us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 27, 2009

Work stress? or Study stress?

'Ada masanya aku bersemangat dan ada masanya aku tersungkur. Aku sedar aku hanyalah manusia biasa'

Aku dah habis tengok cerita ‘Yasuko To Kenji’. Aku juga dah habis tengok citer ‘Satorare’. Aku habiskan tengok ‘Hana Yori Dango 1, 2 & Movie’ dalam tempoh sebelum tu jugak. Aku sangat bangga habiskan banyak2 citer dalam beberapa hari yang singkat tapi aku sangat sedih sebab aku tak banyak baca lagi untuk rotation aku kali ini. Apa dah jadi pada diri aku? Adakah aku tidak dapat mengawal dan mengurus masa aku dengan baik seperti sebelum ini? Adakah aku sudah melencong dari matlamat asalku?


Ya, hatiku selalu mengatakan bahawa aku sudah jauh terpesong dari jalan yang asal, selalu menyuruhku kembali kepada matlamat asal. Bila mana badanku/jasadku bersuka ria menikmati cerita-cerita series yang bertimbun2, hatiku mendesakku menghabiskan nota yang bertimbun2, malangnya nafsu berjaya menguasaiku untuk terus berfoya2 dalam dunia fana. Dalam tempoh itu aku berfikir, ke manakah haluanku kalau aku terus begini…tiada masa depan! Sering setiap malam selepas penat aku menonton cerita2, aku berniat bersungguh untuk study di esok hari, malangnya aku tidak dapat melakukan sedemikian rupa, seterusnya begitulah hingga mula masuk minggu ke-5 ini.


We don’t expect anything from u in 10 weeks lesson, we hope u learn our way on how do we present/deal with our patient’, kata seorang doctor kepada kami pelajar tahun 4. Walaupun begitu, dalam tempoh 5 minggu ini, aku begitu terasa darjatku di bawah sekali pabila aku berada bersama rakan-rakan yang sekumpulan denganku. Kumpulanku terdiri daripada 11 lelaki dan 4 perempuan dan sering dikatakan International Group kerana mempunyai berbilang warganegara antaranya warga2 Syria, Iraq, Somalia, Malaysia dan Jordan. Mereka begitu hebat sekali dalam menjawab pertanyaan doctor sehingga menyebabkan aku terasa layakkah aku menjadi seorang doctor yang hebat. Kadang2 aku berfikir jawapan yang dijawab oleh rakan2 sekumpulanku adalah tahap pakar2 perubatan(specialist) dan tidak mungkin aku akan berfikir dan menjawab seperti mereka walaupun aku sudah belajar kerna aku sering lupa apa yang aku sudah belajar walaupun aku belajar pada malam semalam.


Medical is a mixture of science and art. History taking is just for a physician who possessed the art of medicine’, kata jua seorang doctor kepada kami pelajar perubatan di dalam dewan kuliah. Dalam bidang medic ni, kami diajar untuk pantas bertindak dan berfikir. Mengamati perilaku dan perbuatan setiap pesakit, dari perkara yang besar sehingga benda yang kecil. Bertindak dengan cepat dan tepat pada semua perkara. Namun begitu, aku belum lagi berjaya menguasai kesenian yang terdapat pada ilmu perubatan ini. Ilmu yang lebih sedikit sahaja sudah membezakan kedudukan aku dengan rakan2ku ketika ini, inikan pula kesenian, tentu sekali aku ketinggalan kerana mereka mempunyai kelebihan kerana mereka berbangsa arab berurusan dengan bangsa arab. Aku perlu sedar sebelum aku ditinggalkan jauh, jauh dari rakan2ku. Ilmu tidak datang pada mereka yang tidak mengejarnya. Aku mahu semangatku kembali seperti aku di bulan 9 dahulu di mana semangatku begitu terasa sekali kerna aku ingin perubahan. Ya perubahan yang berbeza, jauh dari perangaiku di 3 tahun lepas yang jelas menghampakan aku. Aku tidak akan ke mana jikaku berada di takuk yang sama.



Aku menulis kali ini adalah untuk menyedarkan tujuan aku balik untuk apa aku memilih jalan ini dan salah satu cara merawati ‘work stress’ bersama rakan2 sekumpulan aku yang genius2 belaka. Moga2 aku terus bersama2 rakan2ku hingga majlis ‘konvo’ku nanti .

Done,


Izham

1 comment:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

*terasa kene tepat kat idong aku bile membaca post kalini*


T_T


aih,..ble la aku nak stadi btol2 mcm dak2 medic sebenar..asek men je..awe,nasihatkan aku yg lembab ni we..