.......................................................
Petang ini dingin sekali, hujan yang turun sedari tadi masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Menanti sang mentari terbenam di kaki langit, mindaku masih tak berhenti memikirkan kekalutan sebuah kehidupan.
Sibuk? Alasan yang sering kuajukan bila ditanya oleh teman yang sudah lama tidak melihatku. Sibuk benarkah aku? Aku sedar kini umurku hampir mencecah 21 tahun. Bererti sudah hampir 21 tahun aku diberi peluang untuk bernafas di bumi yang sementara ini.
Tidak kunafikan, biarpun dunia ini bersifat sementara, aku kadang-kadang leka, alpa dalam dunia ku sendiri.. nikmat yang diberi membuaiku untuk terus leka dalam dunia fantasiku. Solatku, kadangkala tertangguh.. lewat dihujung waktu.. dan alasan yang hadir adalah penat@sibuk... mujur kamus alasanku tidak setebal kamus dewan…
kerja-kerja seharian pula memenuhi diary hidupku. Kalau tidak assignment, homework… tak homework, study untuk quiz.. tak quiz, meeting… tak meeting, tidur? Bila waktunya aku mengingati Penciptaku?
Aku pernah dikhabarkan tentang kisah seorang hamba yang bermimpi dibawa bertemu malaikat yang sedang menjalankan tugas masing-masing. Pada penglihatannya, semua malaikat sibuk dengan tugas masing-masing kecuali satu malaikat yang kerjanya teramat ringan, malah sedikit.
Malaikat itu adalah malaikat yang ditugaskan menguruskan rasa syukur manusia kepada nikmat yang telah mereka perolehi. Kesahihan cerita ini aku kurang pasti, tapi yang penting aku faham sekali dengan mesej yang ingin disampaikan.
Manusia ini alpa. Tidak tahu erti syukur. Meski bukan semuanya tidak tahu erti syukur tapi pasti yang tidak bersyukur itu lebih ramai. Kita sering mengharap nikmat dari ilahi, malah nikmat yang sedia ada pun kita tak menyedari. Namun memulangkan rasa syukur itu amat payah. Mengapa ya? Aku ajukan soalan itu untuk diriku. Dan kamu. Moga selepas ini, kita sama-sama senang untuk melafazkan syukur pada Yang MaHA Esa.
Hujan masih tak berhenti, mindaku ligat berputar lagi… guruh dan kilat yang memancar menakutkan aku. Bimbang itu tanda Allah murka padaku. Aku tersentak dan tersedar seketika, pantas beristighfar… mohon diberi keampunan dariNya, mohon jua diberi ruang tuk bertaubat lagi padaNya. Sungguh Allah itu maha Pengampun. Semoga pintu taubat itu belum tertutup lagi…
Hujan kelihatan reda sedikit, namun kebimbangan jua yang hadir dimindaku. Bimbang fitrah manusia yang pelupa dan serba kekurangan akan mengembalikan aku kepada kelalaian lagi… baru tadi aku beristighfar, tapi bagaimana esok? Apakah aku lalai lagi dalam dunia kesibukanku?
Selama mana aku masih lagi diberi ruang untuk hidup di bumi ini, pintaku janganlah hati ini dipesongkan dari landasan Nur yang Maha Agung… ustazku pernah mengingatkan aku bahawa sehebat mana pun iman seseorang, andai Allah ingin pesongkan hatinya, maka bila-bila masa pun dia akan terkeluar dari landas keimanan ini. Nau’zubillah, janganlah hati aku dan hati kamu dipesongkaN… Moga ditetapkan dalam nikmat iman dan islam.
Tuhanku,
Moga alpaku tidak berpanjangan,
Moga syukurku tidak kekontangan,
Moga kasihMu kan berterusan,
Moga hidayahMu menerang kegelapan.
Allahuakbar… Allahuakbar! –azan maghrib yang kedengaran, menghentikan aku. Di luar, hujan masih tak henti.

............................................................
-fairy, 03Jun2008: mentari telah terbenam-

No comments:
Post a Comment