us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 5, 2008

The Feel

Ahlan wasahlan ya Ramadhan, Ramadhan kareem ala kullukum wa Kullu 3am wa entum bikheir..camne ramadhan kita 5 hari ni? Ade perubahan dari tahun2 yang lepas? Masih banyak lagi tak dilaksanakan utk mencapai target ramadhan utk kali ni?? Lakukanlah sebelum ianya akan berakhir kerna tiada siapa tahu kita bakal bersua semula dgn ramadhan akan datang..
Alhamdulillah ramadhan kali ni jatuh pada bulan September lagi seperti jua tahun lepas…moga2 ada barakah kerana bagiku bulan ramadhan yang jatuh pada bulan September ini adalah permulaan utk segala2nya...permulaan bagi tahun baru utk pengajianku dan juga permulaan hidup utk umur kedua2 empunya blog ini…moga2 diberkati lagi usia dgn didikan dan tarbiyah dari ramadhan kali ini…
Sudah kali ke-4 aku menyambut ramadhan berseorangan di luar negara. Walau ianya hanya bersama rakan2, tapi cukuplah hanya untuk mendapat harga sebutir pengalaman . Bukannya aku tidak mensyukuri, tapi itulah pilihanku dan jalanku pilih. Ramadhan di bumi ini, tidaklah semeriah ramadhan di tanah air…setiap malam, akan dihidangkan dengan ‘masakan’ yg tak se’pure’ berupa resipi dr mesia dan pada esok paginya, kalau ade baki makanan berbuka, jadilah makanan sahur, kalau takde, insya Allah seteguk air kosong dijadikan sahur..itu kalau rajin, kalau tak rajin masak, setiap malam asyik nak piker makan ape…kalau perut dah ditukar jadi perut western, ok lagi, ni yg betul2 pure Melayu habis, mmg tak seronok berbuka hanya burger dan pizza..mmg nasi lah yang layak dijadikan makanan berbuka…dahla kat bumi ni takde langsung restoran yang menjual makanan2 melayu ni lain berbanding mesir...namun, aku tetap jua memanjatkan kesyukuran kerna aku masih tabah dan diberikan peluang lagi untuk mencapai cita2ku di bumi ini…
Owh ye, sbnrnya aku nak buat entry pasal bulan September, tapi memandangkan fairy dh buat…makanya aku membuat versi lain sket lah pasal ramadhan…Bulan September sbnrnya adelah bulan favourite aku…of courselah setiap bulan kelahiran tu jadi bulan kegemaran kan? Ade org tak setuju ke? Bagi aku untuk setiap bulan September setiap tahun sejak aku jadi bdk medic ni, adelah kemasukan tahun pengajian baru. Dari tahun 1 naik ke tahun 2, dari tahun 2 ke tahun 3 dan strsnya blablabla….maka Azam yg dipasang utk bulan September adalah untuk tahun baru pengajian dan unutk umur yg kian lanjut…Bulan September ni pada 19hb dan 26hb jua adalah hari special bagi kedua2 empunya blog ini…dan juga hari special utk adikku sebab hari lahirnya jatuh pada tarikh yg same denganku…Semoga dengan bertambah umur, moga2 bertambah jualah amalan2 kita dan diberkati umur kita...dan lagi, bulan September kat sini sebenarnya adalah bulan peralihan musim dari musim panas ke musim sejuk, dalam sepanjang bulan September itu dapat rasakan perbezaan dari awal dan hujung bulan, dari panas terik, kepada sejuk2 sket…dan mmg menjadi favourite aku, musim di peralihan musim ni…tak panas sgt dan tak sejuk sgt…erm aku rasa tak banyak ide asgt nk wat blog ni tp memandangkan aku bakal masuk tahun klinikal tahun 4 nnt, aku cuba buat sblm bermula aku pny kelas…
Oklah, sekian saje dari saya untuk entry yg tak berapa best kali ni…Semoga Ramadhan kita kali ni lebih bermakna dari sebelumnya…Barakallahufikum….Assalamualaikum…

Done,

Izham

No comments: