us

Daisypath Anniversary tickers

mayra

Lilypie Second Birthday tickers

husna

Lilypie First Birthday tickers

hanan

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 11, 2011

::aLhamdulillah::

alhamdulillah. syukur. teringat petikan video ustaz asri tentang mencari sakinah. ramai org yg rugi kerana lupa untuk memanjatkan syukur atas nikmat yg telah kita ada.... sedangkan sarjana pernah mengatakan, darjat org yg bersyukur tu lagi tinggi dari org yg bersabar.. sebab bersabar ibarat kite 'terpaksa' bersabar.. setelah Allah timpakan ujian dan dugaan, baru kita belajar bersabar.... sedangkan bersyukur utk nikmat tu... jarang2 kite boleh lakukan. dah Allah tarik nikmat, baru nak minta balik. moga kita tergolong dlm kalangan yg sentiasa mensyukuri apa yg kite telah ada.

dan pagi tadi, alhamdulillah. Allah telah lindungi alg dari sthg yg buruk. moga2 lepas ni, alg sentiasa di bawah perlindungan Allah -lagi- amin. [untung belajar dari adik utk bawa al-quran ke mana2. tengah hati gusar tadi, trus kluarkan al-Quran dalam beg]

al kisah....~

7.20am. Huda [bukan nama sebenar] bergegas keluar dari rumah. dibelek jam tangan berkali-kali. 'ya Allah, tolonglah bagi aku sempat naik bas'. tanpa melengahkan masa walau sesaat pun, langkahnya di atur kemas. melangkah sepantas mungkin menuju perhentian bas. 7.25 am! sempat! 'nasib baik bas tak pegi lagi' Huda bermonolog. sudah menjadi rutin, kalau nak naik bas terawal, huda mesti berada di tempat menunggu bas sebelum 7.30 am.

pagi itu, suasana di tempat menunggu bas agak riuh rendah. Ada akak2 cleaner yg menunggu bas sekali dengannya bertikam lidah sesama sendiri. Huda sekadar memerhati. lagak 2 org akak cleaner dari negara seberang itu agak serius. masing2 mengeluarkan kata2 yang kurang enak didengar. sehinggalah sebuah motor berhenti. pemboncengnya, seorang wanita membawa salah seorang akak yg bergaduh tu pergi. [rakan sekerja agaknya] . suasana jadi senyap seketika. ibarat tamat drama yg mengambil masa sekitar 10 minit itu.

Huda memerhati dari jauh. mencari cari kelibat bas yang sepatutnya telah tiba. jam sudah menghampiri 7.50am. Huda bimbang. mana tak nya, seminggu dia perlu berada di ofis selama 38.5 jam. semalam... jam bekerjanya dikurangkan sekadar 4 jam, kerana di pagi harinya dia terlalu beria-ia mahu turut serta mengambil adik yg baru tiba di KLIA. sedang sibuk mengira jam bekerjanya setakat hari ke-3 semalam, tiba2 sebiji motosikal berhenti betul2 dihadapannya.

dalam hati, huda mengagak mungkin lelaki yg berhenti di depannya mahu bertanya arah.

Mr X: 'dik, tahu tak jalan nak ke dewan rafflesia utama?'

Ms Huda: 'itu kat dalam uitm kan?'

Mr X: 'a ah. saya nak ambil anak buah saya kat dewan rafflesia utama. adik tahu jalan nak ke sana tak?'

Ms Huda: 'En jalan trus, kluar ke jalan utama....[tiba2 kata2nya di potong]

Mr X: 'err.. boleh ikut saya dan tunjukkan tak?'

Ms Huda: [dengan lurus bendulnya menjawab] 'ha? naik motor? maaf la En. saya tak biasa naik motor. En ajak akak ni ke? [sambil tangan huda menuding ke arah akak cleaner seramai 6 org di kanannya]

Mr X: [buat gimik muka tak nak] 'ooo tak biasa naik motor ye? [diam skejap] 'hmm... kalau macam tu, saya balik skejap la ambil kereta'

Ms Huda: [apehal pulak mamat ni nak balik siap amik motor. bawa je la akak2 yg ramai ni + dalam hati, Huda dah kaget.. sambil tu otak bergegas cari alasan] 'takpe la Encik. saya tengah tunggu kawan saya ni'

Huda lega. jawapannya seolah2 mematikan hasrat lelaki dihadapannya. lalu lelaki tu bergegas pergi. "ALHAMDULILLAH!. Trima kasih Allah kerana menyelamatkan aku" huda tak henti2 bersyukur. dalam hati, pelbagai perasaan tidak enak muncul.
............................................................................................................................

tamat alkisah. sampai ke saat ini, hatiku masih tak tentu arah. kalo ikut style hantu mak limah... lelaki tu 'NAMPAK BENOR NIPUNYE...' sebab....

  1. agak2 la kalo nak tanye rafflesia kat mane pon. jauh lagi kot uitm dgn tempat alg tggu bas. 10 minit perjalanan dgn bas. kot ye pon nak amik anak buah, masuk la uitm dlu. then tanye la pak guard ke.
  2. tak tau uitm kat mane?? [tadi beriya nak balik amik kereta... maksudnye awak tu org sini la kan? BERTUAH la penduduk puncak alam tak tau uitm kat mane... sebab satu2nyer bangunan yg nak dimegahkan kat puncak alam ni adelah UITM, slain daripada econsave , mcD n petronas.
  3. oh ye, nak amik anak buah. [hari khamis.blum cuti lagi. tambah lak pagi2 ni klas full pakcik. nak amik anak buah nak bawa ke mana. ]
kesimpulannya. rase bersyukur yg amat masih terselamat. keduanya, duk takut yg amat. rase mcm da ade org yg 'aim' alg. cam da perasan alg asek turun naik bas g keje. tolong doakan keselamatan alg. wallahua'lam

p/s: thanx kak dayah sebab tumpangkan kite g keje tadi.

6 comments:

Diyana AR said...

Hu,scary nya awk. moga Allah lindungi awk selalu. Amalkan ma'tsurat awk....

Zahidah Ros said...

syukur alhamdulillah...Allah lindungi hambaNya yg ingt pd Nya..

cahaYa petuNjuk said...

@ diyana: thanx awk! [hehe ingatkan awk da tak rajin jengah blog kite. sebab kite jalan2 blog awk cam sunyi sepi] =D camne keje?

@ zahidah: alhamdulillah

Diyana AR said...

busy kot awk..lagi2 nk raya ni..mcm2 pulak keje dtg...tapi kita snts tengok blog kita ada update ke x dari blog2 favourite kita.hehe...

cahaYa petuNjuk said...

@ diyana:
hehe same la kite! =)
tgk link update jek.. if tade, saje jengah2 blog awk lepas rindu ^^,

Diyana AR said...

:) miss u too dear