us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 18, 2008

Sanfur - Junior

Alhamdulillah…selesai sudah minggu pertama bersama pesakit...sebuah permulaan untuk hidup aku lepas ni..actually setelah aku dapat tawaran medic sebenarnya dah bermula hidup dan jalan baru dah tapi cuma bila dah masuk klinikal baru aku nampak apa sebenarnya ciri2 kehidupan sebagai seorang doctor. Sebelum ni, 3 tahun teori penuh sangat dengan keseronokan dan kelekaan. Pagi2 bangun pergi lecture, balik buat apa2 saja, bila waktu exam baru nak baca. Camtulah rutin hidup student2 utk pre-clinical kat jordan. Seolah2 masih tergantung lagi apa yang hendak dicapai dan di’target’ untuk dibawa melalui haluan sebagai seorang doctor. Namun, bila masuk klinikal, baru tersedar bahawa perjalanan aku masih jauh bukan hanya 6 tahun pembelajaran di university hanya untuk mengenggam segulung ijazah saja, tapi untuk sepanjang hayat. Sehingga ajal menjemput pergi. Mustahil untuk menguasai segala2nya dalam masa 3 tahun klinikal sahaja kerna ilmu perubatan ini ternyata ilmu Allah yang sangat luas pengetahuannya. Hatta, doctor yang sudah bekerja walau 10 tahun sekalipun merujuk juga kepada doktor2 yg lbh pakar.

Perasaan? Pertamanya aku sangat gembira kerana ilmu yang dipelajari sebelum2 ini ada manfaatnya melalui praktikal dan dapat berjumpa2 berbagai pesakit. Ibarat kita meletakkan diri kita di tempat mereka, berusaha sehabis baik dan melakukan se’perfect’ mungkin namun hakikat orang yang baru tidak dpt menguasai segala2nya walau se’cemerlang’ mana pada pandangannya. Begitulah pada aku, aku mahu ‘perfect’ namun tetap ada kesilapan ada yang tertinggal. Bak kata professor paediatrics, ‘benda2 ni (history and physical examination) takleh develop by knowledge sahaja but by experience, once u have the experience, u won’t miss a thing..’. Keduanya perasaan aku, aku rasa aku macam jadi junior balik sebab ke mana-mana aku pegi aku sentiasa rasa aku berada di tempat yang baru dan banyak benda aku tak tahu. Awal2 mmg blurr, namun setelah dapat khidmat nasihat dari senior2 akhirnya boleh jugaklah dijadikan panduan untuk menghadapi hari2 yang bakal dilalui. Ketiganya, aku rasa nervous. Nervous sbb aku akan berdepan dengan patient then aku kena bersikap professional seperti seorg doctor dan aku kena praktikkan segala ilmu yg berkaitan yg aku ada kepada patient tu. Aku bencikan kesalahan dan kesilapan tapi hakikatnya manusia melakukannya. Aku adalah manusia. Aku akan sentiasa melakukan kesilapan. Tapi aku cuba untuk mengelak melakukan kesilapan itu dengan mengulangkaji serta mengkaji sebelum melakukannya. Keempat aku rasa stress dan emosi yang tak stabil. Aku diberitahu suruh untuk expect the worst-case scenario, doctor sekian sekian garang sangat, ko wat silap mmg kena marah, doctor fulan bin fulan ko tak dpt jawab soklan dia ko akan dijatuhkan depan member2 ko, doctor fulan bin fulan, ko punya history tak lengkap, markah ko sekian sekian dan camtulah. So sepjg hari dlm mggu ni, aku bersedia dgn apa yg bakal terjadi sbb aku taknak down sgt lepas kena situasi camtu tapi hakikatnya aku terbawa2 stress itu terhadap diri aku. Aku terbeban dengan expectation tersebut. Pengalaman yang diceritakan oleh senior2 yg sudah pernah mengalaminya. Aku terbeban walau aku ingin mengelakkan sejauh mungkin. Aku terbawa2 ke rakan2 sekumpulan aku, bersikap tidak bertoleransi kerana maklumat tak cukup, tak perform examination yg itu ini, aku jadi kabut, Alhamdulillah aku ada rakan2 yg sgt sabar dengan perangaiku dengan menenangku. Aku akan akur sekiranya perkara2 ‘the worst-case-scenario’ terjadi ke atas diriku.

Pembelajaran? Minggu ini yang dah berakhir pun, aku belajar pasal pengenalan terhadap alam pediatrics(budak2). Macam mane nak amek history, nk buat physical examination dan macam2 lagi. Intro kali ni sebenarnya untuk persediaan major aku 10 minggu yang bermula setelah selesai ‘introductory course’ ni. So, nama pun pediatrics, deal pun dgn bdak2 lah kan dari baby yg baru lahir hingga umur 16 tahun atau 18 tahun kat sesetgh negara. History? Perkara yang paling penting buat semua doctor untuk mengetahui penyakit untuk pesakit sebelum pergi ke langkah seterusnya. History ini didapati melalui pertanyaan2 yang sangat detail tentang pesakit dari perkara2 besar hingga ke perkara kecik. No hidden information semua kena bgtahu. Dan doctor akan bertanggungjawab penuh untuk menyimpan segala maklumat2 tersebut. History yang diambil hikayat tentang pesakit berkaitan cara hidupnya, berkaitan penyakitnya, berkaitan hubungannya dan berbagai lagi. Dan jika ternyata semua maklumat diberi benar, maka 70% tanggungjawab telah selesai. Mengikut kajian, 70% dari history boleh mencapai diagnosis sesuatu penyakit. Dan barulah, kita akan menjalani pemeriksaan badan dan kesihatan melalui alatan2 yg diperlukan oleh seorg physician. Pemeriksaan ini bertujuan untuk menguatkan lagi diagnosis yang berdasarkan history taking tadi, atau untuk melengkapkan lagi 20% yg hilang untuk mencapai diagnosis sesuatu penyakit. Dan seterusnya barulah dijalankan seperti investigation dan management. Tapi untuk aku kali ni hanyalah berdepan dengan history taking dan physical examination sebab dua perkara ini adalah paling penting dalam kejayaan seseorang doctor. Doktor yang tepat diagnosisnya adalah doctor yang hebat history takingnya, physical examination, maka doctor ini wajar diberi respect dengan kepakarannya itu. Maka doctor ini boleh dipercayai oleh pesakit2 dan rakan2 sekerjanya. Management seperti treatment bak kata doktor aku dalam kelas takde masalah sangat sebab treatment tu suatu benda yang precise dan accurate. Ubat ni untuk ape? Ubat ni untuk ape? Berlainan dengan penyakit…demam beserta dengan batuk2 dan bernafas laju..penyakit ape? Demam takde batuk tapi nafas laju, berbunyi whistle, penyakit ape?...berlainan bukan…so student kat sini tahun 4 dan tahun 5 diajar perkara2 ni, atau senang citer untuk master benda2 ni sebelum beralih ke ‘management’.

Dan berakhirlah cerita dan komenan aku serta pandangan aku dalam entry kali ini..semoga kita berjumpa di lain masa…doakan kejayaan aku menghadapi segalanya…amen…moga2 Allah permudahkan segalanya untukku dan untuk kalian jua..insya Allah..

Syamil, thanks sbb sabar dgn perangai aku.

Done,

Izham

No comments: