us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 1, 2008

Syawal?

Assalamualaikum w.b.t,

Kita bersua semula di bulan syawal dari Jordan. Sebulan sudah berpuasa dirasai begitu pantas berlalu. Berdepan dengan patient dan masalah2 mereka setiap hari menjadikan ramadhan aku kali ini lebih pantas berlalu dari sebelum ini. Lapar dan dahaga tidak lagi dirasakan menyiksakan kerna bertuahnya aku di bulan ramadhan ini waktu berbukanya sangat cepat dan pula aku dibebankan dengan klinikal2 menyebabkan aku melupakan lapar dan dahaga walaupun aku tidak sempat mengenakan apa2 sahur di pagi hari. Kini aku diberikan seminggu berehat untuk berdepan pula 2 bulan alam klinikal yang mencabar tanpa cuti (sebelum AidilAdha pula memunculkan diri). Alhamdulillah dan syukur aku panjatkan kerana aku melepasi madrasah ramadhan ini dengan jayanya walau tiada signifikan perubahan dari mata2 lain. Cukuplah perubahan yang aku nampak pada diriku. Aku berdoa agar aku diberikan peluang untuk bersua semula di ramadhan akan datang untuk aku memperbaiki diri lagi.

3 tahun sebulan lebih di perantauan maka genaplah 4 kali aku ber’ramadhan’ dan beraya di bumi anbiya’ ini. Segala kenangan2 yang aku ada ketika aku ber’ramadhan’ dan beraya sewaktu di Malaysia dulu luput sedikit demi sedikit dari memoirku. Semua telah ditenggelamkan oleh perasaan ‘tidak peduli’ aku sejak aku di perantauan. Apa erti sebenar puasa dan raya bagiku? Cukuplah aku berdoa agar aku dapat kembali bersama dengan seluruh keluarga pada hari bahagia tersebut. Berbuka berterawih dan beraya bersama2. Seolah2 telah lesap dan hilang zaman remajaku akibat hilangnya manis memoriku bersama keluargaku. Namun aku masih bersyukur aku dikurniakan cuti di hari raya dan disambut bersama2 rakyat2 jordan yang islam sebagai agama rasminya berbanding dengan rakan2ku di negara2 omputih sana. Semoga kalian tabah berkuliah di hari raya.

Raya ke-4, perasaan? Agenda? Masalah2 teknikal? Perasaan aku..hurmm...ntahlah aku rasa hati aku dah kering dah la..tak rasa pape...sehinggakan ade member2 yg seperantauan aku balik mesia pun jeles aku dh tak kesah sgt...takde jeles melampau2..ibarat cam jasad yang hidup tanpa roh bila tiba hari bahagia tersebut..takde perasaan langsung..lagi2 dh dua raya terakhir ni dari 4 raya aku dikejutkan dengan raya awal dgn 29 hari puasa jek. Memang padahlah org kata kalau bermalas2an nk beli lauk segala di petang 29 tuh. Nasib bek kedai bukak lagi smpi malam. So berkesempatan gaklah nk angkut lauk2 utk dimasak esok hari. Pagi raya tu, aku tolonglah sket2 buat kuih raya, sediakan bahan2 masak sumer utk rendang dan kuah kacang, pastu masak nasi himpit. Tahun ni ibarat kecil2an lah sbb tak mampu nk menanngung semua warga Malaysia di Irbid ramai sangat dah. Aku rasa paling best berziarah di hari raya masa aku first year dulu, dan paling aku tlg masak2 paling meriah de open house segala adalah raya ketiga masa aku third year. Semua kenangan. Raya kali ni? Solat raya terlepas for the first time pasal tdo lambat lagi pagi tuh, dan padah aku lah sebab dah duduk sorg2 lain kali pasanglah alarm tu awal2. So aku tak dapat bersolat raya maka aku tak dapat bertakbir dan seterusnya aku tak dapat bersama2 dalam gambar2 raya setelah selesai solat raya. Dan aku rasa tahun ni tambah lagi derita pasal aku berkeseorangan plak di pagi raya tanpa baju raya dan kuih raya. So, untuk menghidupkan jugalah hari raya aku, aku pegilah menunjuk2 muka kat member2 sorg dua, layan sket apa yg dimasak malam tadi, nasi himpit kuah kacang rending ayam biskut raya, then pegilah satu dua rumah ziarah sekejap2 makan2 sket then balik terus dan raya kedua camnilah aku sekarang. Macam dh takde pape. Oklah aku pun cam dh malas nk bercerita semua2nya dan aku ucapkan setinggi2 tahniah lah kepada member2 aku yg dapat balik beraya, semoga kalian rayalah betul2 dan aku tau tahun2 dpn kompem dpt lagi raya kat mesia. Aku ntah bila dapat ntah raya kat mesia tuh, tahun dpn dh kompem tak dapat gak. Hurm, tulah namanya sacrifice.
Ok berjumpa lagi di lain hari dan di lain masa. Doakan kejayaan aku dalam peperiksaan minggu depan.

Ok dan saya Wan Mohamad Izham Wan Ismail pelajar tahun 4 dari Jordan University of Science and Technology ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin’ kepada semua yang mengenali diri saya ini. Ampunkan semua salah silapku, kasar bahasa dan gurauanku. Moga2 talian kita sebagai keluarga, atau sahabat kekal selama2nya. Salam Aidilfitri dari perantauan.

Done,
Izham

No comments: