Wait..wait sebelum kita pegi dengan lebih lanjut mana topic kita dah sampai….
Ooo dah sampai kat exam ophthalmology. Korang rasa mesti bosan kan hidup aku asek duk bergelumang dengan exam kan…aku pun rasa begitu gaklah…termuntah2 dah nak pandang helaian2 tapi bila diberi cuti lak kadang2 sampai tak tau nak watper sebab dah terbiasa menghadap helaian2 kertas tetiap hari…(pandai ko menipu ye we? Haha).
Ooo dalam minggu aku radiology aku menerima tetamu istimewa dari mesir, kawan karibku Muhammad Al-Warouq bersama housematenya Mesir, Paan Salleh, datang melancong utk tempoh seminggu tempoh yang sangat sekejap la orang kata tapi jadilah nak buat ape lama2 kat Negara orang lagipun joden mahal duitnya dan ongkos hidupnya. Macam manalah kami ni leh bertahan hidup kat Negara joden ni. Huuuu..kalau nak dikenang balik inflasi hidup joden ni makin lama makin menaik kalau nak dibuat perbandingan masa time tahun satu dulu dengan sekarang…cewahh cakap orang ekonomi lak kan walhal jahil tak tau pape pun…ok berbalik kepada tetamu istimewa mesir ni,aku bersama ejad dan mando turun ke aqabah membuat ekspedisi bersama2 dengan mereka jelajah Jordan. So dalam tempoh seminggu diorang nak padat2kan jalan diorang di samping aku ada kelas time tu, aku mampu meluangkan masa selama 3 hari jek bawak mereka berjalan2 seluruh Jordan itupun time weekend dan hanya tempat2 penting sahaja kami kaver. Yang lain tu, maaflah kalau nk pegi gak silalah datang sekali lagi. Dan cerita2nya bolehlah ke blog encik warouq ye anak2.. http://www.warouq1528.blogspot.com/ . Tetamu kan membawa keberkatan dan juga membawa rahmat, dan sebagaimana mereka layan kami di mesir dulu, kami lebihkan lagi bila mereka datang berkunjung. Harap perjalanan mereka ke sini jadi satu ingatan dan memori bersama2.
Makanya dalam tempoh radiology, dan Alhamdulillah tidaklah sesibuk mana rotation laen hanya 3-4 lecture seharian utk 2 minggu tanpa ada rounds katil ke katil patient. Tiap2 hari asek duk piker nak balik awal jek tapi memandangkan course radio ni hanyalah lecture, memang takde rehat langsung dia bagi, even waktu lunch pun diorang tak bagi. Kedekut seyh. Tiap2 hari bergelumang dengan gambar2 hitam putih, samada X-ray ke, CT-scan ke, mahupun MRI dan lain2. Tengok jek dekat X-ray kena terus spot diagnosis, kena mengingati pelbagai signs yang ada untuk memudahkan dalam membuat diagnosis, kriteria2 yang tertentu untuk lebih tepat dalam membuat diagnosis. Tapi semua itu hanyalah sementara sahaja, habis je exam radiology langsung tak bukak balik buku, dan tak ingat dah ape yang dah dibelajar. Huu. Untuk memudahkan ceritanya, radiology nya specialty ni adalah di mana doktor2 hanya perlu mengambil gambar pada patient dan membuat diagnosis tanpa melibatkan clerk patient dari awal pengambilan history sampai habis dalam treatment.
Beralih pulak kepada Anesthesiology. Rotation pada mulanya aku rasa macam hambar, tapi hari makin hari aku makin suka sebab berpeluang untuk menonton ‘live surgery’ di depan mata, Cuma ada beberapa impian aku tidak kesampaian seperti surgery yang memerlukan ‘chest opened’ mahupun yang ditebuk kepala untuk melihat bagaimana pakar mengendali pembedahan otak yang hidup bersama peparu yang kembang kempis dan juga jantung yang berdegup. Anesthesiology ini adalah satu specialty di mana ia mengawal bius2 yang diperlukan untuk menghilangkan kesakitan, menidurkan patient dan lain2 lagi. Mula2 aku Nampak specialty ini seperti mengawal roh manusia, masa bila nak dibangunkan patient tu, masa bila nak ditidurkan patient tu dan dibuat surgery tanpa rasa sakit tapi akhir2 mula berpikir kalau takde specialty yang khas ini, makanya surgery tidak akan Berjaya tak kiralah surgery itu mudah ataupun sukar kerana semuanya memerlukan incision, untuk sampai ke bahagian pathology di dalamnya dan dibuang keluar. Cuma tak berapa minat anesthesiology ni, sebelum pembedahan start dia perlu menidurkan patient kalau patient itu memerlukan pembedahan yang berat, dan di tengah2 hanyalah melihat2 monitor atau kaedahnya monitoring sahaja dan menstabilkan patient, kalau takde ape2 yang terjadi anesthesiologist tidak ada ape2 yang boleh dilakukan melainkan duduk diam turut sama menonton surgery yang dibuat, dan di akhir pembedahan, dia membangunkan patient. Nampak cam boring kan, tapi inilah kerjaya yang paling tinggi gajinya di USA. Alasannya, kerja ini memang takde rehatnya kalau di bahagian emergency, dan patient untuk dibius boleh ramai2 untuk satu2 masa. Dan Alhamdulillah exam baru ni telah dipermudahkan Allah dan semoga semuanya baik2 aja untuk masa ini dan masa akan datang.
Next in row, orthopedic specialty untuk penyakit2 tulang, tendon dan ligament dan lain2. Forensic, specialty utk mengendalikan orang2 mati, kes2 jenayah yang melibatkan medical report. Dan akhirnya Obstetrics and Gynecology, pakar sakit puan. Ok selamat2.




No comments:
Post a Comment