us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Friday, May 8, 2009

The Prayer

Hari ini hari jumaat. Hujung minggu yang tenang. Burung-burung berkicauan di waktu petang menambahkan lagi ketenangan. Suasana di luar tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Suhu pula tidak terlalu bahang dan tidak terlalu dingin. Cukup untuk diri aku untuk berehat dalam suasana hujung minggu. Hidup sebagai seorang dewasa terlalu berat dan terlalu mencabar untuk dihadapi. Mula aku mengelamun ketikaku masih kecil, masih tiada tanggungjawab untuk difikirkan. Alangkah indahnya jika hidup aku sepertimana hidupku di waktu aku masih kecil. Namun masa berjalan. Ia berjalan terlalu pantas sehingga tanpa ku sedari hampir 3 tahun setengah aku berada di bumi Jordan ini. Ya, 3 tahun setengah dan aku mempunyai baki 2 tahun untuk teruskan perjuangan. Perjuangan menamatkan tempoh belajar di university dan melangkah ke alam pekerjaan. Walaupun umur hampir 22 tahun, namun terasa diri ini sudah lama hidup di atas muka bumi ini. Bagaikan sudah puas mengenal dunia dan terasa hidup sudah lengkap dengan nikmat-nikmat dunia.

Tempoh 35 minggu yang lepas penuh dengan hidup di alam klinikal di tahun 4, hanya di selang-seli dengan beberapa minggu cuti kini sudah hampir ke penghujungnya. Baru ku mengerti jerit payah senior2ku terdahulu yang menghadapi alam klinikal selama 3 tahun diselang selikan hanya beberapa bulan rehat sehingga dibalas segulung ijazah atas semua pengorbanan yang telah dilakukan. Kesabaran, kecekalan hati, kawalan mental adalah perkara yang selalu diuji. Pagi bersiap ke hospital, berjumpa patient, round bersama doktor-doktor yang berbagai ragamnya, di waktu petangnya diisi dengan kuliah dan malamnya diisi dengan waktu mengulangkaji. Begitulah kitarnya hingga berjaya memegang skrol ijazah di penghujung nanti. Itu tanggungjawab sebagai seorang pelajar, dicampur pula tanggungjawab sebagai manusia dan hamba Allah. Ditambah pula cabaran2 hidup di masa hadapan. Doaku agar segalanya dipermudahkan dan diberi bantuan jika di dalam kesusahan dan kesempitan. Begitu pentingnya 5 perkara yang baik sebelum datang 5 perkara yang buruk. Hargai setiap satunya dan manfaat sebaik-sebaiknya.

Sekadar short entry sebelum nak melangkah ke alam exam which is started on 20th May till 8th June.

Pray for me and am sorry for everything.

Done,

Izham

No comments: