Alhamdulillah, sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakan aku nikmat kesihatan dan nikmat habis exam pada hari ini. Kedua2 nikmat (of course nikmat terutama adalah seperti nikmat iman dan islam dan segala nikmat yang lain, bukan Nik Mat – sila baca leklok) itu sangat istimewa bagiku lebih2 lagi pada hari ini. Menunggu tibanya dua bulan lagi untuk exam Internal Med. Takper tu takyah pikir lagi. Bulan Disember ini cukup istimewa bagiku dari seluruh tahun aku duduk di Jordan kerana keluargaku datang menziarahi dan sekaligus melancong ke Jordan bersama aku.
Minggu pertama aku bersedia dari kelengkapan rumah, alat-alatan memasak, makan, jadual2 berjalan, urusan tempat tinggal, urusan pengangkutan dan lain2 lagi untuk memudahkan urusan mereka di sini dan minggu pertama itu jualah aku kena demam2 batuk2 dan selsema. Kalau ikut logik memang betullah demam sebab masuk musim sejuk, tapi sebenarnya demam sebab tak sabar tunggu family datang ke Jordan. Huhu dan tibalah hari Sabtu di mana mereka sampai dengan selamat ke Jordan setelah satu hari delay kat Malaysia sebab engine Kuwait Airways rosak. Walaupun begitu, mereka dilayani dengan cukup istimewa di Pan Pacific Hotel selama sehari mereka delay itu. Sesampainya mereka, aku membawa mereka singgah di Mecca Mall berjalan2 sebentar dan beli barang2 dapur untuk dimasak. Untuk hari yang mereka sampai di sini, aku telah sediakan nasi ayam spesial untuk makan malam menggunakan segala resipi2 yang mama telah ajar. Makanya bermulalah episod mereka di Jordan selama seminggu berjalan2 ke seluruh Jordan dari utara ke selatan dari timur ke barat dan seluruh tempat yang penting bila datang melawat Jordan. Bermula dari Utara Jordan bersiar2 menggunakan kereta untuk melihat pemandangan dan kehidupan sekeliling, sehinggalah ke JUST, terus ke Umm Qais menikmat pemandangan bukit bakau dan tasik tobari serta tinggalan sejarah, terus ke Ajlun kota ar-Rabat, dan ke Jerash, tinggalan Rom. Hari2 seterusnya diisi ke Laut Mati dengan tiupan angin pasir yang kencang, terus ke Petra, ke Aqabah menaiki bot kaca dan diakhiri dengan Wadi Rum, penjelajahan di padang pasir pada waktu malam.
Minggu seterusnya, aku menyusun semula jadual pelancongan untuk ke negara yang berdekatan dengan Jordan seperti Syria dan Lubnan. Dengan bertemankan pelajar Syria menjadi pemandu pelancong kami, selama 4 hari kami di sana terisi dengan perkara2 berfaedah. Pengembaraan kami di Syria lebih kepada Jejak Rasul dengan lawatan ke maqam2 para sahabat dan kesan tinggalan islam di Syria. Diajar dengan perkara yang wajib bila berada di Syria seperti memakan nasi mandi yang termasyhur di Damascus, meminum air asam jawa yang sedap di Suuq Hamidi, dan memakan aiskrim yang terkenal di Syria. Hari pertama bermula dengan mendaki bukit 40 ( jabal arabien) dan pada esoknya terus ke Busra, tempat persinggahan nabi di Syam serta tinggalan2 rom dan gereja yang ditukarkan Umar kepada Masjid dan lain2 lagi. Seterusnya lawatan ke Babus Saghir, lawatan ke maqam2 para sahabat, isteri nabi, maqam para syuhada karbal, serta maqam Habil yang panjangnya 5 meter. Kemudian di bawa berjalan ke Suuq Hamidi, di beri peluang melawat maqam Abu Hurairah, seterusnya masjid Umawi masjid kaca dan diberi masa untuk membeli-belah di kawasan itu. Dan hari kedua terakhir sebelum pulang ke Jordan, kami ke Lubnan dengan berkesempatan hanya melawat dua tempat, bermula dengan gua batu kapur yang dinamakan Jeita Grotto, seterusnya ke Kereta kabel Telefrique ke atas gunung untuk menikmati pemandangan seluruh damsyik dan laut mediterranean. Dan begitulah berakhirnya sisi2 penjelajahan secara ringkas. Dan 4 hari berbaki mereka di Jordan, hanyalah berada di rumah, menikmati makanan2 jordan, manisan2 dan jalan2 sekitar Irbid sebab aku dah start kelas time tu.
Namun dengan badan tidak mengizinkan dan aku plak tidak rela pisah lama2, nak disenangkan citer demamlah aku, so dari 4 hari kelas tu, aku datang 2 hari je kelas. Dan tibalah hari Selasa. Aku bersama keluarga tidur di Amman dan menghabiskan masa-masa terakhir di City Mall untuk beli apa2 yang tertinggal selain cenderahati yang telah diborong dari Aqabah, serta Syria. Dan hari Rabu aku menghantar mereka pulang. Dengan rasa sayu, kami berpisah di situ sehingga berjumpa lagi di lain kali. Aku memulangkan kereta yang disewa dan pulang ke Irbid dengan kepenatan yang abadi. Dan sampai2 je rumah, seperti berada di ruang vakum, bilik sunyi sepi tanpa suara dan aku terus me’landing’kan diri ke atas katil melayan badanku yang begitu penat sekali. Dan sekian terima kasih.
Selamat Tahun Baru kepada semua…tahun baru hijriah mahupun masihi…1430 dan 2009…moga tahun ini lebih banyak membawa manfaat dari keburukan…ameen…
p/s : Happy Belated Birthday to my Mama 26 Dec 2008, and Happy Advanced Birthday to my sis, Izzati…study rajin2 dah nak PMR dah tuh….ok semoga selamat segalanya….
And to fairy..gudluk in ur new semester…strive for the excellent result and better knowledge……
Done,
Izham




1 comment:
nak nanes aku baca entri ni.. T_T
sonoknye family dtg~~~aaa...~~
Post a Comment