percaya atau tidak; tak semua orang memahami apa yang kita nak mereka faham. ada masa komunikasi terhenti. tidak sampai kepada maksudnya. menyebabkan berlaku salah faham di mana mana. menimbulkan rasa tidak enak dalam sebuah perhubungan.
dan skill untuk memahami orang lain adelah skill yang kta takkan dapat daripada textbook mahupun mana mana bahan bacaan. ia lebih pada bonding hati. takat mana kekuatan hati kita untuk memahami orang orang di sekeliling kita.
lagi lagi untuk orang orang yang kita sayang. andai tautan hati kita terlalu kuat,
kadang kadang bile kite asyik memikirkan suami/isteri, time time tu la kita terbawa ke mimpi
kadang kadang bile kite rindukan ayah, time time tu la call dari ayah masuk.
kadang kadang bile kite teringat ingat family mertua, time time tu la sms masuk
kadang kadang bile kite teringat adik, time time tu la dia whatsapp kte
but then,
macam mana pulak untuk memahami hati dan perasaaan lantas MeresPond kepada apa yang kita faham?
kita sedar pasangan kita stress bekerja dan hanya perlukan tempat untuk relievekan stress
tenangkah wajah kita menyambut kepulangannya dari kerja?
kita sedar makayah kita sentiasa tertunggu tunggu panggilan dan kepulangan kita
pulangkah kita?
kita sedar terlalu lama hubungan adik beradik kita tidak terisi dengan aktiviti yang kita biasa isi masa kecik kecik comot comot dlu...
adakah kita membiarkan waktu trus berlalu? atau kita plan masa utk bersama?
kita sedar lecturer kita, yang kita akan terserempak 2 saat lagi
adakah kita akan menegurnya atau kita akan buat buat tak nampak?
kita sedar bestfriendforever kita masa sekolah dlu sudah lama tidak dihubungi
adakah kita akan membiarkan masing masing menunggu siapa yang patut call dlu? atau kita yg memulakan langkah pertama?
kita sedar banyak lagi perkara. bertindakkah kita dalam erti kata cuba untuk memahami?
kita saja yg punya jawapannya
belum lagi masuk stage yang langsung tidak menyedari
justeru, andai kita capai titik untuk memahami sesiapa jua disekeliling kita, bertindaklah. respond. dan jangan biarkan point untuk memahami itu dibiarkan berlalu begitu saja.
kerna waktu takkan pernah menunggu kita
dan terlalu banyak yang perlu difahamkan
dalam perjalanan menjadi seorang hamba dan khalifah yang amanah pada setiap tanggungjawab yang digalasnya.
sedangkan kematian itu boleh menjemput kita bila bila masa sahaja.
wallahua'lam
mode: terjumpa titik untuk memahami




No comments:
Post a Comment