us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 23, 2009

Entry bulan sebelas

Hello readers. 4 hari aku lepas, aku menduduki exam OSCE untuk psychiatry dan Allah sajalah yang tahu camne performance aku, teruk betul bukannya sebab tak bersedia ke ape tapi sebab terlalu penat menunggu giliran untuk amek exam, giliran yang terakhir dalam tertib nama tu. So menunggulah aku 3 jam untuk exam selama 10 minit jek. Dan segala yang di ‘plan’ untuk perform dalam exam nanti terus lupa turutannya dan langsung tak buat. Sabor je la. Tapi aku tak pikir sangat apa yang terjadi masa kat family med nnt, sebab ditakuti aku akan lebih2 dan akan jatuh sakit dan seterusnya cuti aku nanti terbazir gitu saja pasal sakit yang dialami. Aku hanya pasrah pada takdir yang akan menentukan. Dan sekarang ini aku adalam period cuti untuk 2 minggu.

Berkata tentang cuti pula, aku merasakan semakin awal raya haji semakin tidak logik diberi cuti untuk semester untuk budak2 klinikal kerana cuti raya haji nilah dalam tempoh 2 minggu para university bagi kepada pelajar2 untuk mereka bersiap sedia berhadapan dengan tempoh belajar tanpa cuti pada 6-7 bulan akan datang nanti. Perghh. Ya, tanpa cuti walaupun sehari. Tak taulah bagi anda benda ini adalah normal kerana pelajaran untuk 6-7 bulan tanpa rehat selain weekend adalah sangat stress. Dahlah kedekut cuti semester taknak bagi 3 bulan cam dak2 negara lain pastu masuk klinikal lak lagi dipendekkan. Sabarlah junior2 aku, sape suruh belajar kat JUST. Hoho. Sebenarnya plan cuti aku kali ni adalah untuk mengerjakan haji, tapi memandangkan tarikh bertolak ke tanah suci tak dapat ditukarkan kepada tarikh aku nak sebab pada tarikh bertolak tu aku masih dalam tempoh exam lagi, maka terpaksa dilupakan niat untuk ke situ. Mungkin masih ada peluang kedua di masa akan datang sementara aku masih belajar dan masih di sini. Kalau belum ada peluang gak, maka tentulah ada hikmah di sebaliknya.

Terus aku buntu apa aku mahu lakukan untuk cuti 2 minggu ni. Aku ingat nak berjalan tapi pengalaman lepas2 aku menyebabkan aku kurang berminat untuk berjalan. Aku pada awalnya suka sangat berjalan2 ke negara2 orang tapi memandangkan kesempitan wang maka setiap kali cuti aku terpaksa melupakan niat aku. Duduk di rumah sendiri guling2 atas katil lama2 untuk mengisi kekosongan masa aku. Dan makanya cuti kali ni, sekali lagi untuk keberapa juta kalinya, aku gi merayau2 lagi ke kawasan aqabah. Dah naik bosan dah tempat tu aku rasa, tapi takper sebab kalau leh gi berenang free kat laut2nya aku tak kesah.

Mengupas pula tentang subjek psikiatri yang aku baru je lepas amek baru ni, overall aku rasa subjek tu cam agak bosan. Doktor2 dia plak agak garang dan tegas. Dalam tempoh sebulan kitorg dikerahkan untuk mengetahui semua penyakit2 psikiatri beserta rawatan dan side effects nya walaupun sebelum2 ini pada zaman pre-klinikal years kitorg tak pernah belajar benda2 ni. Kira benda agak baru kalau nak banding subjek2 yg lain yg dah de overview masa zama pre-klinikal years. Dari psychotic disorders ke mood disorders dan lain2nya. Dengan 4.5 kredit hours so subjek ni dikenali dengan subjek semi-major dan tentulah subjek semi-major mempunyai requirement yang tertentu, iaitu kena present seminar, kena siapkan 5 cases dari patient2, exam pula ada mini-OSCE dan OSCE. Maka gudluklah sape yang amek psik pasni. Seronok bila ke Faheis Hosital aka Tanjung Rambutan Jordan sebab jumpa macam2 jenis org ‘gila’ tapi penat letih bila pergi blk perjalanan dicampur2 terbuang 3 jam begitu sahaja atas bas. Setiap hari untuk 2 minggu, dan 2 minggu lagi bergilir2 di KAUH, Mustasyfa askari, dan iyadat basma di rahmah hospital. Bosannya kerana pembelajarannya di luar skop medic no related pathophysiology, bahasa arab patient memang advance habis tak paham langsung, dan bestnya sebab Dr leh assess masalah peribadi patient dgn lebih mendalam cthnya kalau divorce ke, atau masalah2 lain dan lebih kepada menjadi seorang kaunselor hidup. Akhirnya apa yang aku belajar, psychiatry mengajar aku untuk berfikir lebih secara scientific and logical. Kalau de orang kata ada masalah dalaman ke, atau jumpa hantu ape ke, aku akan suspek dia ni ada masalah psik; hallucination tak kesahlah auditory ke visual ke ,1st person 2nd person, 3rd person ke yang penting memang aku refer balik kepada psikiatrist dan ambil ubat2 yang diberi.

Done,

Izham

No comments: