Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah harini dah raya ke-5, dah nak masuk raya ke-6 dah pun kat Jordan ni...dan sudah tiba masanya utk berkelas2an..Ya Allah, kurang dari seminggu lagi aku nk menghadapi exam. Cepatnya okeh. Rasa nikmat je bercuti2an di alam klinikal ni. Tulah dulu tak ‘appreciate’ cuti masa pre-klinikal. Bosanlah takde benda nak buat lah..skrg ni dh klinikal asek nk bercuti aje..sebab sangat penat ok sebenarnya. Pagi2 kena round2 amek history atau buat P.E(Physical Examination) kat patient pastu later kena berkumpul2 kena berleter dengan lecturer2 yg sgt syg kat kitorg…berulang2 setiap hari, pastu nnt dh hbs zaman intro ni ditambah pula kelas pada petangnya. Mak aih, kesabaran perlu dipupuk sejak azali lagi gamaknya.
Owh ye, pasal esok..hurm utk sepanjang mggu ni sblm exam aku pada hari Sabtu ni aku akan ade rotation surgery kat hospital university. Surgery?? Utk bdak2 JUST kat sini, tahun 4 dan tahun 6 la khususnya, kitorg telah ditakut2kan oleh senior2 bahawa lecturer2 yang mengajar posting surgery ni garang2 dan bengis2 belaka. Asek nak marah je keje. Maka dgn pupukan camtu, aku pun berasa cuak, tapi aku tak dapat nk prepare ape2 sbb aku tak tau nk baca yang mane. Aku terpaksa tabahkan hati pasni dengan menebalkan telinga dan mengeringkan hati. Mgkn proses pembelajaran yg efektif bg pemikiran mereka2(lecturer2 surgery) adalah dengan ketegasan pastu membebel2 dengan student kot. Nanti senang sket student ingat. Aku terpaksa pandang positif pasnih…(terasa cuak lagi kat dalam hati ttg esok ni….grrrrrrrrr…..)
Raya ke-5?? Alhamdulillah 5 raya aku yg lepas penuh dengan jemputan beraya kat rumah rakan2. Terima kasih diucapkan, in fact aku tak dapat nak menjemput korg2 sumer ke rumah aku dengan undangan khas sebab aku macam takde mood nak masak disamping nak exam ni. Cukuplah sakan wakil untuk aku walaupun aku tolong cuma sikit jek. Wah grand jugak bdak2 tahun ni yek panggil bdak2 makan sana sini, tahniah la diucapkan. Bukan senang tu nak menerima tetamu bilangannya yg hamper 200 orang. Mesti budget yang tinggi, pengorbanan masa nak masak, dan tempat yang besar dan luas diperlukan tu. Tahniah sekali lagi diucapkan. Teringat aku masa tahun2 lepas, buat panggilan ‘open house’ itupun secara gradual secara berperingkat2 sebab tak dapat nak menampung tetamu yang sangat ramai. Time tu pun belum blgnnya smpi 200 org lagi baru 100++ lah rasanya. Baguslah sedekah amal jariah korg buat ni. Almaklumlah duit biasiswa pun naik kan ape salahnya kita bagi kawan2 kita share skali kegembiraan naik biasiswa tu kan. Hihih.
Wah raya kali ni, boleh tahan gaklah. Awal2 tak seronok sgt(rujuk entry sebelum ni) sbb tak dapat nk bersolat raya then nk bergambar2 dengan member2 selesai solat raya. Tapi takper, tahun ni ziarah ke rumah2 lebih sedikit, adalah semangat ziarah menziarahi tu tahun ni. Berbanding tahun lepas, aku asek terima kedatangan tetamu jek tak sempat nk menziarah rumah kawan2. Aku ambil positif lah raya kali ni, sebagaimana Baez berkata dalam blog beliau, ‘To those who are currently abroad, celebrating hari raya wif frens, do not feel close to tears or etc. Yeap you are like thousands of miles away from family and all, but it's like once in a lifetime chance to explore the world. 6 or the most 7 years, you'll be back in malaysia for THE REST of your lives hence do and pls do cherish all sweet memories you happen to encounter abroad.’ Thanks baez, sebyk sedikit menyedarkannya. Betul gak rasa raya dengan kawan2 lain sket dengan raya bersama family. Akan menggunakan peluang terakhir pada tahun depan sebelum balik berkhidmat utk selama2nya.
Ok sekian sajalah entry utk kali ni, sebab dah nak tdo plak utk esok hari bangun pagi2 berkelas2an. Ok see ya again.
p/s : Feel Lonely and Empty……. #___#
Done,
Izham




No comments:
Post a Comment