us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 25, 2009

Fam Med

Aku dah setel first rotation. Family Medicine. Sebulan gak masa yg diambil. Dan berbaki lagi 10 rotation utk menghabiskan tahun 5 ni. Lepas ni aku start dgn psychiatry. Nak cakap pasal family medicine. Memang best. Sebulan tu rilek jek, pagi2 kuar lambat2 pun takper sebab tempat dia dekat jek takyah kuar awal2 pagi macam nak ke university sebab tempat nak buat rotation ni semata2 di klinik university yg tak jauh boleh jalan kaki jek. Tapi totap nek teksi. Hehe. Setiap hari jadual yang sama. Awal2 pagi seminar yg disampaikan oleh pelajar yang dijadualkan hari tersebut then start dengan klinik duduk dengan doctor dalam bilik jumpa patient sumer then seminar balik. Tiap2 hari camtu sampailah habis sebulan. Memang tak terasa sangat masa yang berlalu, sebab tiap2 hari kena stadi sebab masa sebulan jek untuk ke exam. Doktor2 yang mengajar lak sumer baik2 belaka.

Belajar family medicine ni ibarat belajar sumer ilmu medic tapi cuma di permukaan jek. Maksudnya takdelah permukaan cuma this subject is very wide. Sangat2 luas. Dari pediatric, internal medicine, O&G, orthopedic dan sumer2 yg len sebab pe orang datang klinik. Kalau ikutkan sebulan memang tak cukup kalau nak kuasai subjek ni tapi doctor cuma nak dedahkan pada pelajar2 bagaimana berkomunikasi dengan pesakit sumer dan paling penting ilmu yang baru iaitulah counseling. Memberi assurance kepada patient kalau sakit tu tak bahaya atau deliver bad news. Atau counseling certain2 penyakit means educate patients about their disease walaupun kat tenet sekarang teknologi canggih leh cari sendiri kat internet. Family medicine maksudnya comprehensive and continuous and include all ages. Menyeluruh dari segi subjek2 medik yang terkandung dalamnya, bersambung maksudnya dari patient baru lahir sampai tua dan termasuk sumer umur tak kira muda tua dan kanak2. Dan nasihat di sini, kalau sape rasa yang ada sakit tuh takyah ragu-ragu utk jumpa doctor even fatigue (badan lemah2 atau tak larat) doctor akan amek kira. Sape nak sihat, kenalah berusaha sikit. Doktor bukan penyembuh kerana Allah yang menyembuhkan, berjumpa doctor itu cuma adalah satu usaha untuk menjadi sihat.

Sekian.

p/s : time2 ni la tak sehat, esok dah nak start dah psychiatry ni. Doakanlah sihat esok ni. Amin.

Done,

Izham

No comments: