"Pakcik, semoga pakcik dimurahkan rezeki!"
"Dik, rezeki tak murah, tapi rezeki tu Allah yang bagi.”
Jawapannya membuatkan aku berfikir. Belum pernah ada yang membalas jawapan penuh makna seperti itu padaku. Justeru itu, aku berfikir. Benar. Rezeki itu tak murah. Tetapi rezeki itu Allah yang beri. Ada waktu, kita tak perlu mencari ahli falsafah terhebat untuk mengagumi sesuatu. Hidup perlu dilihat dari pelbagai perspektif. Dari pandangan seorang penjual keropok lekor, aku telah diingatkan. Diingatkan bahawa hidup ini penuh nikmat yang Allah berikan. Allah itu sumber segala rezeki. Mungkin mata ini telah dikaburi dgn begitu banyaknya nikmat hingga terlupa ‘Pemberi Rezeki’ yang sebenarnya.
~just wondering mode~
done, FaiRy




No comments:
Post a Comment