us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 27, 2008

Family Day + Sports Day

Ada apa dgn tajuk di atas itu?? Owh sebelum memulakan citer2 yg menarik yg bakal muncul dlm blog ini(jeng..jeng..jeng), sy mempersilakan kalian semua dgn kalimah ‘Ahlan Wasahlan’ dan Selamat Datang ke blog ni...bukanlah satu blog baru bagi saya, saya ttp akan berkarya macam biase tapi blog ini bakal menjadi sumber inspirasi saya di masa akan datang…kenape? Haaa mane leh bgtau…hehe

Owh berbalik pada soklan tadi…family day dan sports day…adekah perkara yg berlainan?..owh tidak…nama dia je nampak lain ini plak dgn acara2 yg ade. Dua minggu tanpa hari minggu menyebabkan aku sangat penat, sebab pe? Sebab menyertai dua program yang berbeza ni…Family Day dianjurkan oleh Persatuan pelajar di sini(PERMAI namanya) manakala Hari Sukan pula dianjurkan oleh Persatuan Anak Negeri sini gak(Selangor BKASJ)..naseb baik aku tolak jadik ajk utk Back To School hjg mggu ni kalau tak mmg straight memjg tanpa hjg mggu utk bersantai…huhu..(asek nak bersantai je bile ko nak stadi)

Okeh…kita pegi ke family day dulu….first of all…tahun ni punya acara best2 belaka dan mmg mencabar minda dan fizikal…tepukan utk para penganjur dan ajk2 yg terlibat…aku sendiri takleh nak ikut permainan yg dianjurkan itu(maksudnya takleh nak catch up)…bermula dgn tajhiz jenazah(aku tak join dan tak tonton so tak tau, tau2 je kump aku dah kalah)…pastu acara disambung pada malam itu juga dgn acara yg berbagai…seperti Regu, Win Lose or Draw, Kuiz Moden, Puzzle Box(tibai je nama…game dia lbh kurang kena teka dua gambar serupa dlm byk2 pilihan..memerlukan daya ingatan yang tinggi)…dan etc2 lg...blh kata semua kumpulan bertanding sengit gak aa….masing2 tonjolkan bakat yg ade…yg kuat ingatan,yg pandai meneka, yg pandai menyampaikan maklumat dan lain2…sumer hebat2 belaka…tapi malam tu sumernya kumpulan aku tak dpt nk rebut no. 1(setan bisik: nak no.1 tp asek kalah no last jek..ape citer?, malaikat bisik lak: takper , kita nak ukhuwah tu bukan nak mng…haha).

kami membuat program sendiri...timbang2 bola

Selesai aktiviti pada malam Sabtu tuh, hari esoknya hari Sabtu..kitorg ade aktiviti berat2 yg dikategorikan outdoor spt BlindHunt, panjang akal, (alamak tak igt plak nama aktiviti2 lain)….lebih kurang camtuhlah…dr pagi smpi ke tgh hari kitorg bermain sbb ptg tuh ade acara dewan penyampaian hadiah….pastu sekali lagi, kump aku mmg plg ‘ke hadapan’ dpt tercorot aje dlm sukan2 tuh..haha…takper2…alah main pun utk melengkapkan tahun aku lagipun nak juga bermain dgn junior2 yg ade…tunjukkan bahawa senior2 kat sini mmg sporting…huhu…so bila dh tau sumer result sblm acara dewan bermula tgh hari tuh, straight je pas main tuh aku balik rumahtaknak attend majlis beramai2 tuh...dh tau aje resultnya…kui3…maafkanlah ye wahai ajk2 sumer(termsk my osmate ajknya)…hihi sorry…dengarnya time acara dewan tuh ramai yg tak dtg…mgkn sbb msg2 pnt(sumer penat…) erm ataupun makan tengah hari tak disediakan….(plg ptg...kita tekankan lagi plg ptg ye)…huhu…takperlah citer lama dh dua mggu lps…so yg tggl hnyalah kenangan…adelah gambar2 sikit masih bersemangat kesukanan….

merah menyala......

Then, hari demi hari berlalu utk ketemu jua dgn hari sukan BKASJ yg dianjurkan oleh BKASJ(persatuan Selangor kat sini)…dgn pelbagai publisiti dilakukan(utk pengetahuan sumer, rasanya program ni baru aje dilakukan di bumi Jordan ni, sblm ni takde lagi)….berbagai2 acara sukan diwar2kan….antaranya…olahraga [lompat tinggi(tak jadi), lompat jauh, 100m, 200m, 400m, 4x100m, 4x400m, 1500m], tarik tali, ragbi sentuh(tak jadi jugak masa suntuk), basketball, pingpong, arm wrestling, futsal dan bola tampar…fuh mmg sukan abes, tgk je pada acara2nya…tapi mmg satu perkara yg dibanggakan sbb kedtgn dan sambutan kali ni amat meriah….boleh kata ramai ‘turun padang’..memeriahkan hari bersejarah ni…(maklumlah masing2 nak amik medal..haha). Kalau tak satu kumpulan adelah dlm 5 org jek..tak seronok langsung nak buat program….kumpulan lelaki yg dibahagi kepada 4 mengikut pembahagian rumah Hogwarts (Harry Potter), Gryffindor, Slytherin, Ravenclaw dan Hufflepuff bertanding utk merebut kejuaraan pada hari sukan ini…masing2 sekali lagi memberikan kesungguhan dalam bertanding dan semangat dalam bersukan…kalau yg menang tu asek menang je terus dan kalau yg kalah tuh asek dikalahkan je walaupun ade peluang menang(mungkin takde luck time tuh)…acara berat2 kebyknnya dimenangi oleh rumah merah manakala olahraga pulak boleh dikatakan disapu bersih oleh rumah Hufflepuff….mmg baki dua kump lain hanya menagih sisa2 posisi yg ade katanya…..

Tanpa warming up, tanpa senaman ringan…ramai atlit2 BKASJ yg melibatkan diri pada hari sukan tersebut mengalami sengal2 urat, muscles menyebabkan ahli2 BKASJ mengumumkan cuti sendiri pada lecture hari keesokannya…(kpd yg berkenaan, don’t try it at home or at ur university)…mane taknya, duk main tarik tali yg memang habis sumer tenaga, pastu berlari kompem all-out..mmg sah badan pun shock…lagi2 kpd mereka yg jarang bersukan di ptg hari…akhirnya hidup kembali normal dan aman walaupun ade jawatan2 dlm aktiviti2 akan dtg nk melamar aku jd ajk…(Alhamdulillah, mggu ni aku ringan sikit, lecture takde sgt)….dgn masa yg ade, marilah kita sama2 kembali stadi, kembali menanam niat utk berjaya dan meningkat terus dlm pljrn…ingat rakyat mesia sdgn menanti khidmat drmu nnt….Allahuakbar…..bakal kembali dgn episode pilihanraya pula ye….assalamualaikum…

Done,

ManU Fan

No comments: