us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 14, 2012

::Ya Allah permudahkanlah::

alhamdulillah semester baru dah mula. dan kontrak baru pon dah sambung. start kuliah, mengajar student degree [lagi] + dengan semangat yang berkobar2. ye la, kalau lecturer lemah lemau, takkan nak expect student pon aktif terlebih kan. the best part, start klas dgn semangat menggunung. senyum tak lekang. student pon happy nak mule sem. mudah mudahan minggu2 yang akan datang pun akan sentiasa penuh semangat.

[sangat semangat update kan?] ^^, i love my job. and it's my ambition. my passion. biarkan dunia luar penuh keserabutan, tapi dalam kelas, kene la semangat dan sentiasa kongsi ilmu yang luar dari buku teks; supaya 14 mggu kelas tak berakhir dengan sia sia. supaya 14 mggu kelas bukan untuk set student supaya jadi robot yang hanya menghafal buku teks.

untuk sentiasa happy, kite kene pastikan persekitaran kite sentiasa positif. dan bende yang paling positif setakat hari ini adalah bile adik yang second dah sambung study kat malaysia!!!! malaysia= penang. saya happy yang amat, bile boleh 'bergosip' [dengan istilah gosip adik beradik perempuan]... happy bile boleh bergosip dengan adik sendiri hari hari. saya memang kakak yang penyibuk ^^,

selain tu, alhamdulillah jugak.. sebab hal hal yang masih pending mase cuti, dah dapat diselesaikan =) [info yang tak direct, tapi pandai2la teka] haha~

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. untuk hari ini dan hari hari yang akan datang + -...~ biarpun hakikatnya ada waktu yang mungkin dirasakan seperti tak best, stress, pressure, etc.. alhamdulillah banyaknyer Allah permudahkan. pendek kate, ape pon yang kite buat.. jgn lupe sandarkan pada Allah. manusia hanya mampu merancang, Allah jua sebaik baik perancang. dan apa jua 'pelan' Allah... pasti itu yang terbaik untuk hamba hambanya.

berdoa dan memohon sesuatu, bukan bermakna kita memaksa Allah untuk tunaikan + sekarang, taPi berdoa dan memohon sesuatu dariNya adalah lebih pada harapan dari seorang hamba kepada Penciptanya. ada waktu Dia tunaikan, alhamdulillah. ada waktu Dia postponekan, masih alhamdulillah.. dan ada waktu Dia tolak, masih Alhamdulillah.
kerana hamba yang mengerti; sentiasa bersyukur dengan segala yang ada dalam hidupnya

p/s: i wish to be 'there'

No comments: