Sob..sob…sob…weekend telah berlalu pergi, esok nak start kelas balik dah. Waaahh kejapnya cuti ni!! Setelah seminggu bermula rotation yang sebenar, baru aku benar2 menghargai percutian pada hari weekend…terasa penat sesangat sbb boleh kata skrg aku dh ikut ofis hour dah..start pukul 7 pagi(kira dari naik bas lagi :P) habis pukul 5(sampai betul2 kat rumah). Ade rehat kat tgh2 nk gi solat ke nak gi makan, ikutlah nak wat ape. 2 minggu terawal ni, aku di’assign’kan utk berpraktikal di Hospital Mafraq, hospital yang sejam jauhnya dari tempat aku tinggal sekarang. Hidup berklinikal sekarang memang enjoy, tapi agak penat. Kalau dulu time pre-klinikal, duduk jek dalam lecture, pastu kelas pun 3 jam jek then boleh balik, tapi kalau dibandingkan sekarang ni, 4 jam di awal pagi diperuntukkan untuk round2 jumpa patient bersendirian pastu beround bersama doktor, kena tanya itu ini, kena perah otak sepanjang masa, malam2 kena bersedia prepare untuk round di hari esok kang kalau kena tanya ape2 tak dapat jawab memang nak kena maki dengan doktor lah gamaknya. Lagi2 aku ni bdak mesia, kalau tak dapat jawab lagi2 plak soklan tu sangat senang, memalukan negara plak(berdasarkan imaginasi aku la). Tapi aku tau ni proses org belajar. Walaupun ni proses orang belajar, tapi aku segan gaklah asek orang je nak jawabkan untuk aku, lagi2 budak2 arab. Tensen gak duk group org pandai ni. Terasa inferior plak bila sumer org tau, aku tak tau.
Owh lupa nak bagitau, aku sekarang tgh rotation ‘Paediatrics’. Bersama bdak2 la dari baby smpi umur 18 tahun (kat joden ni) aku berurusan. Selalunya lebih kepada bdak2 kecik dari baby smpi umur 11 tahun (setakat nil ah). Tak pernah jumpa bdak2 besar lagi. Selalunya deal dgn ibu2 kepada anak2 tersebut. Amek history wat P.E and so on so on. Tiap2 hari camtulah. Ade kes baru, pegi amek. Nak pengalaman katanya. Ermm, setakat ni aku dengan bdak2, takde masalah lagi, sebab aku kena buat kerja berhati2 kalau silap sket habislah bdak tu nangis dan susah nak dapat ‘cooperation’ untuk buat physical examination kemudian nanti. Bak kata doktor2 pensyarah aku, buat yg paling penting dulu, vital signs...baru buat benda2 lain…
Bila terasa aku tgh rotation paediatrics ni, aku rasa bila aku jumpa bdak jek aku terigt ape2 benda yg berkaitan dengan rotation aku…kalau dukung mana2 anak2 member ke, mulalah tangan aku pegi kat anterior fontanelle dia rasa dh tutup ke belum…pastu kalau tetibe member2 aku cerita pasal anak dia, mulalah aku tanya pasal development progress…dh boleh jalan ke belum?? Boleh melukis ke belum?? Dh boleh sebut mama dada ke??? Mungkin nampak cam aku ni exaggerate lebih…tapi itu stail aku untuk lebih mengingat dan belajar…mungkin ada orang kata, dahlah tu kita dh hbs waktu kelas takyah bincang2 pasal benda2 pelajaran ni, kita bincang benda lain...tapi bagi aku susah nak keluar dari suasana tu sebab aku cuba untuk belajar sepanjang masa…perhati dari sekeliling dan aku cuba praktikkan (walhal aku ni agak tak rajin nak membaca sebenarnya)…
Hurm, aku rasa dah la tu, smpi sinilah aku berceloteh…nak pergi beraya dan bermen game plak pasni…sbb aku punya exam pasni jatuh pada New Year’s Eve 31/12/08…bolehlah bersuka ria sementara waktu sambil belajar…heh…ok selamat semuanya…
Assalamualaikum w.b.t.
Done,
Izham




No comments:
Post a Comment