Salam tahun baru utk semua. Kali ni nak guna kata ganti nama sendiri ok? Alg. Smalam alg tdo awal… tak sempat tgk bunga api ke apetah lagi dengar.. sejak 2 menjak ni tidur sering terganggu. Tapi, terlepas pertunjukan bunga api sempena tahun baru bukanla sesuatu yg penting. Apa yg penting, tahun baru + ada semangat baru + berazam menjadi lebih baik dari tahun lalu. Perubahan. Utk apa yg perlu.
Tahun baru, masuk 23 tahun. Hmm da 23 tahun dekat alg hidup kat dunia ni. Teringat lagi zaman kecik2. Budak2, tak perlu fikirkan sgt tentang keputusan yg akan diambil dlm hidup. Time blaja, dgr je ustazah @ cikgu ckp ape. Time main, main tak ingt dunia. Hmm dlu kalo nak main, kul 4 petang kene bace buku. Wajib! Huhu. Then. Kul 5 ptg baru leh kuar. Kalo tak balik umah kul 7 pm habisla.. kene kurung kat luar. Haha *bestnye jadi budak2.
Sgt2 bersyukur dikurniakan ibu + ayah. Mereka yg paling banyak influence hidup alg. Pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu @ ayah. Kadang2 tak tau macam mane nak balas. Adik2 alg selalu buat my parent happy. Result adik2 takyah cakapla.. semua best. Akak die ni je yg hmm kejap naik. Kejap turun. Die macam “business cycle” ade economic boom + ade recession. Ade turun naiknyer. Ape pon, kaklong selalu doakan ibu dan ayah. Sayang yg tak terungkap. Kaklong blaja utk jadi anak yg solehah walau banyak yg perlu diperbaiki.
Back to 2010. Azam tahun baru ni, kene keje lebih sikit * maksud alg, dlm usaha utk menjadi “org”. ingt lagi ke post alg pasal sorang pakcik ni? Dia pernah pesan kat alg, ::::biarla skang ni kita nobody tapi satu hari nanti, kita akan jadi somebody:::: mase tu alg baru nak masuk u kot. And alg ingt pesan die. Alg nak sgt2 jadi that “somebody”. Dlm definisi alg, alg nak jadi anak yg solehah. Kakak yg bertanggungjawab. Bersedia utk ada family sendiri. ^_^ isteri yg solehah jugak. Ibu mithali. Dan manusia yg memberi manfaat kepada yg lainnya. Berkhidmat kepada masyarakat. Membina generasi dgn berada dlm bidang pendidikan. Boleh kate, nak jadi yg terbaikla dlm smua hal.. *berat azam ni. Tapi itula azam alg dari dlu. Birthday wish alg jugak Cuma setiap tahun, diperbaharui dgn motif nak jadi lebih baik. *kalau ade report card tentang azam tahun baru, graf result die; nak menaik je.
And as a review, alg sedar kadang2 alg ada di persimpangan yg betul dlm mencapai matlamat tu. Kadang2 alg tersasar kluar jugak. Cuma berharap, di penghujung jalan alg sampai kepada matlamat utama iaitu untuk mencari mardhatillah. Berjaya dunia & akhirat. Kalau ada salah alg, dekat sesiapa pun… alg minta maaf banyak2. Kalau ada yg terluka alg minta maaf jugak. Kalau ada yg terasa alg minta maaf. Dlm menjaga hubungan dgn Allah.. penting jugak jaga hubungan sesame manusia. Kalau ada salah alg, tunjukkanlah alg jalan yg betul. Kalau jauh alg tersimpang, pimpinlah alg ke jalan sebaiknya. Dgn cara yg sebaiknya.
So, utk 2010,, marilah kita bersama2 mulakan dgn semangat baru… betulkan apa yg patut, perbaiki apa yg perlu, langsaikan apa yg belum, tunaikan apa yg dimimpi...berusaha menggapai impian dan jalankan tanggungjawab sebagai khalifah dibumI Allah ini~ sesungguhnya apa yg kita ada kini tidak akan kekal. Semuanya pinjaman semata dan akan dikembalikan kepada yg Hak. Jagalah amanah Allah & pulangkanlah kelak dgn sebaiknya.
Wallahua’lam.




No comments:
Post a Comment