Assalamualaikum w.b.t,
: Study :
Macam biaselah setiap akhir tahun pengajian aku akan summarize kan ape yg aku dah belajar tahun tu, utk semakan aku balik dan informasi utk korg sumer…Alhamdulillah tamat sudah 3 tahun pengajian secara teori dan insya Allah bulan depan aku akan naik ke tahun 4 tahun praktikal secara rasminya. Selama 3 tahun pengajian, walau ianya dirasakan sekejap, namun berbagai2 dugaan dan onak cabaran telah ku hadapi…rasa up and down silih berganti, permainan emosi dan perasaan dan berbagai2 lagi…namun aku bersyukur kerna diri aku diberi sokongan oleh keluarga, rakan2 seperjuangan dan lain2...ibarat berperang dengan jutaan musuh namun tidak kentar walau satu pun, semuanya akan ditempuhi untuk mengecapi nikmat kejayaan di hujungnya….alhamdulillah… ok kembali dgn maksud utama aku, ape yang aku dah belajar pada tahun 3 kali ini yang bermula dari bulan 9 tahun 2007 dan berakhir pada bulan 8 tahun 2008 adalah :
1. First Semester (Sep 07 – Jan 08)
Musculoskeletal System (MSS) : Sistem ni kitorg belajar pasal otot2 tulang2 sendi2 dan lain2 yang ada pada manusia dan yang berkaitan dgn system seperti penyakit yang berkaitan, ubat2 yang menyembuhkan dan lain2. Overall system ni best sebab kelas pada bulan Ramadhan so kelas dia hbs cepat, setiap kelas dlm setengah jam je...dan boleh balik awal…seronok2…
GastroIntestinal System (GIT) : Sistem ni plak kitorg belajar pasal system pencernaan termasuk organ2 yang berkaitan dan penyakit2 sumer yang berlaku pada organ2 tersebut…dan setiap organ memang kena kaji habis2an…ubat2 plak sgt spesifik dan kena ingat rawatan utk tiap2 penyakit...Overall system ni agak susah sebab agak detail utk tiap2 organ yg terlibat dalam system pencernaan ni seperti bermula dgn mulut then esophagus, pastu kepada perut, hati, hempedu, pancreas, dan lain2 lagi lah…dan ianya agak banyak, so kena stadi awal2 sistem ni…
Endocrine System (ES) : Sistem kali ni berkaitan dengan hormon2 yang terlibat dalam proses maintenance untuk badan...oleh kerana, otak aku time ni dah longlai akibat tekanan dan struggle yg kuat utk GIT, makanya aku sgt2 tak larat stadi utk system ni, makanya aku study agak2 last-minute gaklah utk system ni….overall system ni sgt senang nk bndg dgn kesemua system yang dipelajari dalam tahun2 teori.
2. Second Semester (Feb 08 – Jun 08)
Urinary and Genital System (UGS) : Sistem ni lebih kepada dua system yang berbeza walaupun ia disatukan dalam satu nama...sistem ni dipecahkankepada urinary dan genital kerana budak2 pharmacy hanya diwajibkan amek urinary sbg course diorg so diorg tak ambil genital utk course diorg…system ni mengambil masa yang agak lama adalah dlm 2 bulan utk dihbskan sbb kredit hour dia agak besar dalam 8 jam. So markah yang diperolehi sedikit sebanyak (banyak gak sbnrnya) mempengaruhi markah average tahunan gamaknya. Overall system ni tak sesusah GIT tapi sbb dia byk tu yg nmpk cam susah sket….tapi takper sila stadi rajin2 sape2 yg bakal amek ni nnt….
Central Nervous System 1 (CNS 1) : Sistem ni plak lbh kepada belajar pasal otak2 dan fungsi2 semuanya…banyak benda baru yang akan dipelajari contohnya utk setiap bahagian otak kena ingat dar luar sampai dalam dari kiri sampai kanan dari depan sampai belakang….camtulah…bagi sape2 yg tak biase dgn benda2 baru yang agak banyak sia biasa2kan keadaan…sbb tempoh utk system ni agak sekejap dalam sebulan camtu dah exam…kena hapal banyak2 utk skor…overall bagi aku lah system ni seronok sbb ia berkaitan dgn otak…(aku rasa aku pny cita2 cam nk terpesong dari cardiacsurgeon ke neurosurgeon lah plak..huhu)
Central Nervous System 2 (CNS 2) : Ok system kali ni aku boleh bagi system yang paling susah antara sume system yang dipelajari…untuk aku lah…ade orang anggap CNS 1 plg susah ada yang cakap CNS 2 susah…tak kiralah asal CNS mmg kompleks sketlah….sistem ni sbnrnya bljr pasal bukan pasal otak, lebih kepada Periphery Nervous sytem….sumer yg berkaitan dgn perjalan nerve2 dalam badan…mmg agak kompleks…dari saraf tunjang ke tempat spesifik dalam badan kena ingat tuh…dan lain2 lagi…belajar pasal mata, bagaimana telinga berfungsi dan berbagai2 lagi…overall, system ni agak detail gegila2….dan sgt detail smpi kena ingat sumer perjalanan nerve2 yg 12 dan cabang2nya….so sila tabah bljr system ni, k?
Hospital Management : Ni adalah subjek yang berharga 1 kredit hour. Walaupun begitu mmg kena stadi gak sbb nk kaver system2 yg kureng. Org kata nak kaver markah lah kan..haha…subjek ni lebih kepada pengurusan management…macam mane ciri2 seorg manager…camne nk menguruskan sebuah institusi kesihatan…bila time aku bljr ni terigt ayah aku yang mmg ajar benda2 camni pasal management sumer2 ni cuma yang ni lain sket sbb terbabit dgn hospital..huhu…
Medical Ethics : Ni plak same gak subjek yang hanya berharga 1 kredit hour..same gak mcm diatas walau pun hanya 1 jam je tapi amat berharga ok markah yang diperoleh…so kena skor tinggi2 kat sini…tak susah mane pun sbnrya…Cuma subjek ni kena ingat sket2 pasal etika2 seorg doctor dan patient dan adelah rule2 yg diperkenalkan oleh tokoh2 sosiologi..kena igt gaklah sket2…
3. Summer semester ( July 08 – Aug 08)
Clinical Psychiatry : Ni adelah satu2nya subjek yang wajib diambil utk summer sem..subjek ni sgt berkaitan dgn kehidupan social seorg manusia…subjek ni tak menilai fungsi2 organ atau badan2 tapi subjek ni meneliti setiap aspek perilaku manusia dan kadang2 ada dikaitkan masalah yang berlaku dalam system badan manusia itu sendiri…ada gak belajar untuk memahami perjalan hidup manusia dari kecik, umur normal utk berjalan, menguji kecerdikan minda dan lain2 lagi. Overall subjek ni agak enjoy sbb hanya ade dua exam jek dan tak banyak benda utk dibaca.
Food Preservation : Ni subjek pilihan gak yang aku kena amek utk cukupkan kuota 4 subjek pilihan utk dipelajari tahun2 teori ni….subjek ni lebih kepada microbiology dan biochemistry makanan itu sendiri…cara2 penjagaan dan struktur2 makanan yang berkaitan….overall, oklah subjek ni walaupun aku agak bermalas2an utk subjek2 pilihan yg aku tak berkeinginan utk diambil ni….
Ok now dah hbs dah utk keseluruhan tahun 3 dan kesemua2 subjek yg kena amek…dan skrg aku ni tgh cuti sementara nk buka balik utk tahun 4 nanti….ok doakan aku dipermudahkan segala2nya dan aku doakan kalian semoga berjaya dunia dan akhirat jua…akhir kata, berjuanglah di medan perang dan teruskanlah berjuang dan jangan ade kalimah putus asa dalam kamus hidup kita….semoga berjaya dan dipermudahkan segala2nya…
p/s : Utk Papa yang tersayang, Happy Belated Birthday(utk blog edition plak) diucapkan dari ijam kepada papa…semoga papa panjang umur dan murah rezeki...dan semoga sumer urusan papa dipermudahkan segala2nya….ameen~
Done,
Izham




No comments:
Post a Comment