a ah! superhero. siapa agak agaknye superhero yang paling terer? superman kah? batman? ironman? ke standard ultraman? errr captain jack sparrow? [heee nak jugak]. hakikatnya, semua superhero tu tak hebat pon. bersembunyi disebalik khayalan dan fantasi drama semata mata.
nak tau superhero yang sebenar? saya ada sorang superhero. dialah superhero dalam hidup saya. dan saya percaya tak ada superman batman ironman even cicakman pon yang boleh challenge power superhero saya =)
meskipun superhero saya tak boleh terbang, tak boleh kuarkan sinar X dari mata, dan lain lain...namun! superhero saya telah melakukan segala galanya yang terdaya dan telah korbankan banyak perkara utk saya.
saya ingat lagi, masa ibu saya mengandungkan saya... ibu mengidam mempelam siam yang ada dekat rumah jiran. tapi oleh kerana superhero saya lambat sangat ambil buah tu.. akhirnya buah tu dah takde. maka lahirlah saya dengan muka style mempelam siam =D [coincidence je smua ni. hehe]
masa ibu nak lahirkan saya pulak.. superhero saya terlalu cemas. sampaikan... superhero saya tersadung satu anak tangga dek kerana nak cepat sangat sambut saya. [almaklumlah, nak jadi superhero kan kene pantas] =D
ALkisahnya masa sedang comel comel jadi baby, saya buat hal lagi. saya selsema dengan agak teruk. sampai satu hari, selsema tu menyebabkan hidung saya tersumbat fully. dan tak boleh bernafas. sekali lagi, superhero saya kaget. dan [dengan istilah yang tak berapa nak sopan] --> maka, superhero saya lah yang duk sedut hingus yang penuh sangat tu.. hingga saya boleh kembali bernafas. T_T
masa saya kanak kanak pulak, banyak sangat benda yang saya mungkin dah ingat ingat lupa. tapi masa yang paling best, bila superhero temankan saya pegi sekolah darjah satu. siap carikan kawan baik utk saya. then, kawan yang ada abang plak tu. supaya abang kawan kawan saya boleh tengok tengok kan saya jugak masa sekolah+naik bas =)
naik sekolah asrama, langsung payah nak merasa naik bas. dari saya form 1 sampaaiiiila matriks uia [sekarang dah keje ponnn], superhero sayalah yang tolong ambil dan tolong hantar balik ulang alik asrama - rumah. tak pernah bagi naik bas/teksi/etc. bertuah kan? kadang kadang, saya pun jenis yang banyak songeh. dah sampai asrama barula sedar cadar tertinggal lah, stokin tinggal lah, towel tinggal lah etc... superhero saye lah yang paling bising.. 'tu la tadi kat rumah tak nak cek beg tu betul2' etc ~ last2 terpacak jugak kereta superhero saya depan gate asrama =D
Masa saya degree dan master, superhero saya lah yang paling pantas dan sentiasa cepat nak print result exam saya. dan dalam masa yang sama sentiasa bagi sokongan pada saya, supaya tak jatuh lagi dalam study. superhero saya jugak lah orang yang paling smart masa konvo dua kali saya. kalau boleh pass pluang naik atas pentas konvo tu, memang saya pass kat superhero saya dah =)
sejak saya jadi tunangan orang ni, superhero saya makin hebat jadi pegawai penyiasat. haha. setiap pagi soalan yang dah dihafal.. 'harini tunang ade mesej tak? call? apa khabar org sana? ade crite best? etc etc etc =D siapa yang mampu faham perasaan superhero saya saat saat macam ni?. [sama je dengan super-heroin nyer] eh ade ke istilah ni ? tentulah --> hanya ibuayah yang bakal kahwinkan anak sulung je yang mengerti ^^,
superhero saya jugak paling pantang bile tengok saya nangis. tak boleh. sebab sebagai anak sulung maybe kot, anak sulung lebih rapat dengan superheronyer ni.siapa superhero saya? mestilah dah boleh agak kan? superhero saya adalah ayah saya!!.
ayah, kaklong sedar selama kaklong hidup 25 tahun ni... dah terlalu banyak yang amat sangat ayah&ibu dah korbankan untuk kaklong. malah apelah sangat yang ada dalam cerita kat atas ni... moga Allah memberikan firdausNya untuk ayah&ibu kelak.
ayah, selamat hari lahir yang ke-56. moga ALLah panjangkan umur ayah, diberikan nikmat kesihatan dan nikmat iman. dimurahkan rezeki... moga kita sekeluarga akan sentiasa berada dalam keluarga sakinah yang penuh dengan mawaddah+ rahmat dariNya. terima kasih untuk segala galanya.
Kaklong sayang ayah. superhero kaklong dunia akhirat.
dan... sampai bila bila pun, kaklong tetap 'anak ayah'. <3




1 comment:
weeet...weeet....superhero kita! nk menyelit dkt sini lah, xmampu nk tulis blog sndiri.. Mesti ayah bangga baca ni, heee
Post a Comment