah membawaku hingga ke tahap kini. Kini aku di separuh perjalanan sebelum habis pembelajaran aku di bumi yang ‘best’ ini (best ke kaw??)..hawhawhaw…
Owh ye bulan Ramadhan bakal berkunjung tiba lagi…makanya aku tahun ini bakal merasai suasana yang lain kerana aku kini tinggal keseorangan dan tidak ramai2 seperti ramadhan lepas…bergilir memasak, makan ramai2, then sahur saling kejut-mengejutkan…namun aku tahu semua ini adalah pilihanku...Cemburu di hati melihat rakan2 yang lain se’oversea’ dgnku berpeluang untuk meraikan hari2 puasa dan hari raya di halaman kampung masing2….bagiku sejakku 3 tahun berada di sini..hari raya sudah tidak bermakna...3 raya aku beraya di rantau dan mungkin lepas ni 4-5 raya aku mungkin ketinggalan...sumpahku, aku tidak mahu mebazirkan raya2 ku baki dalam hidupku lepas sudahnya pengajianku ini di tempat2 lain...hanya di sisi family yg tercinta sahaja...aku merasai deritanya tidak dapat berbuat apa2 ketika raya…tidak dapat bersalam2an dan bermaaf2an sesama keluarga sesudahnya solat raya, tidak dapat merasai kepelbagaian kuih yang ada, tidak jua dapat mengunjungi sanak saudara yang segak dan cantik bergaya dengan baju barunya. Aku menafikan segala perasaanku selama 3 tahun ini. Bahawa aku tahu, suatu masa nanti, aku pasti dapat kembali kepada suasana raya itu.
Sekian post pendek dari aku…hanya untuk meluangkan masa bersama2 semua di kala waktu final ni….ok slamat dan semoga berjumpa lagi….
Done,
Izham




No comments:
Post a Comment