Alhamdulillahirabbil3alamin. Segala pujian hanya bagi Allah. Setelah 6 tahun berhempas pulas di bumi Jordan ini, akhirnya berjaya aku pulang membawa segulung ijazah Medical Bachelor and Bachelor of Surgery (MBBS, JUST). Begitu banyak kenangan manis dan pahit yang terpahat di bumi Jordan yang telah berjaya mematangkan diri ini dari datangnya dulu seorang budak kecil sehingga kini sebagai seorang dewasa yang pulangnya mahu berbakti pada agama dan bangsa. Ya, ini adalah tangga pertama yang wajib dilalui oleh semua graduan2 perubatan sebelum melangkah ke kehidupan yang lebih mencabar dan penuh ranjaunya. Doktor2 yang dah berpengalaman selalu mengatakan, ‘you’ve just done the easiest part’. Aku setuju namun biarlah masa hadapan itu ditentukan Allah dan kita perlulah berusaha dan sentiasa berdoa kepada-Nya agar sentiasa yang terbaik buat diri kita.
Kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan pada mulanya hanyalah disebabkan cita-cita, 3 tahun pertama tanpa didedahkan dengan dunia klinikal hanyalah ibarat belajar teori masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Masuk exam berharap lulus sudahlah. Namun semua persepsi itu berubah bila diri ini didedahkan dengan dunia seorang doctor sebenar. Berkomunikasi dengan pesakit, rakan2 sekerja, guru kita dan staff2 hospital. Dihormat dan didoa oleh pesakit agar kita terus berjaya, guru2 yang tidak menampakkan penatnya untuk mengajar kita yang kurang ilmu perubatan ini dan rakan2 yang sentiasa membantu di dalam kesusahan dan kesenangan. Bermula dari saat inilah, saat klinikal aku belajar bukan sekadar untuk lulus sahaja namun untuk cemerlang dan juga kebaikan pesakit bilamana aku bekerja nanti. Ya, setelah 3 tahun prestasi aku dalam peperiksaan membanggakan. Belajar dari pengalaman dan ditambah dari pembacaan membuat ingatan lebih kuat. Semua kesalahan yang dilakukan membuat kita rasa bersalah sekiranya kesalahan kita pada kali ini akan memberi impak pada pesakit kita di masa hadapan. Itulah yang sentiasa bermain di dalam fikiran ini sejak bermulanya alam klinikal.
Dan akhirnya, semoga berjaya kepada adik-adik dan rakan-rakan yang masih lagi dalam perjuangan menamatkan dunia sebagai seorang pelajar perubatan. Moga kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa bersama kita, memudahkan segala urusan dan dilimpahkan rahmat dan juga nikmat. Insya Allah, akan datang manisnya nikmat kejayaan setelah meletakkan usaha yang berganda-ganda.
‘Dunia medic bukan mudah, memerlukan jiwa yang kental dan usaha yang berterusan’
Dan akhir kata, Selamat berjaya juga kepada semua yang lain. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat dan redha Allah. Bukan hanya utk kejayaan duniawi tapi juga ukhrawi. Kejarlah akhirat nescaya dunia akan mengikutimu, tapi barangsiapa yang mengejar dunia, akhirat pasti akan meninggalkanmu.
Dr. Izham





3 comments:
Dr iZham, nak otograf =D
CONGRATSSSS!!!
-c.P-
inshaAllah, nasihat ko akan aku ingat, we. ko sentiasa legend di hati aku sejak kita kecik. i hope to be like u. if can't, at least to be as near to your achievement as i could. pray for me, we.
alhamdulillah..
tahniah..dan selamat memasuki fasa baru dalam dunia seorang doktor..
doakan yang masih dalam fasa pembelajaran..
cik C.P, nak otograf juga ke?
haha..gurau je..
mendoakan yg terbaik buat anda berdua.
Post a Comment