us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, November 28, 2010

3K

assalamualaikum.

dulu, mase buat ijazah dan bergiat aktif dlm sukarelawan uiam... seorang ketua pernah berkata...
"sebagai student ni, kite kalau boleh cuba elakkan sekadar tertumpu pada 3 K semata2"
kehidupan student yg tertumpu pada 3K yg dimaksudkan adalah: Katil, Kelas, Kafe. jadi kami sentiasa dimotivasikan utk rajin membuat kerja2 sukarela. dan bergiat aktif dengan aktiviti yg dianjurkan uni.
so, takdela rutin harian tu sekadar katil, kelas dan kafe kan? =) (Komputer?) hehe

taPi utk post kali ini, alg nak ubahsuai konsep 3k yg telah diguna pakai. terasa sejak kebelakangan ni... hiduP alg tertumpu pada 3 K! otak ni pon dah penuh dgn 3K! ape tu 3K yg alg duk sibuk2, duk pening2... duk fikir2?

K #1 = Keluarga.
alg anak sulung. umur da 23. taPi tak keje2 lagi. selalu terfikir.. bile la nak contribute pada kluarga. anak sulung ni, nak tak nak.. memang kene fikir smua ni. biar pon adik2 alg hebat2... still, kakak kan. kene la buat sesuatu utk keluarga. memikirkan final sem ni, takot jugak... camnela peluang kerja nanti. smoga Allah bukakan pintu rezekiNya utk alg. amin!. dan selain tu, sebagai anak sulung jugak... ape pon, alg kene la letakkan kluarga dulu. prinsip hiduP alg dari skola menengah (skola rendah nyer prinsip cam kebudak2an kot. hehe) . alg nak bahagiakan org yg alg sayang dlu.. supaya alg boleh bahagia dgn kebahagiaan mereka =) smoga alg akan sentiasa sedar dan tak lupa diri. supaya nanti, dapat bina keluarga sendiri dgn asas yg kukuh.

K#2 = Kerjaya.
ni da nak masuk final sem. secara tak langsung perancangan kerjaya da kene develop!. alg da start fikirkan lepas ni nak ke mana. segala possibilities dah dikluarkan. cume berharap result adelah yg terbaik. barula ade kelayakan nak mengajar. ye dak? taPi qualification tu kire separuh je la. yg lebih tu = skills, Minat! etc.

K#3 = kawen? (yg paling sensitif skang ni kan)
kalo boleh, ini adalah perkataan yg paling taknak disebut saat ni. taPi tu la, dgn environment kengkawan yg da mule meriahkan "next stage" ni... dgn umur yg memang panas dgn persoalan2 bab ni... nak tak nak , kene fikir jugak kan? cume rasenyer buat 6 bulan ni, biarla study alg habis dlu. syarat penting ibu bagi tu. lagipon, alg sendiri ade banyak yg perlu di improve kan lagi. org kate "blom sampai seru lagi" ek? =) hidup mati jodoh pertemuan tu kan ketentuan Tuhan, biar kita merancang... bila sampai saat dan waktunya, ia akan tiba juga.

hmm itu la 3K yg alg duk fikirkan sejak dua menjak ni.
"keduniaan sgt kah?"
takla. alg harap alg dapat buat yg terbaik utk 3 K yg alg fikirkan ni. smua tu amanah dan tanggungjawab. kene buat yg terbaik. dari situ, alg belajar utk memperbaiki diri. menuju ke arah yg lebih baik. dan itulah tujuan kita hiduP di muka bumi Allah ini. "
kamu adalah umat terbaik yg dilahirkan utk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yg makruf & mencegah dari yang munkar, & beriman kepada Allah-[3:110]"

#bonus K- kasih sayang
ini bukan sambungan dlm list ape yg alg kerap fikirkan di atas, cuma bonus K ni banyak membantu jadi inspirasi alg utk teruskan hiduP. kasih sayang Allah, tentunya. lebih2 lagi bila kadang2 tu... Allah tunjukkan sesuatu yg buat kita rasa "sayangnya Allah kat aku". mase tu memang kelu. tak mampu cakap apa. subhanallah. sungguh kasih sayang Allah itu memang tidak bertepi. dan seterusnya, kasih sayang dari insan2 yg ada dlm hiduP alg. semua ni jadi pendorong utk alg terus memajukan diri dan buat yg terbaik.

-okla, sampai sini dlu. ngantuk dah.. baru balik dari rumah olie! thanx pada cik tuan rumah ^_+

sekian, wallahua'lam.
cahaYa petuNjuk

No comments: