3rd posting
Kini aku dah mula masuk era-era minor, makanya kesibukan mula melanda diri ini. Pas cuti raya haji terus start dgn neurology, Mmg dub dab dub dab gaklah nak amek posting neurology ni sebab kisah yang turun temurun dari zaman senior dulu2 lagi katanya lecturer mengajarnya strict, evaluation student pulak memang ikut doctor nak bagi camne. Pergh, memang start hari pertama sampai hari terakhir posting neurology, jantung aku tak berhenti berdegup dengan kencangnya. Malam2 kena prepare stadi untuk tak ‘kena’ dengan doctor hari keesokannya. Untungnya, minor ni 2 minggu jek jangka masanya, so boleh aku bernafas dengan lebih lega. Yang takutnya, bila mahu exam, walaupun belajar 2 minggu, benda2 yang possibly masuk exam mungkin knowledge yang kena kaver setahun punya stadi. Fuhh. 2 minggu lagi aku kena exam neuro. Rasa kena teruskan stadi utk neurology lagi walaupun dah masuk posting lain iaitu ENT utk 2 mggu akan datang ni. Doa2kanlah yek kawan2.
………………………………………………………………………………..
Weekend
Weekend aku kali ni cam len sket dari yang len. Yang len itu ape, len sebab seronok . Seronok dah habis rotation neurology bersama doktor2 yang sangat labile, mood yang berubah2 secara mendadak. So start hari jumaat, cam biase untuk budak2 syabab kat Irbid ni, ada liga yang dianjurkan oleh student dan liga ini boleh dikatakan peraturan dan system nya yang bertaraf dunia dan setiap hari jumaat lah menjadi pilihan hari untuk menganjurkan perlawanan. Tapi malangnya minggu ini, team aku iaitu Phoenix Bangkit FC tak dapat beraksi kerana cuaca yang tak mengizinkan, hujan lebat yang dahsyatnya di musim syita’ dan halangan cuaca yang sejuk menusuk2 tulang katanya. Walaupun pagi itu yang sepatutnya tidak ada perlawanan sebab cuaca buruk, namun aku dan member2 aku lain yang hantu bola tetap turun untuk memastikan badan sentiasa ‘fit’. Menjaga jantung hingga ke akhir hayat katanya. Perlukan stamina walau ape yang kita lakukan. Padahal makan asek men bantai daging kambing tiap2 hari dengan air tin bekarbonat, tak jadi ape la camtu. Kitorg tetap meneruskan permainan di waktu hujan dan sejuk2 feeling Europe sket walaupun duduk kat middle east. Pedulik hape org kata. Hoho.
Petang tu cam agak bosan sket tapi dapat dikurangkan dengan membuang masa bersama rakan2 ber’dinner’ di fast food sambil melayan se’game’ dua hingga pagi2 buta. Harininya plak, pagi2 buta dah bangun walaupun tido lambat kerana game nya malam tadinya pasal tapi aku kena bersiap sedia berehlah bersama rakan2 batch aku ke kolam air panas. Memang satu mission hidup aku di Jordan ni hasil dipengaruhi oleh citer kartun jepun masa aku first year dulu, seronok gak layan air panas2 dalam kolam berendam lama2 time musim2 sejuk2 ni. Makanya time aku fifth year baru aku dapat. Tempat kitorg singgah ni namanya Syuna Syimaliah (North Shuna) dekat2 sket dengan kawasan Israel, aku rasa kalau berlari 10 minit dah sampai kot kat border. Pada awalnya kitorg plan nak pi Hamamat Hima tapi memandangkan driver arab yang bawak kitorg cakap tempat tu masih lagi renovate hampir setahun lebih (lembap betul arab buat keje walhal reconstruction swimming pool jek pun) makanya plan diubah secara spontan untuk tidak mengecewakan hati2 bujang ketika itu. Sampai2 je kat tempat itu, first impression, ok gak tengok dari luar, sampai dekat sket, bau dah len macam dah, kena bayar lak tu sedinar setengah, tengok kat dalam biar betik nak kasi mandi dalam kolam yang dah kotor berkeledak2 bawah tu(masa tengok tu lantai memang sekali tengok tile2 bercoklat2 dari warna asalnya yang bewarna biru). Mula rasa menyesal bayar nak rasa air panas punya pasal. Dengan bau lagi. Haish. Asap2 yang keluar dari air itu memang Nampak macam air sangat panas tapi sebab ada factor lain geli gak sebenarnya. Tapi setelah mendapat penerangan yang proper dari Prof Abd Ashraf yang mengatakan bau yang kurang menyenangkan itu adalah dari Sulfur yang datang dari air panas tersebut dan lantai2 yang bercoklat itu adalah hasil hakisan air panas yang sangat lama terhadap tile2 di kolam tersebut makanya aku dengan senang hati masuk ke dalam kolam tersebut. Jejak kaki 5 cm dalam air panas, mak ai tak tahan gamaknya panas sangat, aku mula menggunakan teknik slow2 untuk masuk ke dalam mula level by level. Dari kawasan sejuk dan seterusnya ke kawasan panas. Akhirnya berjaya biasakan diri sehingga boleh aku berpeluh2 lak time mandi tu. Bau sulfur yang dihidu sejak aku masuk dalam kawasan tu, menyebabkan aku pening kepala sehingga sampai tahap masa hampir pitam. Makanya dengan itu, aku tak tahan dah, kuar dari tempat tu. Seterusnya, alang2 dah berjalan kitorg meneruskan perjalanan ke makan muaz bin jabal dan anaknya di masjid kat aghwar(bak kata syeikh syamil). Di situ diterangkan segala sejarah oleh penjaga makam tersebut, maka kembalilah kami ke rumah dengan gembiranya walaupun percutian yang agak pendek dan terhad masanya. Dah lama tak wat jalan ramai2 camni rasa cam best lak.
Erm oklah rasa sampai sini je diari hidupku untuk hidup aku dua tiga hari ni. Terasa nak buat genre lain untuk blog ni, lebih berilmiah dan lebih memberi manfaat kat orang lain, tapi memandangkan aku tak banyak idea dan pengetahuan nak watper so aku teruskan dengan entry2 aku yang biasa2. Ok selamat.
p/s : Selamat ulang tahun ke-2 untuk mmmm??. (?)
Selamat Hari Lahir 45 in advance untuk mama tersayang pada 26hb nnt. Love you mom. Love u too dad.
Done,
Izham




1 comment:
::all the best tuk xm neuro nanti!
::hmm 2 tahuN! ^_^
::bday auntie mzenah eh? nak tumpang bole? hehe.. sLamat haRi lahir yg ke-45 auntie... smoga panjang umur, murah rezeki & dilindungi aLLah selalu~ smoga auntie bahagia dunia akhirat; bersama keluarga tersayang~
Post a Comment