-cahaYa petuNjuk-
lama sungguh rasanya blog ni terbiar [tak sempat2 nak jenguk sejak cuti raya cina yg seminggu]
sekali da jenguk, terus tangan gatal nak taip2 sedikit update.
minggu ni jadual alg sedikit full. [sedikit]. isnin selasa menyibukkan diri dgn aktiviti tutorial seperti selalu. rabu khamis kene berada di booth exhibition IRIIE 2011 [IIUM Research, Invention and Innovation Exhibition 2011]. bukan jage poster research alg pon, skadar menemani poster lecturer alg je =) mode memenuhi tuntutan kerja. rabu khamis jugak kene invigilate exam budak2 degree. jumaat ada klas. sabtu ada midterm exam. best.
sepatutnya skarang masa utk se-ta-di. taPi nak share cerita. sian, takde org nak bebel. dulu boleh la jalan2 bilik diyana. cerita macam2. sekarang, ada crita pon, simpan sorang2 la jawabnya =)
IRIIE 2011. sgt best. except bab kene duduk tak de buat ape depan poster. haha. itu sgt bosan. yg paling best nyer, dekat exhibition ni.. [iriie ni ibarat pameran research2 lecturer dan student2 final year di uiam. kalau sciences banyakla replika @ model yg ditunjukkan.. taPi kitorang kat social sciences @ art ni.. sekadar wording.. research..n more kepada policy.. ]
ok sambung.. kat exhibition ni paling best dapat jumpe mcm2 lecturer. bukan title2 mereka [prof, assoc prof, asst prof, doktor etc] yg nak dibangga2kan, taPi alg mencari sebutir dua kata nasihat dan pengalaman dari mereka2 yg ibarat lebih arif dalam dunia ke-lecturer-an ^_+ slalunye kat kuliyah, semua mcm serius and takut yg amat alg nak tegur. kecuali mdm alg la! hehe the best ever mentor kat uia ni. [tak bodek, taPi serius. beliau memang terbaik].
pagi tadi, sempat berborak dgn ex-lecturer time degree dlu. skang ni beliau mengajar di upm [tadi datang, jadi judges nak evaluate research2 yg ada]. biarpun borak tak lama [lama la jugak] rasa mcm info yg dapat tadi sgt bermakna. adela tanye sket2 peluang nak buat phd kat upm.. scholarship and geran research yg ada.. etc. dan yg paling best dgr beliau bercerita pasal kerjaya lecturer tu sendiri.
pastu sambil duduk2 jage poster tu, sempat la ber chit chat dgn lecturer2 yg ada. mcm2 story! rase cam best yg amat. [mungkin feeling yg 'best amat' tu alg sorang je la yg rase. taPI entah... sangat2 nak jadi lecturer. ] dan i'll go for it. insyaallah harap semua ni jadi kenyataan dalam beberapa tahun lagi. [sementara nak ngadaP phd kan].
dan tak lupe jugak, sempat observe 'org2 hebat' ni.. serius, lecturer yg alg rapat... yg hebat2... semua nyer jenis yg humble @ merendah diri.. mereka sgt simple dan tak kedekut ilmu. pegi kuliyah, takdela bergaya style mak datin ke ape... simple, sopan, dan redup mata memandang =)
senang ke nak jadi lecturer? itu pon alg observe jugak. penah dgr research univeristy? itula status yg dikejar2 semua ipta ipts skarang. dan bende tu jugak, alg rase mcm bagi pressure dekat lecturer. sampai kat univerisiti je... once univeristi dah aim nak title research university.. habisla! its good... taPi........
utk measure performance nanti.. [termasuk nak dapatkan promotion. naik tangga gaji etc], kriteria supaya mem-publish research akan dimasukkan. kalau tak publish, alamat adala yg dapat surat cinta. dah tu, kalau uni tu memang da dapat status research uni... lagi dahsat... dah la masukkan publish artikel sebagai wajib.. pastu bukan kene publish sesuka hati je.. tapi kene publish dalam jurnal yg highest ranking! [jurnal pon ade ranking.. ISI tu ranking paling tip top. kalau terpublish dalam scopus nyer level pon dah hebat! scopus bawah sket dari ISI.kadang2 tgk lecturer alg sendiri pon, rase mcm penat je. mengajar lagi. research lagi. jawatan dalam kuliyah lagi. meeting lagi. student nyer consultation lagi. itu baru kerja. nak bahagikan masa dgn family lagi.
semua tu takdela sampai mematahkan semangat alg nak jadi lecturer... malah, lecturer alg sendiri pon masih mampu buat semua tu! boleh datang kuliyah. boleh senyum. boleh mengajar. boleh buat kerja research. boleh balik kul 5. boleh menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri. kalau beliau boleh. alg pon boleh kan! =D
wallahua'lam ~
nota kaki:
1) nak mimpi jadi lecturer la malam ni. =D
2) setiap pagi buka web wisma putra, cek nama adik... bile la nak sampai turn balik msia ni.
3) tips utk ceria sentiasa: saya dapatkan cas2 positif dari org sekeliling saya. jadi, kalau rase takde mood.. cubelah cari muke2 haPpy sekitar kite. =D




1 comment:
dayah nak join jugak! i'll be getting your advices la nanti ni ye :)
Post a Comment