Dia… dimataku
Dia terlalu istimewa dimataku….Juga dihatiku…Dia hadir saat jatuhnya aku…Namun aku bukan menerimanya kerna membantuku bangun…Tetapi kerna dia.. istimewa dimataku
Hidup ada naik turunnya.. aku jatuh dalam hidup ini tanggal jun 2006.. September 2006 dia hadir.. aku bimbang, seperti yg aku katakan.. aku tak mahu menerimanya kerna membantuku bangun dari jatuh.. sebab itu, aku mengambil masa setahun utk menerimanya seadanya.. December 2007 boleh dikatakan titik rasmi dia mula menjadi istimewa dimata juga dihatiku..
Aku juga masih ingt sekitar jun 2008, pulangnya dia ke tanah air, ingin menemuiku..aku katakan “Tanya ayah dulu.” Jujurnya aku tak percaya saat mendapat panggilan dari rumah, ibu mengatakan “ada org tanya ayah.. bolehke saye kawan dgn anak pakcik..” belum pernah ada yang berani bertanya dgn ayahku.. kerna itu dia istimewa dimataku.
Dia juga boleh aku katakan tidak cepat melatah.. sabarnya sgt aku kagumi.. belum pernah mudah naik angin.. malah lebih mudah memaafkan.. kerna itu juga dia istimewa dimataku…
Aku masih ingt, semua jawapannya pada persoalan yg aku ajukan.. kerna aku sedar siapalah aku utk dibandingkan dgnnya.. sejak dari sekolah lagi aku terpaksa “jual mahal” kerana aku takutkan hakikat yg aku bukan yg terbaik utknya..
Bila ku katakan siapalah aku yang tak punya apa2… dia akan menjawab “layakkah khadijah bersama rasulullah manusia teragung.. layakkah seorang rakyat menjadi teman hidup seorang putera raja.. kerna sayang itu tak mengenal beza kaya @ miskin, darjat @ pangkat, cinta tak boleh diukur dgn harta dunia.. hanya ikhlas dan jujur yg mengukur sebuah perhubungan..” kerna itu, dia istimewa dimataku
Bila aku katakan yg aku tak sempurna…punya kekurangan dia pernah menjawab… “the virtue of love is not to find the perfect person but to love the imperfect person perfectly..” kerna itu dia istimewa dimataku..malah banyak lagi bicaranya yg selalunya menenangkan hatiku..dan.. meyakinkan aku…
Aku juga masih ingt ogos 2009.. boleh dikatakan interview pertamanya.. dia dijemput untuk makan tengahhari dirumah.. keluargaku mahu dia melihat sendiri kehidupanku… siapa tahu aku direject selepas itu.. tgh hari itu..,dia tiba sendirian.. (aku kagum.. aku fikirkan dia bersama keluarganya) dia.. langsung tidak betah bersembang dgn ayahku..ibuku..a dikku.. kerna itu dia istimewa dimataku..
Dia tidak kekok dirumahku.. kerna itu dia istimewa dimataku.. pulang sahaja dari pertemuan itu aku tanyakan kembali.. bimbang direject mungkin..”mcm mane? Da tgk tpt alg membesar.. family alg..Sudi lagi kawan dgn alg?” seperti selalunya jawapannya (yg dirahsiakan) membuatkan dia istimewa dimataku…
Aku yg bertudung labuh… membawa imej yg slalu menjadi perhatian org… aku selalu diingatkan ibu.. walau ape pon y g kite buat.. pandukan agama, insyaallah selamat dunia akhirat.. oleh kerna itu, biar apa pun perasaanku.. aku masih sedar batas dan limitku… dia.. tak pernah merungut dgn “syarat” @ “peraturan” yg dikenakan aku @ keluargaku.. lebih2 lagi berkenaan masa.. aku perlu kejar cita-citaku yg merupakan satu impian.. impian yg membawa harapan seorang ayah dan ibu… masa depan mungkin… juga satu peluang utk berbakti pada kedua ibu bapaku.. dlm impian itu juga terletaknya titik perubahan aku.. transformasi utk menjadi “seseorang”.. aku perlu jadi seseorang yg berguna @ bermanfaat utk org lain @ seseorang yg punya identity.. seperti kebiasaan.. dia menerima malah sanggup menunggu.. kerna itu dia istimewa dimataku..
Di setiap sujudku, aku tak pernah putus memohon kepadaNya, semoga ada penghujung yang baik utk semua ini… aku mahu kejar cita2.. tapi aku tak nafikan aku juga mencari cinta… aku mahu berbakti pada ibu dan ayah… jadi kakak yang menyayangi & bertanggungjawab pada adik2nya… aku juga mahu bersedia menjadi yang terbaik utk seseorang… kerna itu, Hanya pada Yang Maha Kuasa aku memohon… tunjukkan jalan… agar aku dapat memenuhi kehendak dan harapan mereka2 yang sayangkan aku…
Dia yang istimewa dimataku… moga satu hari kelak jadi yang teristimewa dlm hidupku~




9 comments:
jujur,aku tersentuh baca post ni.
aku selaku teman rapat dia sejak kecik sentiasa mendoakan yg terbaik utk dia dan masa depan. termasuk la along skali sebab along adelah mase depan dia.
semoga bahagia. aku kenal hati budi dia. maka aku tahu korang akan bahagia. amin.
aweeeeeeeee....aku mintak maap wee...aku banyak bersalah pada ko sblom2 ni...
sob..sob..sob..
very touching deep into my heart...
T_T thanks atas nukilan di atas...boleh dibaca di hari yg 'istimewa' nnt...hoho
abg nk bls blk abg tak tau camne..sbb diri ini bukanlah pandai bersastera...
wrq: huaaa... wrq n dian memang best! sorg leh blushing haritu.. sorg lagi leh plak tersentuh~ ^_^
ape pon, thaNx! (nak amin jugak~ )
ijat: adeh.. awat sedih2 ni (adekah ini style ayat2 sentimental dak2 oversea~)
Dia: ^_^ takyah reply~ smua ni tuk a**... ikhlas dari hati alg~
abang?
err asma'.. ni die terlepas cakap jek.. huhu T_T (kene masok klas tatasusila balik..)
alamak...betul lah..agak terlepas..adeh igt tak ramai yg visit blog ni pasal dah lama terbengkalai...
banyak la ko punye tak ramai yg visit. aku hari2 singgah sini weh. [sile nanges terharu]
T_T (cukup terharu ke?) haha~
Post a Comment