Topik Hangat Masa Kini
Ahlein skali lagi pada sumer datang ke blog ni....huhu...Gatal tangan plak nak hapdet….seperti dijanjikan kali ni aku kuar dgn tajuk pilihanraya…aku bukan nak kuar statement ape2 just aku nk citerkan atau kongsi pendapat dr sudut pandangan aku…mungkin pandangan aku kali ni tak menyebelahi sape2…tapi sbg seorg student aku menghormati dan menyayangi negara yg diagung2 di bumi anbia ni (betul ke Senah oi diagung2 tuh…?)
Owh negaraku malaysiaku tercinta..negaraku dan rakyat jelatanya bakal menghadapi hari pilihanraya umum pada 8 Mac ini…kalau duk menghadap suratkhabar hari2 tak kira suratkhabar mana satu...masing2 duk kuar statement2 yg boleh menjatuhkan parti org lain…yg sini duk kutuk yg sane yg sana duk kutuk yg sini...janji plak beribu2 padahal masa utk melaksanakan janji tuh hanya ade 5 tahun je sehingga next pilihanraya... aku sebagai seorg yg neutral mmg dah lama duk pikir benda lagu ni, sejak aku didedahkan pada dunia ‘kolej di kuala kubu bharu dulu’...org masya Allah sumernya org kuat agama dan penghafaz Quran namun bila tiba masa utk elect presiden atau MT masing2 duk cerca sama sendiri...sedarlah itu bukanlah amalan kita sbg org mukmin…
‘ Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.’ (Surah Al-Hujuraat Ayat 11)
Aku berminat juga utk melibatkan diri dalam kancah politik juga tapi sbb aku masih student dan umur pun tak cukup utk pergi mengundi so post aku kali ni tidak mengata sape2….aku hanyalah layak utk memerhati situasi2 yg berlaku dlm negaraku tercinta...bermula dr gerakan2 demokrasi seterusnya masalah social dan segala2nya…masih belum layak bagiku utk meletakkan keputusan2 di mana yg betul di mana yg salah….sudah adatkah bila utk melihat kemenangan diri kita sendiri, kita perlu menjatuhkan pihak lain? Mengapa setiap elemen2 begini perlu ada dlm perkara sebegini rupa…Rasulullah tidak mengatakan yg buruk2 pada agama lain ketikamana baginda memperjuangkan islam..baginda memperjuangkan kebenaran islam tanpa menjatuhkan mana2 pihak(dlm konteks ni agama)...cukuplah dgn janji kita dan dgn melalui kitalah, kita perlu meyakinkan org2 lain(dlm konteks ni rakyat jelata) bahawa kita mampu utk melaksanakan apa yg kita janjikan...
Sebagai budak yg umurnya masih mentah menyuarakan pendapat, dengan sikap inilah(sikap merendah2kan org lain) tidak kiralah mana2 parti, dari sini jugalah kita sudah nampak ketidakjujuran pemimpin2 dlm memperjuangkan hak masing2…biarlah kita dihina dicerca tapi selagi pegangan kita betul dan kita tidak melakukan perkara2 terkutuk tersebut, insya ALLAH jalan terbuka utk kita…
Walaupun begitu, aku amat beruntung kerana dilahirkan di dunia malaysiaku tercinta….kita disanjung di negara2 arab(bukan di Negara arab sahaja malahan seantero dunia)…dipermudahkan segala urusan2nya…kami di sini sgt senang dan berbesar hati mem’promote’ dan memuji2 kemajuan Negara kita time pameran kebudayaan setiap Negara…
Bagi aku pemerintahan yg aku suka adalah pemerintahan raja berkuasa mutlak keatas kerajaan…cthnya Jordan ni…semua terletak di tgn raja, nampak sikit mana2 korupsi berlaku raja terus tarik jawatan….namun itulah hukum alam dan sunnatullah, manusia sentiasa ade kelemahan….okeh rasanya takde idea dh nak kata ape….sbb aku tak mengkaji begitu mendalam sgt….so aku isytihar diri aku buat masa ni neutral…dan kepada semua yg lain, abg2 akak2, rakan2 shbt taulan dan keluarga2, selamat mengundi…kerajaan masa hadapan terletak di tgn kita….
Owh kawasan2 aku, Shah Alam Kota Anggerik Batu tiga , yg bertanding ialah Dato Seri Abdul Aziz Samsuddin (dia ni baru aku tau kawan baik kepada pakcik aku)…pastu Dato Nawawi (igtkan nk apply terus ke dato ni kalau tak naik2 tapi LPZ telah meluluskan dulu so tak jadilah...katanya jumpa gitu2 je)… dgn Dato Solomon bertanding dgn Khalid dr PAS dan dua lagi dr PKR…so sapekah yg menang..kita akan lihat….dan aku cakap sekali lagi aku neutral okeh….(buat masa ni)
Okeh selamat..
Done,
Nicky




2 comments:
patut la wat post pasal elect. nk ampu dato nawawi la tuh kan...huahahh**speku**
ape2 pon,
student tetap student,
yang skrg nih pemerhati,
akan dtg jadi wakil parti...
done,
nadzeemydeal..
motip speku ko jim?? tp agak2lah kalau dia nmpk ni..dia naikkan tak biasiswa lagi...tgh parah ni harga2 duk melambung naik segala kat sini...mmg duk mengharap keajaiban berlaku...
neway nice pantun...skrg student hny layak memimpin utk student je...pk gak hal negara tp belum masanya utk tahap serius...tgk pelajaran dulu dgn komuniti student tu sendiri...
Post a Comment