Hari yg panas, bahang dan rasa seribu tak selesa. Time solat jumaat berpeluh2 macam men bola jek. Rasa cam dh nak hampir ke hari kemuncak musim panas. Tiba-tiba rindu balik pada musim sejuk. Sumernya senang, boleh kata musim sejuk mmg musim bermalas2an disamping menyorok di bawah selimut berbanding musim panas kena rajin sikit. Maklumlah musim panas ni macam2 binatang ada, dari semut, ke nyamuk ke lipas dan len2 lagi. Macam2 bau gak datang bertandang. Nasihat kena lebih rajin mengemas rumah dan jaga kebersihan rumah anda di musim panas berbanding musim sejuk. Tapi Alhamdulillah setakat ini aku selesa lagi berada di cuaca panas di rumahku ini. So apa2 musim pun aku lebih suka terperap kat rumah dari ke luar seperti musim sejuk dgn adanya heater boleh memanaskan diri dan musim panas dengan adanya kipas dan suasana rumah menjadi sejuk so lebih selesa berada di rumah. Bertepatan dengan ‘Rumahku Syurgaku’.
Bercakap pasal rumah lak ek…aku mula merindui Malaysia ceh walhal baru je setahun sebulan tak balik…tak taulah..mungkin sebab aku dah cam bosan sangat keseorangan di sini..buat hal2 sendiri..kadang2 aku rasa macam2 sifat dalam diri keluar time keseorangan..yang jahatnya bermaharajalela yang baik dijadikan hamba. Mungkin nampak cam hipokrit sikit tapi hakikatnya camtulah. Berdampingan dengan orang yg lebih rapat dan lebih sayang boleh sentiasa nasihat menasihati, tegur mana yang salah dan diperbetulkan.Camtulah sekian2nya.
Bercerita pasal kelas plak, dah 3 minggu tempoh kelas berlalu di musim panas ini. Berbaki lagi 3 mggu nampaknya. Baru perasan dah berada di pertengahan. Hidup dan percutian yang amat indah rasanya time kelas kali ini. Absent sekali sekala, datang lewat, balik awal macam dah jadi trend dh aku lak terikut2 sekali. Bukannya apa, aku terasa macam aku duk dalam kelas tu dapat concentrate dalam 30 minit plg maksimum dan baki sejam setengah lagi tu aku dah tak dpt tangkap dah ape doctor cakap. Boleh kategori bosan kot. Community Medicine. Belajar banyak benda2 kajian utk komuniti berbanding kajian utk penyakit dan penawar itu sendiri. Pergh sebab asek lecture jek kot tu yg rasa cam tak Nampak apa2 time belajar. Insya Allah pasni masuk kampung2 orang arab bolehlah Nampak sikit2 yg dipelajari. Mungkin ada enaknya disitu. So mggu depan adalah mggu last utk tahun 4 lecture boleh dikatakan dan bermulalah masuk kampong, dan siap2kan utk presentation dan akhirnya final exam. Yeay, final exam Berjaya dipercepatkan setelah usaha rakan2 yang nak balik cepat atas alasan2 penting dan lebih2 lagi memanjangkan tempoh percutian. So see you soon nnt di mesia. Macam2 dah plan, nak go-kart la nak paintball lah, nak wayang lah, nak futsal lah..paling penting nak bersama dgn ma family…
To you, my sweetheart, congratulation dah grad Bachelor in Economy..tahniah2 diucapkan..semoga lebih berjaya di masa hadapan..dan moga2 dapat sambung master dengan cepat supaya kita dapat habis sama2 belajar walaupun berbeza darjat Degree-Master T_T . Hehe…
Dan sekadar hiasan jek, gambar2 makanan dihasilkan dikala kebosanan….enjoy…








1 comment:
ade plak berbeza darjat~
sapela kite ni even ade master pon T_T
Post a Comment