us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, January 18, 2009

Bila tiba masanya

Ada beberapa minit lagi ke kelas’, bisik hatiku. ‘Baik bagiku untuk mengisi ruang-ruang blog yang ditinggalkan daku’, kataku lagi.

Minggu ke-3 aku berada dalam bidang Internal Medicine. Masih belum lahir rasa cintaku dan rasa seronoknya dalam bidang ini walaupun cita-citaku lebih menjurus kepada bidang ini. Rinduku masih kuat kepada Paediatrics. Namun bukanlah aku mengatakan aku berputus asa mencari keseronokan yang bakal aku lalui di Internal Medicine ini, aku mengatakan bahawa cabaran dan halangan yang dihadapi kali ini lebih mencabar dan lebih berliku sebagai seorang pelajar perubatan. Berlainan pula bagi Paediatrics, kisah2 dan maklumat2 tentang pesakit semuanya diberi oleh penjaga kepada kanak-kanak tersebut dan pemeriksaan fizikal dilakukan begitu mudah sekali. Jika pesakit itu bayi, tentu skali aku berhenti di kala bayi itu menangis. Tapi pengalamanku sebagai seorang pelajar perubatan di tahun 4, aku lebih suka mencari pesakit2 yang lebih berkerjasama dan lebih matang untuk paedicatrics. Namun begitu, cabaran yang dihadapi di bidang Internal Medicine ini sangat sekali berlainan. Pertama, pesakit2 yang ada lebih kepada yang sudah berumur atau dalam lingkungan separuh abad dan ke atas. Mereka penat dan mereka sakit dan bila aku datang kepada mereka untuk pembelajaranku tentu sekali aku diusir keluar oleh mereka. Aku faham kondisi mereka. Lagi2 dengan tarafku sebagai pelajar perubatan. Tentu sekali tiada faedah diperolehi mereka jika bersama denganku. Namun aku mula susah untuk menerima apabila hampir kebanyakan pesakit2 tidak mempercayai dan mengusir setiap kali aku ingin belajar. Boleh dikatakan dari 10 pesakit, hanya 2 sahaja memberi kerjasama sepenuhnya. Ada diantara awal2 lagi sudah diusir, ada di antara mereka ditengah2 aku diusir, dan ada diantara mereka pula berasa fed-up dan mengusirku di tengah2 pemeriksaan. Mungkin aku belum cukup untuk diberi kepercayaan. Aku rasa sangat resah apabila fenomena ini akan berterusan dan seterusnya aku dimarahi doctor(pensyarah) akibat aku kemalasan mengambil maklumat2 pesakit walaupun disebaliknya ada masalah yang melanda. Aku tetap dengan cabaran ini dan aku memohon agar Allah permudahkan urusan2ku di sini yang berbaki tidak lama lagi.

Ya Allah Ya Tuhanku, tidakku layak memohon dan memanjatkan doaku ini sedangkan hamba-hambaMu di Gaza sana meminta pertolonganMu lebih dariku. Ya Allah selamatkanlah mereka dan bantulah mereka. Dan Ya Allah, aku menyerahkan ke atasMu segala urusan Israel. Hancurkanlah mereka, satukanlah hati-hati kami sesama saudara kami agar kami berjaya menghancurkan musuh-musuh kami. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku di sini dan berikanlah aku kejayaan di duniawi mahupun ukhrawi.‘ - Amin



Done,

Izham

2 comments:

FabulouswithAs said...

tuhla pasal.aku pon kdg2 rase cam fedup ngn battini nih rase mcm nk forever dlm paeditrics kan senang..tuhla org kate.salunye dak medic akan jatuh cinte kat 1st rotation time die start clinical .tros terminat nk specialist bidang tuh.hak3..even xpenah terpk dlm kaple aku nk jd paediatrician.tp wat mase skang nih.aku rase mcm paedi paling senang giler antare sume.............uwaaaa ...ko carikla patient mude2 sket..jgn amek da 60 70 taun tuh

Muhammad Warouq bin Qamar said...

sabar,awe..even aku belom masuk ba6nah lg,tp aku leh faham sgt2 situasi ko. mmg cmni la gayanye belajar kan?the more we suffer,the more we gain. heh. bende yg sama berlaku kat tempat aku. kalo psychologically nye kte fikir,mmg bukan salah pakcik2 tu pon nak halau kte. de saket,de tak tahan,de pressure dgn penyakit2 de [lg2 pesakit yg acute,,kalo yg chronic,de relek je sbb dh bese n siap de tolong wat history lengkap lg skali dgn diagnosis..haha]..kadang2 tensi..tambahan kat sni lak kebanyakan patient akan mintak duit dlu..selagi kte tak bg duit yg de nak,slagi tu de takkan bg kte check badan de. susah,tp ble dh abes sume ni nnti,mesti rs indah je..heh

sorry terpoyo jap. just nak berkongsi masalah yg sama :)

aa.aku tak masuk atfal lg. so aku tatau cmne handle budak2.

shedda hillak ya basha