Assalamualaikum,
Dah agak lama tak buat entri baru dari bulan 5 baru ni…nampaknya pertama kali la saya ter’skip’ sekali sebulan punya entri, tapi tak mengapalah saya ada partner seorang lagi. Hehe. Rasa nak buat itu ada tapi idea tu tidak ada lagipun sebulan dua ini dilanda exam besar dan 11 final yang bakal menanti. Perlukan usaha yang lebih dan perlukan sokongan serta semangat yang berpanjangan.
Pejam celik pejam celik saya telah berjaya menghabiskan tahun 5 (kelas je la belum exam lagi) dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua, tahun 5 medik kat JUST ni adalah tahun yang paling sedikit dalam sumer tahun. Ada 9 bulan jek pastu terus sambung ke tahun 6 iaitulah final year. Walaupun dalam kependekan waktu itu subjek-subjek yang dipelajari adalah melebihi kiraan dari tahun2 sebelumnya. Sebelas subjek. Sangat banyak dan merangkumi semua kepakaran2 yang berbeza. Cuma dalam kurikulum belajar yang di atas permukaan sahaja.
5 tahun berada di sini cukup mengubahku dan setahun sahaja lagi sebelum aku kembali ke Malaysia dengan penampilan ‘aku’ yang baru. Cubaan2 dugaan yang melanda yang diharungi di sini tidak cukup untuk dimemorikan dalam sebuah novel atau sebuah dramasiri, cukuplah ianya semua menjadi sejarah dalam diriku. Dari mulanya, aku hanya datang sebagai seorang kanak-kanak yang belum bersedia memikul tanggungjawab, namun 5 tahun aku di sini mengajar untuk hidup berdikari, hidup untuk bertanggungjawab dan juga hidup bermasyarakat. Pernah juga beberapa kali diri aku disogokkan beberapa pikiran ‘kenapa tidak aku sambung stadi kat Malaysia?’, ‘kenapa aku nak sangat jadi doctor?’, kenapa mengapa tapi bila aku mula berpikir tujuan aku pada awal2nya sebelum aku terbang ke sini, aku teringat niatku, aku ingin menjadi seorang doctor walau apa pun terjadi (termasuklah result SPM best ke tak best), aku diberi kepercayaan dengan memegang dermasiswa untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan grad pada masanya, aku tidak mahu mengecewakan orang-orang sekeliling yang mengharap kejayaanku dan akhirnya di sini aku. Di akhir tahun 5 dan di permulaan tahun akhir yang lebih banyak dugaan yang menanti.
Benarlah, jikalau niat itu murni pada permulaannya, sekiranya kita berpegang teguh nescaya kita tidak akan terserong selama-lamanya selagi mana niat itu bersih, suci dan tidak lari dari landasan-Nya. Dan berikut adalah peperiksaan yang akan saya hadapi untuk bulan yang akan datang, doakan saya dalam doa kalian, insya Allah.
Neurology :
23 Mei 2010
Ophthalmology :
24 Mei 2010
Orthopedics :
26 Mei 2010
Obstetrics and Gynaecology :
30 Mei 2010
Dermatology :
1 Jun 2010
Psychiatry :
3 Jun 2010
Family Medicine :
6 Jun 2010
Forensic :
7 Jun 2010
Ear, Nose, and Throat :
8 Jun 2010
Radiology :
9 Jun 2010
Anesthesiology:
10 Jun 2010
Owh lihat sajalah kat 5 exam yang terakhir, dimanakah aku nak kaver untuk stadi subjek2 itu…dahlah semua subjek adalah subjek berat. T_T semoga ALLAH mempermudahkan segalanya dan bersamaku.
Baru tengok episode Adamaya sampai 18. Overall citer tu, hmm mengharap Maya itu baca buku yang dapat dari ostat jalanan tu. Kuatkan sikit agama, baru tak curang. Syurga di bawah telapak kaki ibunya untuk lelaki dan di telapak suaminya untuk perempuan. Wah feeling pulak citer Adamaya kan…ok2 nak sambung stadi ni…babai~
Done,
Izham




No comments:
Post a Comment