us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Friday, April 3, 2009

MaLaysia : 3 ApriL 09~faiRy

3 april 2009, malaysia sekali lagi mencatat sejarah penting dalam pentadbiran negaranya apabila berlaku perubahan tampuk pimpinan. kerajaan yang telah diterajui oleh datuk seri abdullah ahmad badawi selama hampir 6 tahun; telah diserahkan kepada timbalannya datuk seri najib tun razak hari ini. jutaan penghargaan telah disampaikan kepada perdana menteri yg kelima itu dan jutaan harapan dari rakyat malaysia umumnya telah diletakkan pada bahu perdana menteri keenam.

~hehe.. kembali kpd penulisan "tidak skema" sy.. =) tadi sementara menunggu kehadiran family, saya duduk di bilik tv @ ofis mahallah sebenarnyer. tv pd masa itu sedang menayangkan rakyat malaysia yg berada di putrajaya bersalaman dgn pak lah; mengiringi beliau menuju ke kereta yg sedang menanti. turut bersama adalah dt sri najib.

teringt seketika saat tun mahathir melepaskan jawatan pada oktober 2003. kini 3 generasi kepimpinan telah sempat saya saksikan dan bakal saksikan. dan tanpa disedari, malaysia telahpun dipimpin oleh 5 org perdana menteri, dan bakal disusuli oleh perdana menteri ke enam

apa yg dapat sy rumuskan, menolak ketepi segala turun naik politik semasa.. paklah telah pun melaksanakan tanggungjawabnya sbg pemimpin. apa yg terkurang dan terlebih adalah adat manusia. kita tak mampu memuaskan hati semua pihak. kadang2 bila kuasa berada dlm tangan, manusia perlu berhati2. bersederhana lebih tepat. ada yg leka hanyut bersama kekuasaan yg bersifat sementara itu. dan ada yg tidak mampu mengawal kuasa yg ada lantas tak mampu melakukan perubahan.

seperti yg slalu diingatkan oleh lecturer sy, dlm apa jua yg kita lakukan, apa yg aLLah ambil kira adalah usaha dan ikhtiar kita. kita tak patut melihat kepada hasilnya. kerna kita pada hakikatnya, tak mampu mengubah manusia. ~dont expect someone to be the one u expected to be~ . hidayah itu hanya milik allah.

utk perdana menteri yg ke6, sudah pasti harapan rakyat amat tinggi utk menyaksikan malaysia menjd sebuah negara yg aman, mampu berkembang dan stabil. kata economist ~economic growth and development~ dimana bukan hanya kemajuan fizikal yg diimpi, bahkan kemajuan sosial yg bersifat material dan non-material. satu formula baru mungkin, harus dibentuk utk memulihkan kembali semangat bersatu padu dan toleransi yg pernah kukuh satu waktu dulu.

wallahua'lam~

No comments: