us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 22, 2008

biLa hati teRasa maTi...

Gadis itu berjalan lesu. Matanya jelas menunjukkan fikirannya melayang menjauh. Sedar sahaja, dia sudah tiba di hadapan biliknya. Kunci bilik dikeluarkan dari beg. Masuk ke bilik, fikirannya masih melayang. Dibukanya computer riba miliknya. Tangannya ligat mencari sesuatu yang dia sendiri tak pasti. Hilang arah mungkin.

Dia kini di halaman berita harian. Di klik setiap ruangan berita. Akhirnya tumpuannya terarah pada ruangan artikel yg bertajuk; tajdid iman:memelihara kesucian hati sebagai penerima hidayah… bagai terjumpa apa yg dicari, dia amati setiap perkataan yg tertera dalam artikel tersebut.

Bila hati terasa mati… itu masalah yg memenuhi ruang mindanya sejak beberapa hari ini. Dia kerap mengelamun memikirkan hatinya sudah mati. Hatinya bagai jauh dari rahmat ilahi. Hatinya tak dapat merasai nikmat hari2 yg dilalui.

Apa yang pasti artikel yg ada didepan mata banyak membantunya. 3 sebab utama yg memeliyahhara kesucian hati adalah membaca al quran, solat dan mengingati mati. Tanpa hati yang hidup dan suci… mgkin kita tak berpeluang merasa hidayah Allah.

Fikirannya terus menganalisis satu persatu punca hati mati.

  1. Membaca alquran; baru dia sedar yang alquran dalam almari itu sudah lama tidak dibuka dan dibaca. Entah. Sedangkan ramadhan yg lalu alquran itu slalu disisinya.

  1. solat. Dia pernah tahu yang solat itu jika dilakukan sebaiknya mampu mencegah manusia dari perbuatan keji dan munkar. Namun skarang solatnya terasa seperti dilakukan kerana wajib. Kerana hukum. Dia tidak dapat merasai nikmat solat itu sendiri. Gelapkah hatinya?

  1. mengingati mati. Dia takut sgt memikirkan mati. Kerana takut, dia tak pernah fikirkan mati melebihi bagaimana keadaanya pabila mati nanti.

Gadis itu sempat mendownload artikel yg dibacanya kedalam computer. Sedikit senyuman terukir dibibir. Dia kini tahu apa yang perlu dilakukan. Sekurang-kurangnya Allah masih menunjukkannya jalan keluar dari hatinya yang gelap itu.

Sebelum mengeluarkan assignment, dia mengingati 3 perkara utama yang membersihkan hati; alquran, solat dan mengingati mati. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana masih menunnjukkan ku jalan…bisik hati kecil gadis itu. Kini hatinya lebih tenang.

1 comment:

Nur Qistina said...

terasa agk tertarik ngan entry kali nie..mungkin nie 1st time rasanya post comment..apepun brlaku dlm hdp nie..ingat satu perkara..jgn pernah berkelu-kesah dgn apa yg berlaku..dan plg penting anggap sumenye satu dugaan yg kite perlu hadapi..tetiba rasa cam..hehe..