us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 2, 2012

::the hidden truth::

kebenaran. siapa je yang boleh melihat kebenaran yang sebenar di sebalik segala bentuk spekulasi dan belum ditambah lagi provokasi serta gosip gosip berkait politik tempatan. oppss. adekah saye baru je sebut istilah politik?

untuk mereka mereka yang perasan, saya tak pernah sekali pun meletakkan di wall facebook saye; ape ape yang berkait dengan politik. meskipun saya punya pendirian politik yang tersendiri. 

bekerja dalam bidang pendidikan menyebabkan saya memilih untuk senyap. tidak pernah mengutarakan apa yang saya fikir. kerana sebagai seorang pendidik, saya tidak boleh membiarkan student saya melihat 'ustazah'nyer ni bias kepada mana mana parti politik. 

nama pun ustazah. nak nak pulak, dalam kelas bab 4 mengajar pasal politik. pernah je saya dapat soalan berkait dengan politik. soalan jerangkap samar =D dan banyak kalinyer, saya memilih untuk memberikan jawpaan yang akhirnya akan membuatkan student saya lebih berfikir.

mahu atau tidak, saya akui.. seorang pendidik akan memberi kesan kepada pembinaan ideologi dan pemikiran remaja hari ini. jelaslah, mengapa saya lebih suka membiarkan student saya berfikir daripada menerima jawapan saye sebulat bulat nya.

minggu ni; saya ajukan soalan yang selalu saya utarakan sebelum memulakan lectures+discussion... 
 'ok klas, apa isu yang awak nak share dengan saye minggu ni?'

dan seperti dapat di agak, hampir setiap klas kluarkan jawapan yang sama. politik. 

apa yang saya buat? saya tinggalkan mereka dengan penilaian individu masing masing. tetapi apa yang saya kukuhkan dan tegaskan seperti kebiasaan..

1. jadilah mahasiswa yang berfikir dan menganalisis. bukan menerima sesuatu pendapat bulat bulat
Memang politik malaysia seolah olah dalam 'peak' hour sekarang ni. lagi lagi menjelang pilihanraya. jadi untuk mencari kebenaran yang sememang memang nya benar tu; hanya mereka yang benar benar terlibat sahaja yang tahu. [dan Allah. tentulah].tak kiralah di belah mana pun; seorang mahasiswa perlu bijak membaca dan menganalisis pelbagai sumber yang ada.

2. jadilah mahasiswa yang punya pendirian. apapun pandangan politik yang mereka pegang dan percaya; pastikan mereka ada alasan yang kukuh untuk menegakkan ideologi mereka. elakkan menjadi lalang yang berubah ubah mengikut 'khabar dan tiupan angin'.

3. politik cuma satu aspek dalam pembinaan manusia kearah yang lebih bertamadun. selain politik; terlalu banyak lagi aspek kehidupan yang perlu dititikberatkan untuk kemaslahatan semua manusia. kita hidup di dunia untuk menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. kita hidup didunia untuk belajar jadi manusia yang lebih baik dari semalam. realiti hari ini adelah kesan dari kekurangan yang mungkin kita abaikan dalam mengejar kebangkitan semula sebuah peradaban.lantas habis je musim berpolitik; gerak kerja yang sepatutnya berjalan, mesti berjalan!

4. alang alang sebut pasal kebangkitan peradaban; politik pun. kenalah lahirkan mahasiswa yang lebih beradab dalam menyuarakan pandangan politik masing masing. bila kita hidup dalam kepelbagaian; nak tak nak.. kepelbagaian ideologi akan wujud. yang penting; kite kene blajar untuk hormati pendapat yang mungkin bertentangan dengan kita.. supaya orang pun boleh hormat pandangan dan pemikiran kita. 

sekian. sekali sekala menulis pasal sesuatu yang memeningkan. kerana yang benar itu kadangkala mungkin tersembunyi malah, mungkin juga yang benar itu langsung tiada. lagi lagi apabila 'kuasa+kepentingan individu+dan+wang' yang mendominasi dunia.
 
astaghfirullahal'azim. astaghfirullahal'azim. astaghfirullahal'azim. 
Aku mohon keampunan-Mu, Ya Allah
wallahua'lam~

No comments: