Satu perkara yang paling aku tak senangi bila rotation2 medic ni bila aku betul2 rasa penyakit tu ada kat aku. Aku pun tak paham kenapa terjadi benda ni kat aku. Hypochondriasis gamaknya kalau dalam ilmu psychiatry. Boleh rujuk kat Wikipedia.com utk maksud sebenar hypochondriasis. Memang betul, kita perlu praktikkan ilmu di dada dalam kehidupan seharian, tapi tak dapat lak nak jawab time round dengan doctor ke atau time seminar ke. Tu yang tension tu. Aiseh. Emo dengan diri sendiri lak. Sebenarnya sape betul2 tahu aku memang tahu lah perangai aku camne bila masuk tiap2 round. Nak dibuat citernya, kalau time tgh baca system pernafasan tiba2 jadik sesak nafas, kalau baca bab jantung, tiba2 lak sakit dada, ni baru habis dermatology ni, takde tiba2 memang jerawat lak berlumba2 nak keluar walhal kalau 4 tahun dulu time musim sejuk memang takdenya nak kuar2 mencacatkan muka. Terasa nak gi buat appointment dengan dermatologist lak nak elokkan jerawat. Sedikit fakta tentang jerawat, 90% dari orang yang kena jerawat akan pulih pada umur 23-25 tahun. Nak betul2 rawatan orang yang kena jerawat ni kena gi jumpa dermatologist bukan setakat jumpa GP kat klinik jek kalau tak ada kesan parut susah lak.
Baru habis exam dermatology, minggu depan exam ophthalmology lak minggu lagi satu exam radiology lak memang tak putus2 la tiap2 minggu pasni exam sampai final memang full jadual orang kata. Macam aku cerita sebelum2 ni, aku dah setel family medicine pastu psychiatry then neurology terus ke ENT sambung lak dgn ophthalmology dan akhir2 ni dermatology. Kira dah separuh tahun la ni untuk tahun 5. ENT nak citer takde ape sangat, just pasal penyakit2 telinga, hidung dan mulut cuma doktor2 di ENT sangat baik2 dan pelajarannya agak simple gak takde nak pikir pusing2 Cuma satu je aku pikir time round ENT, memang masa time round2 sekarang seronok, kalau terasa nak jadi specialist tak ke bosannya asek2 duk ulang tiga bahagian tu jek untuk 20-30 tahun. I guess I’m a nerd person kena try for medicine for specialist nmpknya. Heh.
Habis ENT belum exam lagi, exam dia wat pas seminggu dah round ophthalmology tu yang ganggu stadi aku untuk ophthal sikit. Masuk ophthal tengok2 secara overall Nampak cam menarik gak course ni macam2 machines digunakan untuk mata ni tapi sebab seminggu ophthal pertama itu terbuang oleh stadi untuk ENT exam makanya tak dapat kenikmatan stadi sebenar untuk ophthal. Orang kata exam ophthal senang tapi aku rasa depa sume bohong jek aku baca punyalah susah nak kena khatamkan dua tiga jenis buku lak tu tapi aku tak tau lagi sebab belom exam lagi. Namapun exam gak, takleh pandang rendah kelak akan memakan diri.
Masuk derma lak. Fuh dermatology ni penat sikit la tapi. Tiap2 hari ada seminar dan kena prepare takleh datang dengan kepala kosong jek semua sebab evaluation yang 20 markah tu. Banyak tu. Tapi kalau setakat baca laju2 malam tu, esok nak jawab secara pantas seperti diminta professor tak dapatlah nak jawab kan. Pasrah je la dengan ape2 markah doctor bagi sepanjang dua minggu evaluation tu. Harap2 evaluation tu takdelah rendah sangat bolehlah tolong markah exam ni. Sekarang ni rasa cam lapang dada sikit, sebab 4 minor yang terawal ni orang kata agak mencabar sikit tapi semua dah lepas Alhamdulillah jumpa masa final lak yer bulan 5 nanti (matilah!). Cuma yang sesak sikit untuk rotation2 pasni, round2 untuk orthopedic lama katanya, pastu time exam radiology yang ada kekeliruan dalam mengenal pasti gambar dan OSCE Obs and Gyne ayng mungkin susah sebab rotation yang paling akhir. Tapi tulah cabaran yang perlu ditempuhi sebagai seorang student tahun 5 medik kan. Kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh kan. Senior2 memang idola dalam pelajaran. Moga2 mereka terus menjadi motivasi untuk diri aku thabat di atas jalan ini. Insya Allah. Amin ya rabbal alamin.
OK jumpa di lain masa.




1 comment:
ya Allah, permudahkanlah urusan "dia"~ amin! ^_^
Post a Comment