us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, February 26, 2009

Setahun?

Owh dah setahun ek blog ni??hurm…menyumbang satu post gak lah...


I heard once from my senior, baez. He said, ‘ Belajar Medik kat JUST ni, tahun 1 adalah tahun paling enjoy, tahun 2 adalah tahun yg baru nak kenal ilmu medic, tahun 3 adalah tahun yang relaks, tahun 4 adalah tahun ‘blurr tak tahu nak wat aper’, tahun 5 adalah tahun yg byk exam n kena mula bekerja keras dan tahun akhir a.k.a tahun 6 adalah tahun paling susah dalam semua tahun’.


Sampai sekarang aku ingat benda ni walau diberitahu masa aku tahun 2 dulu..makanya skrg aku di tahun 4, mmg smmgnya perkara ‘blurr’ itu terjadi pada aku. Terigt dulu aku pernah bertanya pada abg syapi dan baez jugak, “yg kami belajar tahun 1 tahun 3 ni mesti dah kaver sumer tahun 4-6 kan?”. Tentulah tidak. Banyak perkara aku tidak tahu. Itulah aku dulu yang berfikiran masih seperti budak walhal sebenarnya dunia medic ini sgt luas pengetahuannya. Jika dibandingkan ilmuku sekarang ni, aku terasa tiada beza aku dgn budak belajar sains. Setiap perkara yg dibincangkan dalam medic, aku menjadi org yg plg kurang memberi pendapat, kalau ade pendapat pun belum tentu betul. Aku harus bekerja keras dan tidak mahu seperti hari ini dan sebelum2 ini. Aku bakal jadi doctor. Aku mahu memberi sumbangan kepada seluruh manusia kepada kawanku sendiri mahupun kepada pesakit2ku nanti.


Amek motivasi habis haa. Matilah aku dibakar pasni. Tapi serius, aku cakap budak2 Mesir memang hebat2 belaka. Dari tahun 2 aku dah notis. Sembang dgn diorg mmg rasa rendah jek ilmu ni. Takyah nak compare dgn dak2 mesir, kadang2 dgn member sendiri pun rasa jauh jek ilmu. Masalah aku sebenarnya, bila baca jek hilang, baca jek hilang. Tak igt paper. ‘Ilmu tak dikurniakan pada hati yang kotor. Ilmu itu adalah cahaya. Bila gelap datang, maka cahaya itu padam, bukan pudar’. Itu satu citer. Satu citer lagi mungkin aku belajar nak habiskan cepat2 topik tu kalau orang kata aku macam lebihkan kuantiti yg aku baca dari kualiti aku baca. Isk3. K tutup cerita.


…………………………………………………………………….


Akhir2 ni aku asek sakit jek. Haishh pasal pe laa. Rasanya dua tiga tahun ni takdelah selalu aku ke markaz sihhi(Pusat Kesihatan) sgt tp nk kira tahun ni dh nk msk 4 kali dah walhal baru bulan 2. Slama ni aku tahan jek kalau yg selsema sket2 tu sbb common sgt time winter ni. Tp kalau dh naik demam smpi 39 darjah tu terpaksa gaklah. First pegi tahun ni, pasal demam panas tu 39 oC dan lain2 dapat MC sehari. Pastu dua mggu lps kena plak Acute Otitis Media (jangkitan telinga tengah) ni aku tak amek MC pasal tak demam sbb hanyalah gatal2 telinga. Dapat antibiotic. Sbg student medic, sepatutnya kena ikut rules2 antibiotik ni, maka dgn kedegilan aku dan rasa konfiden, serta merta aku stop lepas gatal2 telinga aku hilang selepas makan ubat selama 3-4 hari. Then, lps beberapa hari, tetibe datang kepala pening2, berpusing2, jalan pun dah tak balance, rasa loya tekak, pastu muntah, campur plak dgn bunyi desing kat telinga maka mendapatlah jangkitan kat telinga dalam (inner ear). Haaa. Padan muka. Dapat ubat lagi. Kali ni berazam kena habiskan. Semalam datang gak ke Pusat Kesihatan itu lambang kaki aku bernanah lepas bermain bola. Tapi syukur setakat nil eh ke kelas dan berharap sihat cepat lambang dah nak periksa dah ni utk internal medicine. Kepada sahabat2 dan kepada diri sy jua, gudluk.


Oklah time to go. Daaa~~


Done,


Izham

1 comment:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

ape ko merepek we..dak2 mesir ni sengal2 udang je..ble tgk ko round spital,rawat budak2 mase paeds,rawat org mase medicine,aku kagum gle..inferior sgt doh.. T_T lg2 bg mereke yg malas cam cipan seperti aku..haih..


jg telinge elok2 k~