Harini suhu 33 oC, mendung dan disertai angin sepoi2 bahasa sebagaimana selalunya. Bagus. Suatu permulaan yang baik untuk musim panas. Tapi dalam perjalanan balik aku dari universiti tadi baju aku dibasahi oleh peluh2 yang menyebabkan badan jadi tidak selesa. Dihimpit pula oleh penumpang2 bas yang lain menjadikan aku lebih rimas. Namun segala kerunsingan aku lenyap setelah aku tiba di perkarangan pintu Universiti Yarmuk, perhentian biasa untuk bas tambang murah yang digelar oleh pelajar2 Malaysia. Aku turun dari bas itu dengan fikiranku melayang2 memikirkan keempukan bantal dan tilam seolah2 memanggilku untuk beristirehat di atasnya. Aku berjalan menuju ke rumah yang jauhnya dalam 100 meter dari perhentianku tadi. Sambil melayan keindahan cuaca mendung yang berangin, tekakku kering dan meminta dibasahi dengan air sejuk. Suatu perkara biasa di musim panas lagi2 di waktu tengah hari. Berlainan pula dari musim sejuk yang memerlukan kepanasan sebagai keselesaan.
Aku berhenti di sebuah kedai dalam perjalananku ke rumah untuk membeli air sejuk bertujuan menyegarkan kembali hariku. 2 kotak jus oren yang sejuk berharga 20 qirsh aku pilih untuk minumanku di waktu begini. Jus memang menjadi pilihan utamaku untuk menyegarkan badan di musim panas ini dari air berkarbonat yang memudaratkan itu. Di negara Arab, Jordan khususnya, air tin berkarbonat seolah2 dijadikan minuman utama mereka. Aku pun tidak terkecuali pada awalnya menjadikan air itu sebagai minuman harian. Namun setelah berkali2 aku memperingatkan diri aku dengan penyakit yang telah aku belajar di bidang perubatan kini, aku cuba mengelak kecuali aku tidak ada pilihan lain. Setelah selesai aku dengan peniaga kedai itu, aku terus pulang ke rumah yang jauhnya tidak lebih dari 20 meter.
Rumahku berada di tingkat paling atas sekali tingkat 3. Pintu ku buka dan seperti lazimnya setiap kali ku memasuki rumah, mataku meliar memandang kasut2 dan selipar2 yang berada di hadapan rumah untuk memastikan kewujudan ahli2 rumah yang lain. Kelihatannya seperti aku keseorangan di rumah pada waktu begini. Aku menutup dan mengunci kembali pintu dan menanggalkan kasut lalu meletakkannya di atas rak kasut yang letaknya betul2 di ruangan masuk rumahku. Aku melepas rasa kepenatan setelah aku memasuki bilik tidurku. Benarlah kata2 ‘Rumahku Syurgaku’. Aku merasakan sangat selesa dan tenang setelah aku berada di rumah. Semua masalah2 yang aku hadapi di kelas pagi tadi seolah2 dilupakan dengan tidak sengaja setelah aku berada di rumah. Aku belum mahu memikirkan masalah2 yang ada di saat ini. Beg aku letakkan di atas kerusi dan barang2 peribadiku seperti jam tangan dan dompet aku letakkan di dalam laci meja seperti lazimnya. Telefon bimbitku tinggalkan di atas meja komputer supaya senang aku capai sekiranya ada panggilan atau mesej. Aku kemudian menukar pakaian kepada pakaian yang lebih selesa apabila berada di rumah. Baju yang longgar dan besar amat sesuai sekali untuk permulaan musim panas begini, cadang hatiku. Teringin jua sekali sekala ingin aku membuka kipas untuk keselesaan tetapi aku masih belum bersedia penuh untuk menggunakannya. Kalau boleh aku ingin bertahan sehingga masa benar2 memaksaku.
Aku mencapai tualaku di kerusi komputer yang aku tinggalkan tidak bersidai pagi tadi akibat kelewatan ke universiti pagi tadi. Aku kemudiannya menuju ke tandas. Ku basuh muka dan badanku dengan air sejuk. Bagaikan suatu perasaan yang selesa sekali menyelubungiku. Aku keluar dan terus menuju ke balkoni untuk menyidai tualaku dan kemudiannya kembali semula ke bilik tidurku. Aku yang telah lalai dibuai kesenangan dan keselesaan yang aku ada mencapai kerusi duduk dan menghadap komputer yang telah dibiarkan berfungsi sejak pagi tadi. Fikiranku berputar memikirkan apa yang aku perlu buat dalam masa singkat begini sebelum aku akan memulakan ‘stadi’ nanti. Fikiranku melayang ke telefon bimbit yang mendapat panggilan yang tidak berjawab pagi tadi. Mungkinkah si dia telah kembali ke tanah air dengan selamatnya? Mungkin itu adalah satu cara untuk memberitahuku tentang khabarnya. Aku menekan pantas punat2 di telefon bimbitku untuk menghantar mesej bertanya khabar. Setelah menekan sent, aku menanti balasan darinya namun telefon bimbitku tidak menunjukkan tanda2 mendapat mesej.
Dalam penantian itu, aku kembali menatap computer dan menyemak kembali cerita yang aku memuat turun semalaman. Aku kembali ke folder yang aku simpan untuk cerita itu. William Shakespeare : Romeo and Juliet namanya. Cerita yang aku pilih untuk mengisi kekosongan aku di petang ini. Tajuknya pula sangat sesuai dengan kehendak dan naluri hati aku petang ini. Otakku sangat kosong dan badanku sangat selesa tatkala aku menonton cerita ini. Sangat sesuai untukku memulakan stadi ku nanti, bentakku. Aku seolah2 melupakan niatku untuk tidur kerana aku telah mendapat rehat dan layanan dari diri sendiri yang secukupnya. Aku kembali segar dan bersemangat untuk memulakan stadi. Matlamatku harini untuk membaca 6 nota. Moga2 aku berjaya mencapai matlamatku untuk hari ini. Aku perlu berusaha keras untuk mengekalkan keadaan yang ada sekarang ini jikalau tidak nahaslah aku pada waktu peperiksaan nanti. Aku bangkit dari baringan dan menuju ke meja untuk memulakan stadi. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang sama.
Anatomy 7 : Cerebral and its function. Aku selak helaian pertama dan memulakan pembacaan. Setelah 5 minit aku meneliti huruf demi huruf tanpa tertinggal perkataan yang penting, hati aku meronta menyatakan ketidakfahaman aku pada pembacaanku. Fikiranku tiba-tiba kembali melayang ke kuliah pagi tadi. Tatkala pensyarah sibuk dengan pengajarannya aku sibuk dengan hal ku sendiri. Aku mengira markah2 yang ku dapat untuk tahun ini. Mungkinkah aku melepasi tahun ini untuk melangkah ke tahun yang dinantikan iaitu tahun klinikal dengan keadaan yang selesa. Aku sedih. Tiada perubahan ketara pencapaianku dari tahun2 lepas. Sudah puas aku memikir jalan untuk mengubah tahap pencapaianku namun tiada satu usaha pun yang berjaya. Aku risau pula dengan system kali ini kerana aku tidak memulakan perancanganku lebih awal. Bukan salahku kerna minggu pertama yang sepatutnya aku memulakan pembelajaran untuk setiap system baru telah dicuri oleh masa belajarku untuk UroGenital System. Aku kini terpaksa berhadapan dengan kesukaran mencuri masa2 yang ada untuk membaikpulih perancangan stadiku. Tiada istilah putus asa sebelum berjuang dalam kamus hidupku. Berjuang untuk masa depanku,dan menjadi harapan2 keluargaku menjadi motivasi. Teringat aku kembali dengan wisdom words dalam salah satu nota2ku. ‘Orang yang pesimis adalah orang yang hanya nampak kesusahan dalam peluangnya, tetapi orang yang optimis adalah orang yang bijak mencari peluang dalam kesusahan dihadapinya’. Aku kembali tersedar dari lamunanku dan dengan kata2 itulah aku kembali berusaha.
Semoga ALLAH mempermudahkan jalanku ini…Ameen…
Done,
Izham




5 comments:
laporan harian yang lengkap padat n berkebiasaan dilalui...huhuhuh
btw, suke sgt ngan qoute ini...
"...Orang yang pesimis adalah orang yang hanya nampak kesusahan dalam peluangnya, tetapi orang yang optimis adalah orang yang bijak mencari peluang dalam kesusahan dihadapinya..."
saya adalah orang yg OPTIMIS...katakan YA pada apa pun keadaan. tanpa melihat susahnya...sekian..
all da besh...gudluck erk
amatlah muak dan menyampah membace rangkap ini, tnde geli-geleman halim...;
"Aku kembali ke folder yang aku simpan untuk cerita itu. William Shakespeare : Romeo and Juliet namanya. Cerita yang aku pilih untuk mengisi kekosongan aku di petang ini. Tajuknya pula sangat sesuai dengan kehendak dan naluri hati aku petang ini. Otakku sangat kosong dan badanku sangat selesa tatkala aku menonton cerita ini. Sangat sesuai untukku memulakan stadi ku nanti, bentakku"
**terus mengambil cawan di dapur dan menunggu saat utk ter'vomit'**
** mengapekah otak kosong? walhal otak terdiri drp white matter dan grey matter, masing2 terdiri drp binaan asasnye yg mempunyai karakter tersendiri...
well, sudah tentu la tak akan faham membace Anat 7 lantaran hati dan perasaan terikat kpd movie yg disaksikan serte berite akan si Die...
baez melihat komenan di blognya, owh daripada izham, ujarnya dalam hati. lantas dia menekan dengan tetikus akan link yang disertakan, baez diterbangkan terus ke blog ini. Tertera dengan jelas entry terbarunya, sinonim dengan tajuknya,jalan cerita yang ditonjolkan sarat dan padat, penuh dengan pointasi (points) yang mengasyikkan. sejurus selepas membaca entry beliau dengan tekun, baez lantas menekan mouse lagi di atas tulisan comment untuk meninggalkan sepatah dua bicara.
1) benar mmg bilik itu adalah tempat paling selesa terutama kalau selepas balik kelas. terasa ingin berguling2 di atas karpet bersama lilo lagaknya
2) sangat bagus tidak tidur petang, satu habitasi (habit bukan habitat) yang sangat membanggakan
3) insyaAllah anda akan berjaya melepasi tahun ini dengan cemerlang lagi terbilang, doa dan tawakkal selepas usaha dan ikhtiar
selamat maju jaya
baezkun
pehal cam baca karangan bahasa melayu form 5 lak ni..hahahaha
ooo awe... ooo>;)
Post a Comment