Hmm..makanya aku telah berjanji untuk mengupdate satu entry buat masa ini..maaf jika agak terlambat kerana idea tidak turun2 sepertimana air sungai yang mengalir. Dan buat masa ini takde idea gak tapi lambang lepas ni aku agak sibuk, sementara aku ada masa sekarang ni baik aku tunaikan.
……………………………………………………………..
Sabtu lalu….
Tamat sudah examku untuk rotation kedua di tahun 4 dan berbaki satu rotation lagi iaitu Surgery. Internal Medicine di tahun 4 berkesudahan dengan tidak perform hebat tapi aku sudah berusaha hanya aku serahkan kepada Yang Esa segala urusan dan keputusanku. Setelah selesai rotation terakhir ini, maka aku akan berhadapan dengan final exam untuk kesemua rotation. Waktu itu aku kena tabah dan bekerja kuat kerana final bukan satu benda main2 sbb ia adalah penentu markahku keseluruhannya.
Hari ini adalah hari terakhir sebelum aku melangkah dari 4 hari percutian ke dunia Surgery. Hari percutianku selepas exam internal med hanya diisi dengan ketenangan jiwa dan kestabilan emosi. Pada mulanya memang aku dan rakan2 nak plan pegi situ sini tapi pada akhirnya semua bergantung pada exam pada hari itu. Perjalanan ke Selatan dibatalkan dengan alasan memakan perbelanjaan yang banyak dan kepenatan bila pulang dari situ. Perjalanan ke ibu kota pun turut diberi alasan yang sama kerna tiada ape yang menarik boleh dilakukan selain menonton wayang, bermain bowling dan berbeli belah. Maka hari2 cutiku ditemani dengan citer2 dan series2 yang aku tak habis seperti citer Surgeon Bong Dal Hee dan citer2 melayu spt Los dan Faun, Cicakman 2. Tapi tidak semata2 dengan menonton aku penuhi cuti aku kerana pada hari ini, atas desakan rakan2 dan minat semua, aku menganjurkan permainan PaintBall yang akan berlangsung di Amman. Semoga perancangan aku diredhai Allah dan diberi bantuannya. (Aku tak dpt habiskan cerita pada hari itu)
………………………………………………………….
Kini….
Sabtu lepas, Persatuan Belia dan Usahawan (PBU) telah menganjurkan kepada ahli2nya aktiviti Paintball yang julung-julung kali diadakan. Aktiviti ini telah diarah oleh Wan Mohamad Izham selaku penggerak program. Terima kasih kepada pengerusi iaitu mando kerana mempercayai saya dan kesemuanya telah berjalan lancar. Aktiviti ‘Paintballing’ ini telah diadakan di lokasi terpencil dinamakan Mountain Breeze Country Club yang terletak di utara Amman iaitu Salt. Walaupun aktiviti yang dianjurkan adalah tidak rasmi dan PBU ini bukanlah salah satu persatuan yang diiktiraf oleh persatuan mahupun MSD, namun penyertaan dari pegawai JPA Jordan memeriahkan lagi aktiviti ini dan secara tidak langsung telah merasmikan persatuan kami. 11 ahli menyertai dengan disertai seorang pegawai JPA Jordan iaitu En Hasmat dan 2 warga arab yang turut bersama dalam peperangan ini. Dan permainan berkesudahan dengan kemenangan di sebelah pihak 3 kali berturut2. Mungkin lepas ini, pasukan terpaksa dibahagikan dengan betul2.
......................................................
Ahli2 yg terlibat
Persatuan Belia dan Usahawan (PBU) ini telah ditubuhkan pada akhir 2006 dengan nama awalnya Kelab Lone Ranger. Namun memandangkan ahli-ahli awalnya telah terkeluar dari status ‘Lone Ranger’, maka pengerusi menukarkan nama kepada Persatuan Belia dan Usahawan pada pertengahan 2008 untuk memberi laluan kepada mereka yang sudah berkahwin. Persatuan ini telah ditubuhkan oleh Muhammad Nazirul Yusof atau dikenali sebagai Mando atas inisiatif bahawa aktiviti-aktiviti di luar waktu belajar harus dipelbagaikan. Persatuan ini juga ditubuhkan untuk mengumpul dan menyusun segala aktiviti2 secara sistematik dan lebih teratur. Sehingga kini, aktiviti2 yang pernah dilakukan adalah termasuk berkelah dan bercuti ke aqabah sambil ber’BBQ’, sesi bergambar portrait, ber’shisha’, berbowling(sejak bila?), ber’pool’ dan paling terkini adalah ber’paintball’. Walaupun persatuan ini tidak secara rasmi diserap masuk oleh Persatuan di sini namun aktiviti2 dilakukan tetap dijalankan dan sehingga kini tiada masalah yang dihadapi. Saya berharap sebagai ahli kepada pengerusi agar mempelbagaikan lagi aktiviti2 persatuan tidak rasmi ini agar persatuan kita ini lebih meriah. Dan akhir kata, laporan terhadap ‘Paintball’ hari ini boleh didapati di salah seorang ahli PBU. Klik di sini.
Abdulla Bey with S Sgt Izham
Sekian,
Izham




No comments:
Post a Comment