Terasa nak update lak kali ni setelah banyak2 hari cuti…kena amek mood dulu gamaknya sebelum nk update benda2 ni…cam dh hilang plak kemanisan update blog..tak macam dlu…mgkn sbb malas nk reka2 ayat kot…dulu pun banyak entry sedih dari entry happy…sebelum tuh, kita bacakan al-fatihah kepada sahabat mesir Ammar yang meninggal dunia pada minggu lepas dan kepada Syeikh Fathi Yakan yg baru semalam meininggalkan kita dengan sumbangan beliau yang terbesar dalam pembentukan islam..
Sejak akhir2 ni, ramai sangat berita2 yang menyayat hati pasal kematian ini. Tak lama dulu kita digegarkan dengan kehilangan kapal terbang AirFrance dan setelah berhari2 mencari rupa2nya tiada yang terselamat dan dikatakan kemalangan maut di udara yang paling teruk sejak 2001. Dari beratus2 orang yang terlibat sehingga kini baru 17 mayat dijumpai. Dan setelah digegarkan dengan berita AirFrance ini, sekali lagi dunia digemparkan dengan berita Masjid Thailand diserang dan para jemaah yang sedang menunaikan solat ditembak sampai mati dan motif masih belum diketahui lagi. Alangkah sedihnya, diserang pula di dalam rumah ibadat dalam keadaan suci sedang menghadap Yang Esa. Moga Allah tempatkan mereka di kalangan hamba2 yang soleh. Tambahan pula, baru ini 3-4 hari lepas, Negara mesir dan seantero dunia digemparkan pula dengan berita kemalangan yang membabitkan 5 pelajar Mesia yang merupakan pelajar Cairo University dengan seorang maut, dua yang agak teruk dan 2 dalam keadaan stabil. Mereka yang terbabit dimaklumkan sedang menjalankan tugas untuk rakan2 sebatch mereka namun Allah mungkin lebih menyayangi mereka dan telah mengambil salah seorang dari mereka iaitu Muhammad Ammar Zulkifli yang cukup besar pengorbanan kepada manusia2 yang disekelilingnya sehingga orang yang tidak dikenali pun cukup terharu dan sebak atas pemergiannya. Sungguh mulia manusia yang mati dalam berbakti dan dikenang jasanya. Dan baru pula semalam, Syeikh Fathi Yakan pula meninggalkan kita dalam jasa dan baktinya pada islam terlalu banyak termasuk buku2 beliau, ilmu2 pengetahuan beliau, perjuangan beliau dalam menegakkan islam, semoga ilmu beliau sampai ke hati2 kita dan semoga roh beliau ditempatkan bersama para2 syuhada’ dan solihin.
Benarlah mati ini suatu pengajaran terbesar buat manusia. Manusia ini tidak akan sedar sehingga mati itu hampir dengan mereka atau dengan manusia di sekeliling mereka. Aku sendiri terasa pemergian saudara2ku walau tidak aku kenali mereka namun cukup mereka pergi dengan pengorbanan yang besar terhadap islam dan ringkasnya dalam khusnul khatimah. Indah penutupnya maksudnya. Siapa yang tidak mahu hidupnya diakhiri dengan jasa dan baktinya dikenang manusia dna lebih2 lagi dunia islam itu sendiri. Malaikat2 akan mengiringi rohnya, manusia akan mengenangkannnya, dan lebih2 lagi Allah akan memuliakannya. Semua itu dicapai melalui sebanyak mana amalan kita di dunia, sebanyak mana kita bergelar orang islam yang beriman dan sejauh mana kita menghayati hidup kita hanya kerana-Nya.
Apa yang indah di dunia tidak seindah mana mati khusnul khatimah..sering kali aku mengingatkan diri aku, bahawa mati itu sangat hampir namun diri ini terasa semakin hari semakin jauh dari-Nya. Hidupku terasa dihanyut oleh dunia..oleh nafsu duniawi, harta, kemewahan, kejayaan duniawi namun apa yang telah kita buat untuk islam itu sendiri. Apakah kita mati nanti, Islam akan semakin berjaya dengan semua pengorbanan yang kita telah lakukan. Apakah manusia akan mengatakan bahawa si fulan bin si fulan telah melakukan sekian2 untuk agamanya tercinta..apakah Allah akan memuliakan kita tanpa perjuangan kita untuk islam yang tercinta…tepuk dada tanyalah iman anda..ade sumbangan anda terhadap islam? Ada? Ada? Usah bicara tentang kematian, adakah sekarang semasa kita hidup islam kini semakin berubah..ada sumbangan kita...aku sendiri terasa malu terhadap diri sendiri, hidupku di Jordan boleh dikatakan sia2, terasa aku ingin kembali ke dunia awal dulu..aku ingin memupuk diriku mencintai ilmu2..
‘Ya Allah, seandainya aku ini masih belum jauh lagi dari jalanmu, kembalikanlah aku. Terangilah hatiku dengan nur cahaya2mu. Jauhkanlah daku dari segala2 perkara2 yang akan menjauhkan aku dari jalan lurusmu. Amin ya rabbal alamin’
‘Cukuplah mati sebagai peringatan’




1 comment:
hurm~teringat kat ammar..last dia dtg umah aku haritu siap main2 kamera dgn aku..ai..
al fatihah..
Post a Comment