kebahagiaan.
siapa yang taknak hidup bahagia.
sebagai org islam,
kita sgt menginginkan
kebahagiaan di dunia dan di akhirat .
macam yg slalu kita baca masa berdoa.
"rabbana atina fid dun-nia hasanah, wa fil akhirati hasanah
wa qina 'azaban nar" amin.
tapi apa itu bahagia?
senang beli tepi jalan je ke?
tak kan?
bahagia tu sgt subjektif.
setiap org ada definisi bahagia yg tersendiri.
tapi saya percaya,
sumber utama kebahagiaan itu
adalah dari hati yang tenang.
kebahagiaan tak sedia tercipta ,
dan bukan sesuatu yg sedia ada.
kebahagiaan tu kita bina
dgn menjaga hubungan kita sesama manusia
lebih2 lagi hubungan kita dgn Pencipta kita.
yang saye blajar dari hidup ini..
kebahagiaan tu
bukan semata2 ungkapan kata sayangkan seseorang
taPi kebahagiaan tu
adalah dgn melihat org2 sekeliling kita turut bahagia.
bahagia melihat org yg kita sayang bahagia.
bila yang ada sekeliling kita bahagia.
hati kita turut tenang
rasa aman
dan bahagia.
yang dinamakan bahagia itu juga
bila kita mampu tunaikan
segala tangungjawab kita
tanggungjawab pada pencipta
juga tanggungjawab pada manusia
dgn tertunainya tanggungjawab
hilanglah segala rasa resah
dari itu
hati akan jadi tenang
itu definisi kebahagiaan saya
setakat hari ini.
mungkin ada banyak lagi yg perlu saya pelajari
yang pasti
bahagia itu di tangan tuhaN.
bukan pada ketentuan mana2 manusia.
smua org berhak untuk merasa apa itu bahagia
cuma kene pandai melihat kehidupan ini
dari perspektif yg positif
untuk yg sudi membaca,
smoga bahagia hendaknya. =)
wallahua'lam.
::cahaya_petuNjuk::




1 comment:
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Sumber http://www.hijjaz.com.my
Post a Comment