today is a wonderful day... alhamdulillah utk semua yang saya telah lalui hari ini.. bermula jam 8.00 pagi, saya mendaftarkan diri untuk menyertai ~secret to success workshop~ workshop ni terbahagi kepada dua sesi.. dan saya amat tertarik dengan sesi kedua, yang disampaikan oleh lecturer economics saya. seorang lecturer yang amat saya kagumi sedari tahun pertama pengajian saya. Dr Arif Zakaullah, telah menyampaikan sesuatu yang sampai ke dalam hati saya dan akan saya ingt sampai bila2...
~success?~ Dr Arif mendefinisikan kejayaan dgn bertanya kepada semua participant; siapa yang mereka anggap orang yang berjaya didunia ni... org tu mestilah masih hidup... dan bukan daripada sejarah2 silam...maka ada dikalangan sahabat yang memberi jawapan... donald trump? nelson mandela? John Esposito?
~Kemudian Dr Arif bertanya..."apakah persamaan yang anda dapat lihat daripada semua org2 yang awak anggap berjaya ni?"
~then the answer or key to success pun keluar... Dr kata..."perasan tak yang semua insan yang disebutkan tu telah 'contribute' sesuatu kepada society.. kepada humanity.."
~jadi apa yang saya dapat fahamkan adalah kejayaan tu tak bermakna kite rase kite telah dapat apa yg kite nak semata-mata.. tapi kejayaan tu dgn memberi sesuatu kepada org lain.. sesuatu yang bermanfaat..
~kejayaan bukan hanya memenuhi kepentingan diri tetapi kejayaan tu dgn membantu yang lain...
~contoh yang diberikan Dr Arif ialah "sampai hati ke kite nak masuk syurga sorang2 dan membiarkan berjuta-juta org islam yang lain masuk ke neraka?
~orang2 yang terkenal dan berjaya yang disebutkan tadi pun berjaya sebab mereka telah membantu society.,.
Dr Arif juga menekankan bahawa mereka yang ingin berjaya di akhirat mestilah sgt2 berjaya di dunia.. u must be on the top of the globe..ini kerana ada sesetengah manusia yang berfikir mereka hanya perlu beribadah atas sejadah.. hidup bersederhana dan akhirnya akan dapat masuk ke syurga... satu mindset yang harus diubah.. Dr Arif juga memberikan satu metafora dimana solat tu umpama kite "punch card" masuk pejabat.. subuh kite punch card.. antara subuh dan zuhur tu (sebelum punch card lagi) amalan kita dikira dan dilihat oleh allah.. andai amalan itu untuk mencapai kejayaan di akhirat, maka amalan tu pun akan dikira ibadah...
~metafora tu disamakan dgn punch card utk masuk kerja... "adakah org yg punch card awal.. adalah pekerja yang terbaik? kadang2 org yg punch card awal mgkin seorang yg tak efficient.. kerja sambil lewa.. dan mgkin punch card je awal tapi lepas tu keluar buat keje lain...(yg tak penting dan tak berfaedah)... patut ke pekerja camni di hired dalam company?
~banyak lagi isi2 penting dalam workshop tu yang menarik perhatian saya.. workshop tamat jam 12 tengahhari dan kemudian saya menyambung kerja2 memasukkan data research... huhu sampai ke jam 5 petang.. hari yang penuh tapi amat bermakna mgkin..?
~to conclude, definisi kejayaan mgkin berbeza bagi tiap individu.. namun ape yang penting, untuk berjaya minda kita perlu sentiasa positif.. positif menerima cabaran, positif mentafsir satu dugaan dan positif bahawa Allah sentiasa berikan yg terbaik utk kita.. Allah mgkin berikan sesuatu yang bukan kita minta, namun percayalah dgn kekuasaan Allah.. mgkin apa yang Allah beri boleh berubah menjadi apa yang kita impikan dgn usaha kita sendiri! ~ Alhamdulillah utk hari ini, moga esok kan jadi satu hari yang indah lagi... Wallahua'lam




No comments:
Post a Comment