Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan berakhirnya bulan Mac kali ni maka sudahlah aku memasuki subjek terakhir aku di tahun 5 setelah mengharungi 10 subjek terawal. 10 subjek sebelum2 ini diharungi dengan suka duka bersama satu group arab yang di’assign’kan bersama-sama, gelak-tawa, sedih-pilu, kena marah dengan doctor, rasa malu, dan bentang seminar kepada antara satu sama lain semua telah berakhir setelah memasuki rotation terakhir rotation Obstetrics and Gynecology di mana group akan di’assign’kan semula untuk 2 bulan yang terakhir di tahun 5. Ramai yang tertanya-tanya kenapa exam banyak sangat sehingga tiap 2 minggu sekali ada sekali exam tapi begitulah system JUST di sini, di’compile’kan segala ilmu2 kepakaran ‘specialist’ berpandukan ISO hanya untuk memberikan kepada para pelajar2 seolah2 ‘review’ untuk kepakaran tersebut. Di sini saya mahu ucapkan Goodluck kepada rakan2 seperjuangan untuk mengharungi bersama2 di medan peperiksaan final nanti di mana 11 final exam akan menanti dan ‘All the best’ untuk junior2 yang akan mengharungi tahun 5 nanti. Sedikit nasihat dari aku, ‘ tahun 5 bukanlah honeymoon seperti yang disangka tapi ia tidaklah bermaksud perlu stadi rajin2 sampai terabai sekeliling, jadi macam biasa2 seperti tahun2 sebelumnya, yang penting priority kan yang mana yang utama. Insya Allah kejayaan milik kita semua.’ Takkan hadir kesenangan tanpa kesusahan.’
Baiklah, setelah berakhir rotation anesthesiology pada entry yang lepas, aku sambung kepada rotation Orthopedic. Rotation yang membincangkan perihal2 tulang2, ligament2, otot2 dan lain2. Rotation kali ini aku tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kerana pelbagai program yang aku terlibat. Program akademik yang dianjurkan persatuan yang dinamakan ‘Comrade 2010’ bermaksud Carnival of medicine and Dentistry. Aku melibatkan diri dalam menjadi pembentang untuk program ‘First Aid Drill’ untuk ahli persatuan di sini, senior2 klinikal menjadi doctor kepada ahli persatuan mengesan penyakit awal yang ada dengan bantuan sedikit sebanyak ujian2(investigation) yang ada, dan beberapa program yang dianjurkan lagi. Rasa gembira dan puas hati kerana menyampaikan ilmu kepada orang lain tetapi rasa rugi pula tidak bersungguh2 dalam pelajaran kerana Orthopedic rotation ini di Malaysia adalah major atau rotation yang wajib dilalui oleh setiap doktor2 pelatih dalam tempoh housemanship selama dua tahun itu. Hanya 2 hari sebelum exam diberi kesempatan untuk belajar dan Alhamdulillah exam orthopedic dipermudahkan namun tetap jua rasa kesal kerana pelajaran di dada hilang begitu sahaja lepas exam selesai.
Setelah berakhir Orthopedic, rotation seterusnya adalah rotation Forensic, dengan usaha gigih ketua kumpulan aku, kumpulan aku dapat cuti seminggu penuh dan kelas seminggu sahaja. Rasa bahagia tidak terkata, namun tempoh cuti itu dipersia2kan hanya duduk2 di rumah guling2 seadanya, tak pergi ke mana2 lambang tiada teman yang mahu mengikut. Maka setelah berakhir cuti yang bahagia selama seminggu, kelas aku bermula kembali pada hari Ahadnya. Kelas yang stret seminggu dan pada Khamis minggu yang sama ada exam. Berpeluang menonton dua kes forensic yang menarik. Kes pertama kes pembunuhan dan kes kedua adalah kes untuk menentukan sebab2 kematian, adakah salah hospital atau God’s will. Bermula dari hari pertama budak2 group aku tidak sabar2 menanti kes kematian (macam tunggu orang mati jek), soal doctor setiap jam yang berlalu, dan aku juga tidak sabar juga menanti, bukan menanti orang nak mati, tapi nak tengok sape yang tak tahan mayat dibedah siasat. Siap buat ‘bet’ dgn kawan lagi tuh. Setakat ‘bet’ cakap2 jek takde benda yang haram. Pada hari Isnin, ketika budak2 syok mendengar seminar yang disampaikan oleh member2 sendiri, doctor dapat panggilan ada kes datang. Makanya budak2 group terus meluru ke arah bilik mayat, dan setelah masuk ternampaklah sebungkus kain putih yang terbaring di atas meja pembedahan siasat. Menanti doctor masuk untuk meneruskan pembedahan namun terbantut sejam sebabnya tidak diketahui identity mayat tersebut. Sedang2 menanti, aku berasa pelik, mereka yakni member2 segroup boleh bersembang gelak ketawa disebelah mayat tersebut, aku cuma memadang pelik dengan ketiadaan ‘common sense’ pada mereka. Tidakkah mereka mempunyai sikap ‘respect’ terhadap si mati. Sekurang2nya fikiran yang menginsafkan kerana di hadapan mereka adalah orang yang telah ditarik nyawanya dan hanyalah dibangkitkan di akhirat kelak dan pada waktu ketika itu, rohnya dipersoalkan oleh Allah akan perilaku ketika hidupnya. Semuanya hanyalah common sense. Semua orang tahu perkara2 ni lagi2 mereka yang bergelar Muslim.
Setelah hampir sejam setengah menunggu akhirnya doctor sudah mengetahui identity, ditikam berkali2 oleh anak saudaranya sendiri atas nama ‘killing honor’. Membunuh atas sebab menjaga nama baik family mereka. Satu perbuatan jahiliyyah yang masih wujud pada zaman ini dan diberikan perlepasan dari hukuman berat oleh undang2 tempatan. Tidakkah hukuman ke atas pesalah setimpal dengan perbuatannya, sudahlah membunuh, hukumannya pula adalah penjara hanyalah beberapa bulan sahaja. Telah diajarkan kepada kita, dari kalam Allah itu sendiri bahawa hukum qisas adalah hukum yang terbaik dilaksanakan. Kalau ia tidak dilaksanakan pun, perlulah hukuman itu sepadan dengan perbuatan jenayah dilakukan. Ya, perkara ini tidak akan habis dibincangkan selagi mana perbuatan jahiliyah ini tidak disedari oleh masyarakat tempatan mereka sendiri. Baju semua ditanggalkan, kesan2 tikaman pada baju dikenalpastikan untuk memastikan bahawa ianya adalah kes pembunuhan. Kesan2 tikaman dipastikan alat apa yang digunakan dan kami diajarkan beberapa petanda2 orang yang sudah mati antaranya jasad yang kaku(rigor mortis), berbiru-biruan di bahagian tarikan gravity(livor mortis) dan sejuk. Setelah semua dikenal pasti, maka semua doctor bersiap sedia di setiap meja pembedahan untuk memulakan….pisau diambil dari sisi mayat, lantas diarahkan ke bawah dagu mayat dilalukan dengan pantas membentuk garisan di tengah2 dada mayat dan seterusnya sampai ke bahagian perut. Terbelah dua kulit dan terserlah segala lemak2 yang ada di bawah kulit dan muncullah beberapa otot2 yang ada di bawahnya. Beberapa pelajar lelaki arab keluar namun pelajar2 perempuan masih bertahan melihatnya. Doktor meneruskan lagi, diasingkan lemak2 dari otot2 dibawahnya untuk mengukur kedalaman kesan tikaman seperti mana dilakukan ke atas lembu2 di hari korban. Diasing2kan kulitnya dan diajarkan kepada kami beberapa anatomi2 di badan mayat tersebut. Dan tetibe sesi kami pada waktu bedah siasat tersebut diberhentikan kerana seminar perlu dihabiskan segera supaya kami boleh pulang ke rumah dengan cepat.
Hari Rabu, setelah selesai seminar pada hari tersebut, kami diserahkan satu kes dari hospital yang pesakitnya baru sahaja menemui ajal pada semalam harinya. Mayat ini diserahkan untuk bedah siasat hanya untuk mengetahui sebab kematiannya dan untuk dikenalpasti adakah kematiannya disebabkan kecuaian yang dilakukan oleh pihak hospital. Kami disuruh turun terus ke bilik bedah dan kami menunggu seperti biasa. Dalam masa 15 minit setelah doctor selesai menguruskan permasalahan2 dengan keluarga, doctor meneruskan dengan bedah siasat tersebut. Beberapa pelajar ada yang tidak sanggup masuk cukup pada hari pertama tersebut tetapi aku selagi tidak dapat melihat jantung takkan ku jejak keluar.(nak tanam minat jek jadi cardiologist or cardiac surgeon, insya Allah). Seperti biasa, doctor mengangkat pisau dan melalukan dari bawah dagu ke bahagian perut. Kali ni mayat darahnya banyak berbanding dengan kes yang pertama tu sebab kena tikam dengan darah yang hilang dari tikaman itu. Disiat2kan dan diasing2kan lemak di dada dari otot dibawahnya. Di buang juga otot2 yang berada di atas tulang dada di tengah2 untuk memudahkan kerja pemotongan tulang rusuk. Dipotong di bahagian tulang rawan di tulang dada dengan pisau yang tajam dengan mudahnya dan diangkat lalu menampakkan peparu dan jantung disebaliknya. Sebelum kerja mengeluarkan peparu dan jantung dari badan doctor menyelukkan lengannya ke arah dalam perut untuk melihat pendarahan dalaman dan setelah dipastikan tiada pendarahan, doctor terus memotong dan mengangkat satu set peparu dan jantung keluar untuk mengenal pasti sebab kematian. Dipotong2 setiap bahagian peparu dan diasingkan jantung dari peparu, dibelah dua, untuk melihat bahagian dalaman, injap2 yang ada, otot2 jantung diperiksa berhati2 setiap saluran darah yang membekalkan kepada jantung dipotong berhati2 dan dilihat dengan begitu teliti kerana antara penyebab utama adalah adanya sekatan oleh kolestrol di kawasan saluran darah yang membekalkan darah kepada jantung. Dan setelah selesai semua, badan mayat itu dijahit semula dan dibasuh dari darah2. Dan kami pun keluar menuju ke rumah. Pengalaman di Forensic dengan knowledge2 nya dan pengalaman berhadapan dengan beberapa kes cukup menyentuh hati dan mengingatkan kita kembali bahawa mati itu adalah pasti dan semua tidak akan lari darinya. Semoga kita semua tergolong dari golongan yang ditamatkan hidupnya dengan kebaikan. Husnulkhatimah, insya Allah. Doa kepada si mati insya Allah. Alla7ummaghfirla7um war7am7um wa3afihim wa3fu 3anhum.
Dan sekarang for another 2 months, berakhirlah tahun 5 dengan subjek major yang amat menakutkan, subjek ‘Sakit Puan’, Obstetrics and Gynecology. Insya Allah diberikan ketabahan untuk melaluinya dan semoga kembalilah semangatku stadi rajin2. Dan doakan kami semua semoga Berjaya dan insya Allah untuk kalian kejayaan di dunia dan akhirat.
Ok, semoga berjumpa lagi di lain masa.




1 comment:
waaa sebulan skali update... skali update.. fuhhh panjaaaaangnyer ^_^
all the best utk OnG... for future cardiologist!
Post a Comment