Bosannya. Hurm…walaupun tak sampai dua hari aku tinggalkan sem lepas, aku dah terasa bosan amat sangat. Exam start minggu depan dah, tapi aku skrg ni baru dua per tiga perjalanan. In progress. Tapi bagus gak rasa bosan ni, sebab ia akan menggalakkan aku untuk setadi…stadi rajin2…setiap kali rasa bosan menghadap computer, aku gi pulun 3-4 notes. Rasa bosan aku ni bukan sebab tak tau nak wat ape, tapi sebab time nak exam ni, kita takleh nak enjoy sangat tengok movie or series, men game cam bese, pastu nk masak2, nak men itu ini, atau ape2 ke sebab hati kita akan rasa bersalah sebab kalau masa tu tak digunakan kepada untuk stadi bersungguh2. Makanya aku sangat berbangga aku stadi bersungguh ßeh apehal masuk bakul angkat sendiri ni. Heh.
Wah, fikiran aku sebenarnya terbayang2 apa aku nak wat time cuti nanti. Aku rasa perkara paling tak best time cuti bila duk rumah sorg2 dalam tempoh yang lama. Pergh bosan gila. Dah tiga-empat kali gaklah aku rasa camtu. Ceh, walhal exam pun tak abes lagi sibuk pikir nak wat ape time cuti. Aku ni suka berjalan dan melancong tapi kalau takde budget tu apekan daya, rasanya time keje nnt la kot baru leh berjalan. Rasa nak ke Turkey gak, nak ke Cyprus Island, nak ke Greece, nak ke Europe, nak ke Morocco, nak jalan2 di UK dan Ireland, nak men ski dan ice skating macam rakan2 lain. Huhu. Tapi itu semuanya hanyalah impian selagi aku tak apply untuk MARA. Adeh apehal tetibe lak ni. Men2 sajor ok takde tukar2.
Hmm, sekarang ni bolehlah aku menarik nafas separuh lega sebab aku dah habis semua rotation aku di tahun 4 dari permulaannya di bulan 9, non-stop hingga ke bulan ini yakni bulan 5. Separuh lagi bila dah habis sumer final exam dan dapat result gempak ß harapan dan impian or angan2. Bermula dengan Introduction, terus kepada Paedicatrics, ke Internal Medicine, dan kepada Surgery. Bermula dari kosong, jahil segalanya, kepada kategori ‘tahu la jugak’. Dan perkara penting aku belajar dalam klinikal ni, ‘what common is common’, Toksah pikir jauh2 pusing2 itu ini penyakit segala unless kalau benda tu dibuktikan bukan common. Selama ni belajar sakit2 yg common di kalangan masyarakat2 sini. Aku ditakdirkan kali ini bersama group C10 group plg terakhir dari sumer group2 yg ade means ade, group A; group B; dan group C. Setiap group ade 10 group. So sepanjang 9 bulan aku bersama group2 ini. Sering digelar ‘International Group’ oleh para2 doktor sebab sumernya Non-Jordanian bukan non-arabs. 4 orang dari Iraq, 4 orang dari Malaysia, 2 orang Somalia, Sorg dari Syria or Dubai, yg palestin pun amek gaklah, Cuma ada lah 2 pompuan dak joden. Satu group sumer berkongsi satu pengalaman. Boleh kata perjalanan yang agak panjang selama 9 bulan itu.
Bermula dengan pediatrics, jumpa patient tak tau nak wat ape. Last2 ikut je guideline yg doctor bagi. Rempuh sumer Systemic Review tanya sumer soklan taknak tinggal ape pasal kalo tertinggal doctor tanya, kitorg tak tanya nnt kena marah. Rasa cam jahil gila tak tau ape2. Bila datang exam baru kelam kabut nak wat ape ni. Berlatih2 sama2 antara rakan2 melayu je la, last2 sekali aku dapat satu kesimpulan dari rotation Paediatrics ni, aku mengetahui cara2 differential diagnosis utk setiap complaint atau presentation. Tahu jela belum menguasai lagi.
Kemudian masuk pula ke Internal Medicine, kali ni berazam untuk menggunakan ape yg dh dipelajari dari Paediatrics dlu guna untuk Internal Medicine. Dah tak rempuh sumer benda dah kut guideline macam orang jahil, Skrg ni sumer2 pelajaran sumer macam lebih kepada menuju untuk diagnose dan exclude segala benda2 yg kita dh differential diagnosiskan (note : differential diagnosis adalah senarai2 penyakit yg kemungkinan boleh berlaku pada setiap masalah2 yg ada pada pesakit. Dicartakan dari perkara most common to rare, E.g Fever untuk child boleh Dif Dx kan sbg Upper Respiratory Tract Infection(URTI), LRTI, Meningitis, etc2). So far, masuk exam internal medicine ni tenang sket lah sebab kita dh mengetahui sedikit sebanyak skill2 di alam klinikal.
Bila masuk surgery jek, rasa macam lebih mudah bila bersama patient. Surgery ni pun satu advantage dia, lebih focal kepada satu tempat tu tak macam internal medicine systemic yg bermaksud kemgknn satu badan boleh jadi sakit. Hari demi hari, minggu berganti bulan. Lengkap 32 patient yang menolong aku menempuhi dunia surgery ini. Terima kasih diucapkan dan semoga sembuh diucapkan. Aku rasa dalam surgery ini, aku baru mempelajari satu ilmu yang tidak ada dalam textbook, iaitu ilmu bemesra2 dengan patient, Mempunyai sikap empathy dengan tidak mementingkan diri sendiri hanya untuk menyelesaikan tugas kita dan bersikap ramah serta toleransi terhadap mereka. Aku rasa sebab kat Negara arab feeling ni datang lambat sket sbb masalah komunikasi tapi Alhamdulillah aku akhirnya Nampak jua perasaan ini walau apepun bangsa pesakit itu. Mereka berjuang antara hidup dan mati, mereka berjuang untuk kembali normal, dan kita sebagai orang yg diamanahkan dengan ilmu2 Allah ini untuk berikhtiar mencari jalan penyelesaiannya dan tentulah pada akhirnya, Allah jualah yang menyembuhkannya. Dalam setiap ape pun, kuasailah ilmu ini, Ilmu Ikhlas, nescaya Allah akan kurniakan dengan ilmu yang lain.
Sekian dari saya,
Izham




No comments:
Post a Comment