us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, April 4, 2009

'ibadur RahMan~faiRy

merefer kpd tajuk yg mgkin sudah boleh menjelaskan isi entry kali ni~ 'ibadur rahman.. saya teringt exam yg baru lepas. paper economic in quran and sunnah. antara ayat yang wajib dihafal adalah surah al furqan; ayat 63 hingga 77.

secara ringkas, dpt disimpulkan ayat yg menggunakan konsep ~mubtada' khabar (dlm arab)~ telah dimulakan dgn mubtada' .. wa 'ibadurrahman.... kemudian di pertengahan tersembunyi 17 ciri2 atau sifat seorang 'ibadur rahman.. dan ayat ini ditutup dgn menjelaskan bahawa golongan 'ibadurrahman ini telah disediakan utk mereka sebuah 'bilik khas' di syurga ...dimana mereka ini adalah tetamu Allah.

tak dinafikan, semua muslim yg beriman mengimpikan menjadi tetamu Allah atau apa yg disebut2 sebagai 'ibadur rahman.. dimana perkataan 'ibad itu berasal dari 'abid (org yg beribadah kpd Allah). namun, dlm pada mengimpikan semua itu.. kita telah diberikan satu indikator utk mengukur atau memuhasabah diri kita sendiri. Umar Abd Kafi telah membincangkan ayat ini dan mengeluarkan 17 ciri2 ibadur rahman

#1 merendah diri (25: 63)
#2 (klu dlm notes : peaceful, safeguard.. bm nyer.. tak jumpe ayat yg sesuai) ~25:63~
#3 mereka yg bangun malam utk qiamullail (25:64)
#4 taqwa @ khauf- takutkan azab neraka (25:65)
#5 membelanjakan harta ke arah kebaikan -infaq (25:67)
#6 tidak membazir ~israf (25:67)
#7 tidak kedekut ~bakhil (25:67)
#8 bersederhana (25:67)
#9 tidak syirik (25:68)
#10 tidak membunuh (25:68)
#11 tidak melakukan zina (25:68)
#12 mereka yg bertaubat dan beramal soleh (25:70)
#13 tidak memberi pengakuan palsu (false testimony) (25:72)
#14 tidak melakukan perkara lagha (25:72)
#15 consciousness .. (25:73)
#16 mereka yg berdoa pd Allah (25:74)
#17 mereka yg sabar (25:75)

justeru terpulang pada kita utk memuhasabah diri.. semoga kita semua tergolong dlm kalangan ibadurrahman di akhirat kelak. ~wallhua'lam~Justify Full

1 comment:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

wah~perbincangan agama yg mantap..nice