us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 10, 2009

Harini cuaca?

Hidup tak selalunya seperti yang disangka, kita merancang dan kita berusaha ke arahnya tapi siapalah hamba kepada Tuhannya yang berkuasa ke atas setiap perancangan itu.


Harini Irbid hujan lebat. Rasanya dah dekat sebulan lebih gaklah tak hujan. Dengan suhu 7 darjah celcius, rasanya salji tahun ini kemungkinan turun atau kemungkinan tidak. Dan ianya agak lewat berbanding dengan tahun lepas. Bercerita pasal salji di Jordan ini, tiap2 tahun aku dapat merasai salji. Dari tahun 1 sampai tahun lepas cuma tahun ni belum lagi. Dan yang betul2 pernah turun lebat salji betul2 kat Irbid hanyalah tahun lepas. Itupun sekejap jek. Dalam 1 malam jek then terus hilang. Yang dua kali lagi tu aku pegi main kat bukit dekat Ajlun, tempat yg tak jauh dari Irbid tapi kena naik bas gak la dengan tujuan hanya untuk bermain salji. Nak cerita bagaimana salji start kat Joden ni, walaupun agak sikit berbanding dengan negara2 oversea yg lain, mula2 dgn hujan yg sentiasa turun. Mesti kena hujan lebat. Sebab dia nk maintainkan suhu, then bila dh betul2 sejuk tu dia turun dengan frost. Frost ini ibarat air batu kecik2 macam hujan. Dia tak salji lagi. Kalau jatuh ke bumi, maka berbunyi lah. Jatuh atas keta macam ais2 dibaling sopan ke atas cermin tapi tak pecahlah, Cuma frost ni jatuh atas muka dia rasa sakit2 macam kena lempar dengan pasir. Begitulah gamaknya. Dan jika hujan masih berterusan di esok hari, maka turunlah corak2 serbuk salji (snowflakes) yg berbentuk2. Ade yg bentuk garisan2 yg melintang, ada yg bulat seketul camtu tapi bila turun mmg sangat cantik. Turunnya disambut angin dan bagaikan ia menari2 di udara sehingga ia mencecah tanah lalu menghilang (ni kalau suhu kat bawah tak sejuk sgt). Dan bilamana ia berterusan untuk satu malam, makanya ia menebal dan meliputi seluruh kawasan menjadi putih. Bagaikan rasa nyaman sekali, bila pemandangan sekeliling dilitupi salji yg indah. Sampah2 sumer ditutupi dan tanah2 yg bila difikirkan tanpa salji amat kotor menjadi kawasan utk berguling2 dan medan snowball.


Tapi tahun ni? No komen sbb hujan baru turun lebat harini, ntah diturunkan lagi esok hari atau kemudian hari. Dah 3 mggu lepas setiap solat jumaat ada doa tgh2 solat minta hujan. Tak pernah rasa lagi camni sbb berbanding dgn malayisa kita nk mengelak hujan tapi kat sini siap berdoa utk meminta hujan (mula berpikir time masa sek rendah dulu knape ada solat sunat minta hujan sbb kat mesia sll hujan). Owh nampaknya harini lebih kepada weather ek. Huhu sekian sajalah citer2 pasal cuaca. Utk yg plan utk datang bermain salji di Jordan, khas kepada member2 Mesir aku yg katanya nk dtg tahun dpn, janganlah berharap sgt sbb aku tak tau cuaca sini berubah2 dan kalaupun salji turun dia tak akan kekal lama plg lama satu malam jek, planlah ke Europe tu takpun ke Russia k eke Australia ke, nnt dtg sini niat dgn nak lawat member insya Allah, Allah bagi hadiah salji tu kalau ikhlas. Hehe. K selamat sehingga berjumpa lagi.


Done,

Izham

No comments: