Ada masa kita perlu bergembira,dan ada masanya kita perlu menangis. Mungkin hari ini kita bergelak ketawa, tapi bukan selamanya kita bersedih. Itu semua lumrah manusia yang bergelar hamba kepada Yang Esa. Keasyikan dihanyut keseronokan dunia yang bersifat sementara melupakan tanggungjawab kita kepada Yang Esa. Kita lupa di sana menanti kesenangan yang abadi di mana tiada akhirnya. Pada masa susah kita beringat dan selalu memohon kepada-Nya agar dikeluarkan dari kesusahan itu tapi kita alpa ketika waktu senang. Nikmat di waktu lapang kita nodai dengan perkara2 yang tidak sepatutnya tetapi pada waktu kita sempit kita harap masa kembali seperti sedia kalanya. Hidup bukanlah semudah yang disangka. Setiap hari kita berjumpa dengan pengalaman yang baru untuk mematangkan diri di kemudian hari. Life continues as it is and will, till death.
……………………………………………………………………
Yeay…exam midterm UGS a.k.a UroGenital System dah abes. Bermulalah era CNS(Central Nervous System) walaupun sbnrnya dah seminggu berlalu. Selalunya kalau ade exam midterm utk satu system tuh dia takkan masuk system lain tapi mungkin masa tak cukup kot tu yang terpaksa tindih2kan tetap ade kelas pada minggu tuh dan exam di hujung minggu. Minggu pertama untuk CNS memang takde semangat langsung nak stadi CNS pasal exam UGS tak sudah2 lagi tapi sekarang exam UGS dah setel selamat Alhamdulillah segala2nya bolehlah start CNS. Berbagai2 citer aku dengar dari senior pasal CNS ni katanya lagi banyak dari UGS tuh, banyak kena hapal, kefahaman tentang material tu cam susah sket tetapi ayat2 camnilah memotivasikan diri aku setiap kali untuk masuk system. Org kata memberi gambaran tentang apa yang akan aku belajar nanti. Kalau susah aku akan mulakan studyku lebih awal tapi kalau system tu ok sket(tak cakap mudah sbb takde benda mudah) kemgknn study aku mulakan lewat sket e.g Endocrine System. Begitulah pentingnya psikologi ke arah persediaan diri aku dalam menghadapi sesuatu yang baru.
Walaupun begitu, jadual aku pasnih mungkin lebih padat dengan exam yang berderet2 dan aktiviti2 yang pelbagai. Masa sekarang inilah hanya aku ade untuk bernafas seminit dua melapangkan dada tanpa sebarang tekanan. Antara yang bakal aku hadapi pasni :
6 – 10 April Pameran Kebudayaan Negara masing2 di JUST
11 - 12 April Liga Futsal PERMAI (sambungan harituh)
19 April Hospital Management 2nd exam
26 April CNS I Midterm exam
28 April Medical Ethics 2nd exam
1 – 3 May KARISMA MPPM (hari persatuan pelajar Malaysia Jordan aku maybe join bola lg kot…ngeee…)
Akhir May Midterm CNS II + Final lain2 (UGS, CNS I, CNS II, Management, Ethics)
Harini balik dengan badan yang penat. Hari pun dah mulai panas berbahang walaupun tadi mendung, tekak pulak selalu kering. Tambahan pula aku sangat tabah menunggu bas fevered selama 15 minit. Pegi kelas tadi adalah lambat dalam 15 minit tapi doctor ‘benign’ (doctor baik)..so dia bagi masuk jek dalam kelas, nk disenangkan cerita harini takde terlepas kelas. Ilmu2 yang dapat harini pun menarik2 belaka tapi tersangat banyak antaranya Schizophrenia melibatkan delusional + hallucination di mana dalam 100 kelompok manusia mesti sorg kena. Antara manusia camtuh seperti mereka yang bercakap sorang2 takpun mengaku namapak benda2 pelik ke, dengar benda2 pelik ke, dan macam2 lagi. Belajar long term memory mcm mane function, anterograde masalah kat mane kat otak (hippocampal) dan lain2 lagi. Tetapi aku agak tersentap seraya aku memuji2 lecturer kelas management tadi. Tajuk dia ajar adalah bab Communication. How to deliver a message in a proper way? The lecturer took Rasulullah s.a.w as a model how to deal with the receiver. Cara bercakap, self-example ( dlm konteks islam da3wah bil7al), cara pemakaian, tone of voice etc2. Aku seraya terkesima dan terpaku dengan lecturer itu dan terus bersemangat dengan lecture Management tuh.
Itu cerita dari kuliah Management. Dan kali ni aku agak tersentak (cuba bezakan ‘sentap’ dan ‘sentak’) dengan perkataan yang keluar dari doctor yang ajar physiology tadi. Walaupun aku tahu dia geram dengan budak2 arab yang tidak berdisiplin e.g bercakap masa tgh lecture, keluar masuk ketika lecture dan tambah pula dengan kegeraman dia dengan batch atas aku(sekarang tengah praktikal kat hospital) tapi aku rasa tak patut lecture cakap camtuh sebagai seorang pengajar. Dia cakap dia akan menggagalkan 30% dari batch aku supaya batch aku tak jadi cam batch atas aku skrg ni. Aku macam agak kesal dengan sikap lecturer tuh tapi tak taulah dia hanya bergurau atau dia serius dengan perkara tuh. Kalaulah dia bergurau aku anggap gurauan itu sebagai gurauan yang melampau. Tapi apa2pun aku harap sem ini aku lepas dengan jayanya. Doakan kejayaan aku di sini. Okeh, nak pi tidoq sat. Dah penat menulis dalam Post-Exam syndrome…
Done,
Izham




4 comments:
tuhler terkjot badak dr hosp bile aja kite...padan2 kt dak arab yg mmg salu kur*ng aj*r n b**d*p ngn dr..ala tp td pon dr mcm bce slide jek..tp tol ke die ckp cmtuh td?haha matila xdnga pon (ke xphm?)sbb dak ppuan arb blkg aku td giler bising nk mati cam marah2 dr..huhuuu
erm, lagi kurang, lagi efficient.. can make more concentration.. try our best to indulge into that becoming 'minor'er.. and, piece of advise, get used to Arabic language, GTG
lapang sebelum sibuk (2x)... kot ye pun sebelum sibuk tuh, cari la ruang mase munajat cukup2 ke hadarat Ilahi, semoge diberikan kekuatan menghadapi hari2 mendtg... diberi kekuatan teruskan stadi selain utk exm, adalah demi mencari keredhaan Allah...
sekian, sedikit renungan utk diri sendrik dan juga org lain...
Allah... Allah... Allah (seperti Dzulkarnian punye keluhan, kalau dlm lab tuh... slalu dgr die ngeluh cam nih). Bagus (3x)
alamak masalah la halim blog ni...geram plak..nak betulkan dia tak update terus...terus terbuat dua kali haaa tajuk dia...terus kegeraman...huargghhh....
owh benar awe's fan...lagi bagus sbnrnya lagi sket...lagi mantap lahirnya student dr profession doktor ni..tp ntahlah rasa cam tak kena jek dgn ayat Dr tuh..hurm...btw, who r u?
Post a Comment