“Kalau abah tetap takmau jadi wali shima, shima harap abah tak salahkan shima bila abah terpaksa keluar masuk mahkamah nanti.” Hati ayah mana yang tidak tersentap mendengar ‘ugutan’ sebegitu dari satu-satunya anak gadis yang ditatangnya bagai minyak yg penuh satu waktu dahulu.
Biarpun telah dinasihatkan berkali-kali, shima masih teguh dengan pendiriannya. Tidak mahu berganjak apatah lagi mendengar kata-kata ayahnya. Kata org cinta itu buta. Namun, sejauh manakah butanya cinta? Adakah sehingga keluarga sendiri terpaksa dilayan seperti org asing hanya kerana seorang pemuda yang baru dia kenal semenjak memasuki alam remaja.
Faiz, pemuda itu. Pemuda yang telah menambat hati shima. Pemuda yang tidak dapat diterima oleh keluarga shima. Bukan kerana keluarganya tidak berada atau dirinya tidak sempurna. Masalahnya, ayah Faiz seorang pemandu lori yang mengagihkan bekalan arak kepada penjual-penjual sekitar lembah klang.
Hashim, ayah kepada shima. Saat ini, waktunya banyak dihabiskan merenung masa depan anaknya. Bukan tidak senang melihat anak gadisnya hendak berkahwin, tetapi… sejak mengetahui latar belakang keluarga teman anaknya itu, hatinya jadi tak keruan. Bimbang kalau2 anaknya, cucu2nya kelak makan makanan yang datang dari sumber yang tidak elok. Bukan taraf hidup yang menjadi percaturannnya, tetapi bukankah pembawa arak itu tergolong dari kalangan mereka yg bersubahat?
Hashim masih buntu. Dia sendiri tahu, hati anaknya tak mungkin berubah lagi. Malah,
x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x
kisah shima dan ayahnya antara yang menarik perhatian saya utk minggu ini. Nama dan watak telah saya tukarkan, tetapi kisah ini mungkin pernah terjadi dan antara reality kehidupan yg ada. Buat sesiapa yang membaca entry ini, apakah yang seharusnya menjadi akhir cerita ini? Shima dibiarkan berkahwin? Shima mendengar nasihat ayahnya? Hashim menerima seadanya keluarga anaknya? ~apakah yg sebaiknya?~
wallahua’lam




No comments:
Post a Comment